Baru je Kazar beri komen mengenai kontroversi anaknya, sekali Puteri Sarah tampil beri respon

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Kazar membuka mulut mengenai isu anaknya dengan Puteri Sarah selepas sekian lama mendiamkan diri. Menurut Kazar, apa yang telah terjadi bukanlah perkara yang ‘besar’ dan dia berharap agar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat berdamai. Berikutan daripada itu, Puteri Sarah meminta warganet untuk membincangkan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Kazar berhubung bukan masalah ‘besar’ itu.

Bincangkan

Di Instagram, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meminta netizen untuk membincangkan mengenai kenyataan ‘bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang’. Menjengah di ruangan komen, segelintir rakan artis dan netizen terhibur apabila ada pihak tidak faham mengenai perasaan seorang wanita. Menurut warganet, Kazar perlu menasihati anaknya terlebih dahulu dan tidak membawa keluar sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ramai pihak.

Sumber, Oh Bulan

Seakan akan nampak lebih berisi, kini Puteri Sarah akui tiada masalah dengan berat badan dan ini respon Puteri Sarah

Puteri Sarah gembira dengan berat badannya. Peningkatan berat badan pelakon Puteri Sarah mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada mengatakan dirinya sedang hamil anak ketiga. Menyangkal dkwaan berkenaan, Sarah, 37, berkata, dia selesa dengan bentuk tubuhnya yang sedikit berisi kerana merasakan sebelum ini dirinya terlalu kurus. Meskipun menjadi duta produk pelangsingan badan namun ibu kepada dua cahaya mata ini gembira apabila mencapai berat ideal dan yakin tentangnya.

Puteri Sarah lebih selesa badan berisi berbanding kurus.

“Dua hari kebelakangan ini ramai prang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya duta produk menguruskan badan. Saya pernah berada dalam fasa kurung kering tapi ketika itu saya tidak gembira. Tinggi saya 165cm jadi berat ideal saya 58 kilogram. Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tak terlalu kurus, mereka ada aset. Tembam manja-manja is awesome. Nak jadi cantik kena jadi diri sendiri,” katanya.

Sarah menjelaskan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Sarah berpendapat berat badan tidak seimbang boleh membuatkan seseorang berasa tidak bertenaga malah dia sendiri pernah berada dalam keadaan itu ketika berasa patah hati suatu ketika dahulu.

Saya pernah berada dalam fasa kurus kering dan ketika itu saya tidak gembira.

Perasaan tidak gembira membuatkan berat badannya turun dengan mendadak. “Masa saya tengah sedih dan patah hati, saya kurus dengan cepat. Masa itu saya ingat kurus itu cantik tetapi tidak. Mana larat nak buat kerja dan jaga dua orang anak yang sangat aktif… jadi saya ambil keputusan untuk menambah berat badan tapi ‘terlebih’ pula sebab saya makan pada waktu malam,” katanya.

Kerana foto perut dilihat buncit buat warganet dakwa Puteri Sarah hamil.

Menjelaskan mengenai pengambilan produk kurus, Sarah berkata, dia mengambil bahan itu kerana ingin mengekalkan berat badan ideal dan bukannya obses untuk langsing. Sarah berkata, dia juga ingin mendidik masyarakat bahawa terlalu kurus itu bukan bererti cantik tapi paling penting mempunyai berat badan ideal dan sihat. Sebelum ini, perkongsian foto Sarah menjadi perbualan hangat warganet apabila didkwa sedang hamil anak ketiga. Menerusi perkongsian tersebut, Sarah terlihat berisi malah bahagian perutnya juga seakan-akan ada bentukkan baby bump sehingga menjadi perhatian ramai. Sumber, Mstar Online