Mini reunion Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani kongsi foto bersama Tomok

Berkesempatan menonton secara langsung Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Ahad lalu memberi ruang buat pelakon dan hos Datin Lisa Surihani untuk bertemu seterusnya menitipkan dedikasi buat rakan artis yang kini sedang bersaing.

Meluahkan pujian buat Tomok, Lisa secara seloroh mengakui ia ‘reunion’ yang tidak dirancang bersama rakan pelakonnya menerusi filem Istanbul Aku Datang itu.

“Unplanned mini Istanbul Aku Datang reunion. Happy to see Azad and my dear sister Tisha again after so long. Tomok, Lisa tumpang happy and kagum tengok Tomok perform setiap minggu smpai look forward nak tengok apa agaknya creativity menarik yang akan Tomok persembahkan no matter what challenge. You have always been so humble dan tak boleh nafikan juga, Tomok ada courage yang tinggi menyahut cabaran dan nampak sangat Tomok kerja keras dan tidak senang putus asa. Kualiti pendirian yang dihormati. Alhamdulillah, mara ke minggu seterusnya! All the best for the final two weeks!,” tulisnya di Instagram.

Menerusi hantaran sama, Lisa turut merakam foto bersama isteri Beto Kusyairi. Dalam pada itu, Lisa juga ada berkongsi dedikasi sama kepada penyanyi Jaclyn Victor. Sumber, Media Hiburan

Penampilan terbaru Lisa Surihani dapat pujian ramai, sekali dia dedah dah malas nak fikir pasal make up

Ramai yang tahu pasal penghijrahan Datin Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya. Malah penampilan terkininya sering mendapat pujian daripada warganet dan tidak kurang juga yang suka melihat wajah Lisa yang lebih natural tanpa sebarang make up yang dikenakan. Menurut Lisa, dia akui sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana. “Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai. “Kalau ada komen warganet yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu. “Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu mengunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.

Lisa ditemui ketika sesi pelancaran musim terbaharu program Next To Neelofa yang bertempat di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini. Lisa yang juga merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh usahawan popular, Neelofa itu turut berkongsi mengenai cara melatih dirinya untuk terus beristiqomah. “Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah, walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama. “Apabila bercerita mengenai Istiqomah,itu bukan perkara mudah, hati kita sentiasa berbolak balik namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. “Insyallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipemudahkan. “Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin, tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya.

Komen warganet:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, gempak.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.