Sekali ini yang diumumkan, New York larang penggunaan plastik sekali guna

New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), memperkenal sekatan baharu untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna dalam pesanan bawa pulang, berkuat kuasa pada Isnin.

Di bawah peraturan baharu itu, restoran dan perkhidmatan penghantaran di bandar itu tidak dibenarkan menyediakan peralatan plastik, paket perasa, napkin atau bekas tambahan dalam pesanan bawa pulang dan penghantaran, melainkan pelanggan memintanya, lapor Xinhua.

Ini bermakna restoran tidak lagi secara automatik memasukkan bekas plastik, pisau dan garpu, paket mayo, sos, serta sos tomato dalam pesanan tanpa permintaan pelanggan.

Langkah baharu itu yang bertujuan mengurangkan sisa plastik sekali guna dibuat berikutan pelaksanaan undang-undang “Skip the Stuff” yang ditandatangani oleh Datuk Bandar New York Eric Adams awal tahun ini.

Tempoh amaran mengenai peraturan tersebut berakhir pada 30 Jun 2024, dan denda akan dikeluarkan jika berlaku pelanggaran. Mereka yang melanggar sekatan akan berdepan hukuman, bermula dari AS$50 untuk kesalahan pertama, AS$150 untuk kesalahan kedua dan AS$250 untuk kesalahan ketiga.

Menurut data yang dipetik oleh Jawatankuasa Perlindungan Pengguna dan Pekerja Majlis Bandaraya New York, lebih daripada 320 juta tan plastik digunakan di negara ini setiap tahun, dengan 95 peratus daripadanya adalah sekali guna, dan daripada plastik sekali pakai tersebut, hanya 14 peratus dikitar semula. Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.