Masa hidup dah buat macam tak wujud, ucapan Abby Abadi sempena hari jadi anak jadi perhatian warganet

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menjelaskan bahawa dia tidak melihat ucapan hari lahir cahaya mata ketiganya, Maria Danisha sebagai sesuatu yang salah meskipun kata-katanya menyorot perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menyifatkan ucapan Abby sebagai agak keterlaluan dan berharap rakan-rakan terdekat dapat menasihati pelakon berkenaan.

“Kak Fiza Elite tolong tengok dan nasihatkan Kak Abby. Faham kecewa tapi tak perlu cakap macam itu. Ayat itu sangat menyakitkan walaupun saya bukan anak Abby.” Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, yang mendakwa dirinya seolah-olah tidak dipedulikan oleh anak-anak. Dalam pada itu, Abby turut berpendapat bahawa kehadiran anak-anak ketika dirinya sudah tiada kelak mungkin tidak lagi membawa makna buatnya.

“Tiada salahnya cakap macam itu. Masa hidup dah buat macam tak wujud. Kalau saya meninggal nak datang buat apa? Itu maksud saya. Abaikan saja terus selesai masalah. Awak pun tak perlu susah-susah fikir. Tiada kaitan dengan hidup awak.” Imbas kembali, Abby Abadi memuat naik hantaran sempena hari lahir anak perempuannya, Maria Danisha. Hantaran tersebut meraih perhatian apabila pelakon berusia 49 tahun itu berkongsi tentang perih jerih yang dilaluinya sebagai seorang ibu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *