Perkhidmatan gunting rambut untuk anak Autisme

Perkhidmatan gunting rambut untuk kanak-kanak Autisme atau gangguan spektrum autisme (ASD).” Kedengaran pelik namun hakikatnya mungkin ramai terlepas pandang anak-anak istimewa ini memerlukan perkhidmatan khusus seperti ini yang sudah tentu memudahkan ibu bapa atau penjaga mereka. Dengan tingkah laku serta ragam sukar dijangka, perkara kecil untuk menggunting rambut sebenarnya boleh menjadi masalah besar untuk golongan… Continue reading Perkhidmatan gunting rambut untuk anak Autisme

Tak Sangka Pengasas OceanGate mahu hantar manusia ke Zuhrah pula

Pengasas bersama syarikat OceanGate, Guillermo Sohnlein menyatakan dalam satu temu bual bahawa dia kini menyasarkan untuk menghantar manusia ke planet Zuhrah menjelang 2050, lapor laman berita Wion News semalam. OceanGate yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah syarikat sama yang menghantar sebuah kapal selam buatannya, Titan untuk menyaksikan bangkai Titanic sebelum ia meletup di dasar Lautan… Continue reading Tak Sangka Pengasas OceanGate mahu hantar manusia ke Zuhrah pula

Sekali ini yang diumumkan, New York larang penggunaan plastik sekali guna

New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), memperkenal sekatan baharu untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna dalam pesanan bawa pulang, berkuat kuasa pada Isnin. Di bawah peraturan baharu itu, restoran dan perkhidmatan penghantaran di bandar itu tidak dibenarkan menyediakan peralatan plastik, paket perasa, napkin atau bekas tambahan dalam pesanan bawa pulang… Continue reading Sekali ini yang diumumkan, New York larang penggunaan plastik sekali guna

Kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini yang menjadi tanda tanya

 Siapa pengganti sesuai untuk menjawat jawatan selaku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) apabila kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini menjadi tanda tanya. Shapawi ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Komanwel 2023, bagaimanapun enggan mengulas perkara itu. Kata Shapawi, beliau ketika ini menjalankan tugas seperti biasa… Continue reading Kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini yang menjadi tanda tanya

Published
Categorized as sukan Tagged

Datuk Abdul Rashid Harun berpesan usah lupa keluarga pewira kita

Dalam kita semua menyanjung jasa pahlawan yang terkorban dalam pertempuran mempertahankan kedaulatan negara ini, jangan sekali kita lupa ahli keluarga dan insan terdekat mereka,” pesan Datuk Abdul Rashid Harun. Abdul Rashid yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sabah antara ‘orang kuat’ terbabit dalam tragedi berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 2013. Beliau berkata, mungkin ada dalam kalangan… Continue reading Datuk Abdul Rashid Harun berpesan usah lupa keluarga pewira kita

Published
Categorized as Berita

Inisiatif kredit e-tunai kepada rakyat dewasa dilaksana suku keempat tahun ini

Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Kementerian itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bantuan e-tunai itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40. la akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini,” katanya. Minggu lalu, Perdana Menteri, ketika… Continue reading Inisiatif kredit e-tunai kepada rakyat dewasa dilaksana suku keempat tahun ini

Published
Categorized as Berita Tagged

Wanita ini panik sejam akibat tersangkut dalam buaian

Seorang wanita di Britain menanggung malu selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan selama lebih sejam, lapor akhbar Daily Star semalam. Leala Vanbest, 22, dari Southend, Essex sedang bersantai bersama rakan dan seorang anak perempuannya di taman itu apabila dia memutuskan untuk bermain buaian. Leala bagaimanapun gagal keluar daripada buaian itu selepas menggunakannya… Continue reading Wanita ini panik sejam akibat tersangkut dalam buaian

Taufan Khanun semakin menghampiri Negara Jepun

Sekurang-kurangnya 264 penerbangan dibatalkan di Jepun berikutan Taufan Khanun yang semakin menghampiri negara itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK pada Isnin. Taufan itu dijangka membadai wilayah barat daya Okinawa dan Amami dari Isnin hingga Selasa. Japan Airlines membatalkan 67 penerbangan pada Isnin, manakala All Nippon Airways membatalkan 73 penerbangan pada hari yang sama dan 124… Continue reading Taufan Khanun semakin menghampiri Negara Jepun

Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia

Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China semalam, adalah satu usaha terancang dilakukan Persekutuan Wushu Malaysia (WFM). Presidennya, Datuk Chong Kim Fatt berkata, selepas melihat banyak program terhenti gara-gara pandemik Covid-19, WFM bersama barisan jurulatih merancang sesuatu untuk dicapai di Universiade.… Continue reading Kejayaan atlet wushu negara, Tammy Tan merangkul pingat emas sulung Malaysia di temasya Sukan Universiti Dunia

Published
Categorized as sukan Tagged

Perdana Menteri Malaysia umum peruntukan tambahan bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah sekali gus memastikan inisiatif itu dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh. Beliau berkata, menerusi program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), ia akan diperluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara serta… Continue reading Perdana Menteri Malaysia umum peruntukan tambahan bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah