Meneroka perkara baru ketika usia muda, Ammar Ahyan terima tawaran sebagai wajah kempen

Advertisements
Advertisements

Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendedahkan dia menerima tawaran sebagai wajah kempen selepas disarankan oleh bapanya sendiri. Menurut Ammar, dia digalakkan untuk mencuba serta meneroka perkara baharu ketika usia masih muda sebagai satu proses pembelajaran buat dirinya.

Biarpun mengakui tidak semua pengalaman yang dilalui itu indah, Ammar, 18, bagaimanapun tetap menikmati setiap proses yang dilalui sepanjang terlibat dalam bidang tersebut. “Ayah saya yang cadangkan supaya saya terima tawaran ini dan jadikan ia sebagai satu tempat untuk belajar. Daripada situ saya belajar cara untuk posing dan senyum supaya tak nampak terlalu kayu.

Biasalah bila masih dalam proses belajar, ada masa kita seronok, ada juga masa rasa penat dan merungut. Tapi setakat ini saya okey dan gembira.” Tambah abang kepada lima adik-beradik itu, dia juga tidak pernah menyesal menerima tawaran berkenaan walaupun sebelum ini lebih banyak memberi fokus terhadap bidang perniagaan.

“Saya tak menyesal terima tawaran ini sebab bukan saja dapat duit, tapi dapat tambah ilmu dan pengalaman juga. Kalau dulu saya banyak habiskan masa dengan kawan-kawan, sekarang saya dah mula faham penat lelah untuk cari duit.” Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Magik Teh & Kamu yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Selain Ammar, Emma Sofea turut dipilih mewakili generasi muda sebagai wajah kempen terbaharu bersama rangkaian Teh Yeo’s. Sementara itu, Pengarah Pemasarannya, Renda Low berkata kempen tersebut diwujudkan bagi meraikan pelanggan dalam setiap detik kehidupan menerusi pengalaman yang lebih segar, ceria dan dekat dengan jiwa.

“Kami berharap Teh Yeo’s menjadi momen magis yang menceriakan hari mereka, bila-bila masa dan di mana jua.” Selain itu, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kempen ini, Yeo’s Malaysia turut memperluaskan ekosistem kandungannya menerusi pelbagai inisiatif termasuk video digital, sesi podcast, aktiviti TikTok LIVE, kolaborasi bersama pempengaruh serta perkongsian detik menikmati teh yang berinspirasikan gaya hidup masa kini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *