Rasa tertekan bila ada yang gelarkan ustazah, Nora Danish hadir ke kelas agama untuk kekal istiqamah

ADA mula memanggil pelakon Nora Danish dengan gelaran ‘ustazah’ selepas enam bulan dia melakukan penghijrahan ke arah lebih baik. Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, bagaimanapun bimbang dengan harapan diletakkan terhadapnya kerana dia juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. “Saya tertekan sangat sampai satu ketika bukan peminat sahaja tetapi rakan-rakan pun memanggil saya sebagai ustazah.… Continue reading Rasa tertekan bila ada yang gelarkan ustazah, Nora Danish hadir ke kelas agama untuk kekal istiqamah

Teruk kena kritik dengan warganet, Sophia Albarakbah akui tak sengaja pakai baju yang menjolok mata

Pelakon Sophia Albarakbah tak sengaja tayang lurah berhubung penampilannya di sebuah acara fesyen baru-baru ini mengundang kecaman ramai apabila dikatakan berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian dadanya. Sophia atau nama sebenar Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman berkata, pilihan busana itu dilakukan bagi menghormati karya pereka fesyen yang telah menaja pakaiannya pada malam tersebut. “Sebenarnya saya tidak… Continue reading Teruk kena kritik dengan warganet, Sophia Albarakbah akui tak sengaja pakai baju yang menjolok mata

Satu kehilangan yang amat besar, Scha Alyahya dedah dah sebulan berkurung kat rumah lepas ibu pergi menghadap illahi

Pelakon Scha Alyahya mendedahkan dirinya mengambil masa yang lama mengumpul kekuatan untuk kembali menjalani aktiviti harian selepas pemergian ibu tercinta, Junainah Hasim pada 7 Disember tahun lalu. Reda dengan ketentuan Ilahi, Scha atau nama sebenar Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, berkata, dia perlu bangkit semula dan menerima takdir dengan hati yang terbuka. “Saya semakin baik, alhamdulillah. Hari demi… Continue reading Satu kehilangan yang amat besar, Scha Alyahya dedah dah sebulan berkurung kat rumah lepas ibu pergi menghadap illahi

Tak nak ulas pasal isu buka tudung, Aprena Manrose anggap itu ujian buat diri sendiri

KEMUNCULAN pelakon Aprena Manrose yang sebelum ini dilihat tidak lagi mengenakan hijab ternyata menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat. Menjawab isu berkenaan, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, berkata, dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. “Saya tidak berani nak cakap apa sebab nanti akan ada tidak puas hati. Pakai… Continue reading Tak nak ulas pasal isu buka tudung, Aprena Manrose anggap itu ujian buat diri sendiri

Fazura tanya masa tengah live, terkejut bila tiba tiba Fatima cakap dah tak sayang daddy

Anak kepada selebriti Fazura iaitu Nur Fatima Aisyah menjadi bualan ramai selepas berkata tak sayang daddy, iaitu aktor Fattah Amin namun tidak menjelaskan mengapa dia berkata demikian. Menerusi satu hantaran di TikTok, syuhadaalis telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan Fazura sedang bersiaran langsung di platform sama dan disertai Fatima. Pada video tersebut, Fazura telah… Continue reading Fazura tanya masa tengah live, terkejut bila tiba tiba Fatima cakap dah tak sayang daddy

Minta warganet teka jantina bayi, ramai yang terkejut bila tengok Che Ta muat naik video berbadan dua

Pelakon Rozita Che Wan didakwa hamil lagi selepas membuat perkongsian memaparkan sedang mengandung dengan kapsyen meminta orang ramai teka jantina bayi itu. Menerusi satu hantaran di Instagram, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta telah memuat naik video memaparkan dirinya sedang berdiri bersama suami, Zain Saidin. Pada video itu, Che Ta kelihatan sedang memakai jubah kaftan… Continue reading Minta warganet teka jantina bayi, ramai yang terkejut bila tengok Che Ta muat naik video berbadan dua

Published
Categorized as Artis Tagged

Jangan suka menilai orang lain, ibu Ameera Khan nasihatkan orang ramai agar sentiasa lihat sisi baik dalam setiap perkara

Ibu kepada pempengaruh Ameera Khan atau LMK iaitu Datin Noor Kartini, menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menilai orang lain dan sentiasa melihat sisi baik dalam setiap perkara. Menerusi perkongsian video di TikTok, Noor Kartini menegaskan sikap suka menilai orang lain tidak akan mendatangkan kebaikan, malah boleh membawa akibat buruk kepada diri sendiri. Oleh… Continue reading Jangan suka menilai orang lain, ibu Ameera Khan nasihatkan orang ramai agar sentiasa lihat sisi baik dalam setiap perkara

Asyik tanya pasal bapak, anak Rita Rudaini akui dah lali dengan soalan warganet

Pelakon Rita Rudaini dan anak-anaknya sudah lali dengan pertanyaan warganet berkenaan bekas suami, iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Ketika sesi siaran langsung di platform media sosial, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar dihujani dengan komen warganet berkenaan bekas suaminya itu. “Ramai yang kata dekat mummy, ‘kesian dekat Ryyan dan Arjuna tak jumpa bapa.’”… Continue reading Asyik tanya pasal bapak, anak Rita Rudaini akui dah lali dengan soalan warganet

Lebih selesa jika tidak mempunyai pangkat, Shila Amzah dedah beberapa kali tolak tawaran untuk bergelar Datuk

Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dia sudah beberapa kali menolak tawaran untuk bergelar Datuk. Menerusi sesi podcast bersama suaminya, Ubai MZ, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah berkata dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana lebih selesa sebagai seorang individu yang tidak mempunyai pangkat. “Saya rasa layak atau tidak itu adalah subjektif tapi kalau boleh, tak… Continue reading Lebih selesa jika tidak mempunyai pangkat, Shila Amzah dedah beberapa kali tolak tawaran untuk bergelar Datuk

Ramai yang tegur bila minum air sejuk masa pantang, sekali ini respon selamba dari Intan Najuwa

Pelakon Datin Intan Najuwa reda apabila menerima teguran daripada segelintir individu berhubung minum air sejuk selepas lebih sebulan melahirkan anak secara pembedahan caesar. Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, air sejuk yang diminum akan bertukar mengikut suhu badan dan tidak akan menjejaskan kesihatan ibu terutamanya selepas melahirkan anak. Pelakon drama Racun Raihana… Continue reading Ramai yang tegur bila minum air sejuk masa pantang, sekali ini respon selamba dari Intan Najuwa