Terus banyak dapat tawaran kerja lepas viral baru ni, tak sangka rupanya dulu Datuk Red pernah bantu ramai orang

Sejak minggu lalu suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mendapat perhatian warganet susulan pengakuannya yang kini sedang berdepan dengan masalah kewangan dan terdesak mencari pekerjaan. Menerusi pendedahan yang dimuat naik di TikTok, rata-rata warganet berkongsi pertolongan dan sumbangan yang pernah dihulurkan oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red kepada mereka.… Continue reading Terus banyak dapat tawaran kerja lepas viral baru ni, tak sangka rupanya dulu Datuk Red pernah bantu ramai orang

Teruk kena kritik dengan warganet, akhirnya Dato Aliff Syukri padam muzik video lagu raya dan buat permohonan maaf

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf dan bertindak memadam muzik video (MV) ‘Love Raya’ yang didakwa keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak umat Islam. Menurut Aliff Syukri, dia mengakui berasa kecil hati apabila ramai yang memberi respon negatif mengenai lagu rayanya pada tahun ini. Ujar Aliff lagi, dia berasa sangat ‘down’ apabila menerima kritikan yang hebat… Continue reading Teruk kena kritik dengan warganet, akhirnya Dato Aliff Syukri padam muzik video lagu raya dan buat permohonan maaf

Suami suruh jaga emosi ketika hamil, Shila Amzah akui belum bersedia nak jumpa dengan adik beradik dan ibu

PENYANYI Shila Amzah memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu ibu dan adik-beradiknya selepas berdepan konflik keluarga sejak Oktober tahun lalu. Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, dia enggan emosinya terganggu memandangkan kini sedang sarat hamil anak kedua. “Sejujurnya hati saya belum bersedia untuk jumpa. Kalau boleh saya tidak mahu tertekan dan suami nasihatkan lebih… Continue reading Suami suruh jaga emosi ketika hamil, Shila Amzah akui belum bersedia nak jumpa dengan adik beradik dan ibu

Bonda Rozita luah rasa kecewa bila Dato Aliff Syukri lancarkan muzik video lagu raya, sepatutnya kejar Lailatul Qadr

Ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim tegur anak lelakinya itu secara terbuka susulan muzik video (MV) lagu raya terbaharu yang telah undang kritikan ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bonda Rozita di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa kecewa dengan Aliff Syukri yang tidak menjaga sensitiviti terutamanya 10 malam… Continue reading Bonda Rozita luah rasa kecewa bila Dato Aliff Syukri lancarkan muzik video lagu raya, sepatutnya kejar Lailatul Qadr

Zahid Baharuddin luah rasa bengang bila duit dalam akaun isteri hilang, RM4250 bukan jumlah yang sikit

PENYANYI Zahid Baharudin berputih mata apabila kehilangan wang berjumlah RM4,250 dari akaun e-wallet milik isterinya iaitu Nurul Shuhada. Kata Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin, 44, kejadian itu turut memberi kesan terhadap emosi mereka tatkala kini dalam persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Memang tiada perasaan nak raya. Dalam kereta dengar radio mainkan lagu raya pun tak… Continue reading Zahid Baharuddin luah rasa bengang bila duit dalam akaun isteri hilang, RM4250 bukan jumlah yang sikit

Nampak macam ada sinar, Adira tolong Datuk Red promosikan biskut raya

Sebelum ini, penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi memuji semangat suaminya, Datuk Red yang berusaha keras mahu bangkit kembali mengubah kehidupannya. Menerusi perkongsian di Instagram, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira binti Suhaimi bersama anaknya, Anggerik dilihat tidak lokek mempromosikan produk jualan Datuk Red iaitu biskut raya. “Kita sokong Datuk Red jual biskut raya. Esok (hari… Continue reading Nampak macam ada sinar, Adira tolong Datuk Red promosikan biskut raya

Tengah sarat mengandung 8 bulan, Shila Amzah tampil jelaskan sebab dia tak berpuasa

Penyanyi Shila Amzah tampil menjelaskan sebab dirinya tidak dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menerusi hantaran di Instagram, Shila menyatakan setiap wanita hamil mempunyai ketahanan badan yang berbeza. Selain sedang sarat mengandung lapan bulan, dia mengalami masalah tekanan drh atau hemoglobin (HB) rendah dan juga pembawa thalasemia. “Saya pembawa thalasemia makanya memang masalah tekanan drh rendah… Continue reading Tengah sarat mengandung 8 bulan, Shila Amzah tampil jelaskan sebab dia tak berpuasa

Jual barangan terpakai milik anak, peminat tak sangka Anzalna Nasir seorang yang merendah diri dan tak sombong

SEORANG pengikut laman sosial Anzalna Nasir menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang merendah diri dan tidak sombong walaupun berstatus artis popular. Tidak hanya itu, individu berkenaan turut memuji sikap pemurah Anzalna kerana memberi potongan harga istimewa ketika membeli barangan terpakai milik anak lelakinya iaitu Eidrees. Kebaikan yang ditunjukkan Anzalna membuatkan individu tersebut tidak percaya dengan apa… Continue reading Jual barangan terpakai milik anak, peminat tak sangka Anzalna Nasir seorang yang merendah diri dan tak sombong

Saja lambat kan kes dengan harapan isteri berubah fikiran, Datuk Red luahkan hasrat nak sambut hari raya dengan anak

Usahawan Datuk Red meluahkan hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama anak-anak. Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berharap agar dia diberi peluang untuk beraya bersama isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga. “Bagi lah saya peluang untuk saya beraya bersama anak-anak. Andailah kata kalau… Continue reading Saja lambat kan kes dengan harapan isteri berubah fikiran, Datuk Red luahkan hasrat nak sambut hari raya dengan anak

Kini sudah tidak memiliki sebarang harta, Sajat akui rumah banglo kena lelong dengan harga lebih RM4 Juta

Usahawan sensasi, Nur Sajat mengakui kediaman banglo mewah miliknya di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan dilelong dengan harga RM4.68 juta, 13 Mei depan. Sajat berkata dia lebih bahagia untuk menetap buat selamanya di Australia, tidak mungkin akan kembali ke tanah air, Malaysia. “Betul, rumah saya memang dilelong. Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia.… Continue reading Kini sudah tidak memiliki sebarang harta, Sajat akui rumah banglo kena lelong dengan harga lebih RM4 Juta