Tular pasal isu dengan ibu kandung, ini pula penjelasan dari bapa Zahirah MacWilson

Advertisements
Advertisements

Bapa kepada pelakon, Zahirah MacWilson iaitu Zainol tampil membalas komen seorang pengguna media sosial yang memuji tindakan anaknya memilih untuk tidak melatah susulan pelbagai kisah keluarga yang didedahkan ibunya, Maslinda Yusoff. Menurut Zainol, dia turut mengambil pendekatan berdiam diri selepas dinasihati Zahirah dan menantunya, Aiman Hakim Ridza supaya tidak membalas atau mengulas mengenai masalah keluarga secara terbuka.

“Saya pun tidak bersuara, buat bodoh je dengan maknya (janda saya). Biar maknya meroyan. Ayah mana yang tak sayang anak. Turut bangga dengan sikap anak saya yang telah menasihati saya tempoh hari agak tidak ‘menyalak’ kembali dan lantas saya mendengar cakap anak serta menantu. Dalam pada itu, Zainol turut memuji kematangan Zahirah dan Aiman dalam menangani situasi berkenaan, selain menitipkan doa agar keluarganya dijauhkan daripada individu yang membawa pengaruh negatif.

“Bijak sekali sikap kakak (Zahirah) dan Aiman. Syabas untuk anda berdua. Jauhkan orang-orang yang toksik. Allah lebih Maha Mengetahui yang sebenar.” Kenyataan tersebut dibuat Zainol sebagai respons terhadap komen seorang pengguna media sosial yang memuji pendirian Zahirah untuk kekal tenang dan tidak membalas kenyataan ibunya yang sebelum ini mendedahkan beberapa perkara berkaitan keluarga mereka. “Artis tiada kontroversi. Mak dia bunyi macam-macam pun dia diam sahaja. Tahu-tahu dah pakai tudung.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *