Impian miliki kereta idaman akhirnya menjadi kenyataan, Ds Vida hadiahkan Cik B Lamborghini Urus sempena ulangtahun kelahiran

Advertisements
Advertisements

SEMEPNA ulang tahun kelahiran ke-21, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima kejutan sebuah kereta mewah jenama Lamborghini Urus Mansory bernilai kira-kira lebih RM2 juta. Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata dia terkejut dan terharu apabila impian untuk memiliki kereta idaman itu akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru. Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya. Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63,” katanya.

Cik B berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat minggu keenam Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Menurut Cik B, ibunya merahsiakan kejutan tersebut namun dia percaya adiknya iaitu Kacak turut terlibat dalam usaha mendapatkan kereta mewah itu.

“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya. Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” kongsinya. Dalam pada itu, Cik B berkata dia sanggat menganggumi dan menghargai penat lelah Vida dalam usaha menggembirakan dirinya, Malah bagi membalas jasa ibunya, Cik B berhasrat mahu bekerja keras demi membahagiakan Vida suatu hari nanti.

Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket. Apa sahaja mama nak, saya boleh sediakan. “Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat, duduk rumah, pergi bercuti dan tak perlu lagi fikir soal bisnes. Biar saya yang uruskan semuanya.

Tapi saya tahu bukan mudah untuk ambil alih perniagaan mama. Mama ada lebih 200 pekerja dan saya sendiri tertanya-tanya macam mana seorang ibu tunggal mampu menguruskan semua itu,” luahnya. Sebelum ini, semasa siaran langsung TTMM2, Cik B terlihat sebak apabila menerima kejutaan kereta idamannya itu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *