Teruk kena kritik sebab isu buka tudung, sekali ini pula respon dari Norreen Iman

Advertisements
Advertisements

SELEPAS penampilan terbaharunya yang dikatakan tidak lagi berhijab menjadi bualan ramai, pelakon Norreen Iman tampil memberi respons ringkas dengan enggan mengulas mengenai perkara tersebut. Ketika dihubungi pada Selasa, Norreen, 32, berkata dia tidak mahu memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai isu berkenaan. “Tiada apa yang saya nak cakap buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Malah, pelakon itu turut memaklumkan dia sedang sibuk dan tidak dapat bercakap lama. Nama Norreen menjadi sebutan selepas dia secara terbuka berkongsi gambar dengan penampilan terbaharu tanpa berhijab. Tindakan Norreen itu mengundang pelbagai reaksi termasuk luahan rasa kecewa daripada peminat yang terkejut melihat dia tidak lagi bertudung.

Sebelum itu, menerusi satu hantaran di Threads, Norreen turut memuat naik status memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang cerita yang boleh mendatangkan fitnah. “Doakan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau dah level sampai fitnah, ini melebih,” tulisnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *