Sifatkan anak sebagai seorang yang spontan, Noor Nabila lebih selesa layan Jayden macam oran dewasa

Advertisements
Advertisements

Usahawan, Noor Nabila mengakui lebih selesa memberi layanan kepada anaknya, Jebat Jayden seperti orang dewasa dalam mendidiknya. Ketika ditemui, Nabila, 41, menyifatkan Jayden sebagai seorang yang spontan, malah sikap itu yang mendorongnya untuk memberi penjelasan kepada setiap persoalan yang diajukan.

“Jayden seorang yang spontan. Kita kena layan dia seperti orang dewasa. Bila bercakap dengan dia, saya kena beri penjelasan walaupun saya ada terfikir ‘Dia ni faham ke?’ tapi saya tetap terangkan kepadanya.” Nabila berkata demikian selepas ditanya mengenai reaksi orang ramai yang gemar melihat telatah anaknya pada majlis pelancaran susu pisang jenama Nilofa di sebuah kafe di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nabila berkata anak tunggalnya itu bijak memahami dan menyerap sesuatu maklumat dengan cara yang matang. “Contoh macam saya pasang solar, dia tanya kenapa pasang solar saya jelaskan sebab macam mana solar berfungsi dan dia ingat. Jayden seorang budak yang absorb sesuatu perkara secara matang. Kadang-kadang sebab itu dia beri jawapan yang luar jangkaan.” Terdahulu, Jayden menjadi perhatian ramai apabila sering memberikan jawapan di luar jangkaan setiap kali ditanya mengenai sesuatu perkara.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *