Kena tegur dengan pengawal keselamatan gara gara ingatkan lain jantina waktu masuk tandas perempuan, sekali ini penjelasan DSV

Baru baru ini usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) buat kenyataan tidak kisah andai anak gadisnya ingin mencari kekasih memandangkan Cik B kini sudah genap 17 tahun. Usahawan terkenal itu merestui jika Cik B ingin berumah tangga setelah selesai menamatkan zaman persekolahannya.

“Saya tahu Cik B pandai jaga diri dan dia memang tak nak ada teman lelaki. Tapi saya kata Cik B kena cari teman lelaki sebab saya tak nak bila dia dah tua baru nak cari teman lelaki, tak boleh! Sekarang ni umur 20 pun orang dah nikah, saya pun nak kena cepat-cepat dapat cucu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vida turut memberi kriteria untuk bakal calon menantunya dimana mereka haruslah boleh menerima Cik B seadanya dan bukan kerana duit. “Orang yang betul-betul boleh menerima Cik B seadanya. Jangan pandang harta Cik B walau Cik B banyak harta, kena jujur bersama Cik B,” katanya.

Cik B kena sound sebab masuk tandas perempuan

Dato Seri Vida telah memuat naik satu video dimana pada waktu itu Cik B ingin ke tandas. Menurut DSV hari tersebut sudah 3 kali Cik B ditegur kerana disangkakan salah masuk tandas wanita. Sumber, XTRA

Datang ke majlis dengan penampilan ringkas, kali ni ramai pulak yang puji Ds vida

Penampilan usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian warganet. Bagaimanapun kali ini Datuk Seri Vida tidak disembur dengan krtikan malah telah mendapat pujian warganet apabila imejnya yang tidak keterlaluan tetapi kelihatan lebih ‘simple’. Biarpun begitu, baru-baru ini perkongsian rakaman dengan paparan Dato Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV ini hadir ke sebuah majlis telah menjadi bualan hangat warganet. Manakan tidak DSV tampil dengan penampilan ringkas tidak seperti kebiasaannya. Busana dipilih dari rona lembut dengan potong serba ringkas dan solekan yang tidak keterlaluan, membuatkan banyak pasang mata yang terpaku melihat usahawan kosmetik seorang ini.

Korang saksikan sendiri rakaman yang memaparkan DSV hadir majlis dengan penampilan ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya sendiri. Wow, memang Dato Seri Vida nampak lain sungguh mengenakan persalinan sebegini. Tapi itulah, barang kemas dengan saiz luar biasa tetap tak boleh tinggal.Apa-apa pun perkongsian ini membuatkan warganet memuji penampilannya yang serba ringkas ini. Selain dari busana yang membuatkan ramai puji, ada juga warganet yang memberitahu DSV nampak kurus dan muda bergaya sebegini. Klik sini untuk lihat video. Berikut antara luahan ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, HCL/ IG dsv.