Bapa kepada penyanyi Dina Nadzir iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi, Ahad. Allahyarham pergi buat selamanya akibat masalah p.4ru-p.4ru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey. Mickey memaklumkan, arwh sebelum ini disahkan menghidap brh dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah p.4ru-p.4ru.
“Arwh memang ada sakit brh. Baru-baru ini dia mengalami kegagalan p.4ru-p.4ru dan dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu,” katanya. Mickey turut memberitahu Dina bersama ahli keluarga lain berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir. Sementara itu, jsd akan diuruskan di Tempat Persemadian Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar pada Ahad.
Susulan berita sedih itu, Dina yang merupakan salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tidak akan membuat persembahan ada minggu keenam. “Semestinya Dina tidak akan membuat persembahan malam ini. Dia sempat melakukan sound check pada Sabtu sebelum kami memaklumkan keadaan bapanya yang semakin teruk. Dina pulang ke Johor sejurus menerima berita berkenaan,” katanya. Pada minggu ini, Dina sepatutnya menyampaikan lagu berjudul Januari nyanyian asal Glen Fredly. Sumber, Mstar Online
Ramai Yang Tertanya Sebab Sebenar Tokti Tidak Masuk GV9, Sekali Juri Tampil Dedah Pendapatnya Terhadap Bakat Tokti
Menerusi halaman tiktok, tvlar kenyataan daripada juri juri tetap tentang mengapa Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak memasuki konsert Gegarvaganza. Antaranya, Tokram mengatakan yang Siti mempunyai bakat yang amat besar. Menurut beliau, sepanjang 3 tahun dia bekerja bersama Dato’ Siti, dia merasakan yang Siti mempunyai bakat yang luar biasa lebih daripada penyanyi lain di Malaysia.
Tambahannya lagi, dia berkata yang Siti seorang yang cekal dan semangatnya itu sungguh besar apabila berdepan dengan apa jua keadaan. Menurut satu lagi juri tetap, Hetty Koes Endang mengatakan yang setakat ini belum ada lagi pengganti Siti Nurhaliza. Menurutnya, dia berkata yang Siti Nurhaliza mempunyai pakej yang lengkap daripada aspek vokal, paras rupa dan sangat bersahaja.
Reaksi warg4net
KaKa:Juri² nya pon nnt org Msia jgak..cer bg juri Hollywood yg xknal Siti, then pnynyi kita yg lain pn join, ak xrsa Siti akn menang..Industri Msia ni xjjr. henny:tokti tu kalau masuk gv. habis semua anugerah cuckoo dengan digi ke adabi ke semua dia tapau. ranking no syatu lah dekk HAHAH. Faizul:Sbnrnya, xda yg berani nk comment nyanyian siti nnti.. Sbb yg nk komen tu pn blum tentu mahir bernyanyi more than siti did.
Muhammad Haziq Md Saleh:siti pun taknk masuk nya hahahah. daouism💦:kalo ct masuk..cabaran de mungkin lagu omputeh..sbb suara de sesuai ngn lagu mlayu. nowwa:tokti auto menang….sapa yg boleh lwan suara tokti di malaysia ni….luv tokti…..aura dia lain mcm. delover:ya btl,tokti dgn suara yg tersendiri dan power voice yg xdpt org lain tandingi.
Suara tokti memang tiada tandingan. Beliau mempunyai kelunakan suara dan ketinggian vokal yang tiada dekat penyanyi lain. Mungkin bukan hari ini, tapi suatu hari nanti akan ada yang mampu tandingi beliau. Apa-apa pun, min doakan yang terbaik untuk tokti. Moga terus sihat dan kekal aktif menghiburkan peminat. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa.. Sumber, IG | TT