Tak teragak nak buat laporan polis, Puteri Sarah dedah pegawai pemasaran bawa lari RM26k

PELAKON Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, berkata, individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu. Jelasnya, dia mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya… Continue reading Tak teragak nak buat laporan polis, Puteri Sarah dedah pegawai pemasaran bawa lari RM26k

Muat naik gambar Puteri Sarah dan keluarga, Datin Patimah luah rasa terkilan bila kehilangan besan yang baik

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa terkilan apabila kehilangan besan sebaik ibu bapa menantunya, Puteri Sarah. Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Patimah turut memuat naik gambar menantunya, Puteri Sarah bersama kedua ibu bapanya yang kini sedang bercuti di Turki. “Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mertua yang memahami bagi Sol,” tulisnya.… Continue reading Muat naik gambar Puteri Sarah dan keluarga, Datin Patimah luah rasa terkilan bila kehilangan besan yang baik

Tak nak masuk campur hal peribadi tentang pilihan hati, Datuk Yusof Haslam doakan Puteri Sarah bertemu jodoh dgn lelaki yang baik

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengharapkan agar menantunya, Puteri Sarah Liyana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik. Memetik laporan Harian Metro, Yusof Haslam berkata dia tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi Puteri Sarah terutama hal berkaitan pilihan hati. “Soal siapa jodohnya (Puteri Sarah), biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.”… Continue reading Tak nak masuk campur hal peribadi tentang pilihan hati, Datuk Yusof Haslam doakan Puteri Sarah bertemu jodoh dgn lelaki yang baik

Muat naik video promosi kan video, tapi cincin pada jari manis Puteri Sarah pula jadi perhatian warganet

Penampilan terkini pelakon Puteri Sarah Liyana sering meraih tumpuan ramai di media sosial, apatah lagi dia kini tampak semakin bahagia selepas berpisah talak satu dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Terkini, menerusi perkongsian di Instagram aktres drama rantaian Suri Hati ini memuat naik sebuah video mempromosikan produk tudung bersama rakan niaga, aktor Indonesia Andi Arsyil. Klik sini untuk lihat… Continue reading Muat naik video promosi kan video, tapi cincin pada jari manis Puteri Sarah pula jadi perhatian warganet

Warganet tegur Puteri Sarah nampak berisi, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan

Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon Puteri Sarah menjawab soalan daripada warganet yang mengatakan dirinya semakin berisi. Warganet itu turut mengatakan bahawa bawah dagu Puteri Sarah sudah tebal. Tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah membalas semula. Puteri Sarah berkata dia semakin berisi kerana sudah bahagia dan mereka yang tidak rasa bahagia akan kurus. “Gemok Sarah sekarang bawah dagu… Continue reading Warganet tegur Puteri Sarah nampak berisi, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan

Minta Sarah mafkan orang yang komen toksik, Puteri Sarah menangis di bahu Andi sebab terkesan dengan komen warganet

Sejak berpisah dengan pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof, segala perbuatan Puteri Sarah menjadi perhatian warganet. Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan Puteri Sarah menangis ketika sedang membuat live di TikTok sehingga ‘berlabuh’ di bahu pelakon Indonesia, Andi Arsyil. Klip yang tular itu memaparkan Puteri Sarah sedang menangis sambil Andi memujuknya untuk sentiasa kuat dan berpesan agar… Continue reading Minta Sarah mafkan orang yang komen toksik, Puteri Sarah menangis di bahu Andi sebab terkesan dengan komen warganet

Buat live nak berniaga tapi ramai yang suruh ajak Sol, tak boleh berdiam ini pula respon Puteri Sarah

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir warganet yang yang didakwa secara sengaja mengajukan soalan tentang bekas suaminya, Syamsul Yusof. Menerusi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat berang dengan komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet dan bertindak menegur perbuatan mereka. Menurut aktres ini, dia tidak mahu warganet mengaitkan nama Syamsul kerana… Continue reading Buat live nak berniaga tapi ramai yang suruh ajak Sol, tak boleh berdiam ini pula respon Puteri Sarah

Bertuah sebab dikurniakan rezeki untuk tunaikan umrah banyak kali, Puteri Sarah akui tanah suci tempat healing sambil beribadah

KERAP dilihat ke Tanah Suci Makkah untuk melakukan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan ia sebagai rezeki selain ia tempat terbaik bermuhasabah diri. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, umrah tidak terhad dilakukan oleh semuat umat Islam dan menganggap dia bertuah kerana dikurniakan rezeki ke sana. “Ramai tanya kenapa asyik pergi umrah?… Continue reading Bertuah sebab dikurniakan rezeki untuk tunaikan umrah banyak kali, Puteri Sarah akui tanah suci tempat healing sambil beribadah

Tak henti doakan untuk bekas menantu, ramai yang puji sikap sayang Patimah pada Puteri Sarah

SELEPAS hampir enam bulan pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berpisah, isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tidak pernah berhenti mendoakan kebahagian buat bekas menantunya itu. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Patimah berharap supaya Sarah atau Puteri Sarah Liayana Megat Kamaruddin, 38, memperoleh kebahagiaan yang diinginkan suatu hari… Continue reading Tak henti doakan untuk bekas menantu, ramai yang puji sikap sayang Patimah pada Puteri Sarah

Pergi tanah suci untuk tunaikan umrah, Puteri Sarah dedah azam tahun depan nak kurangkan bercakap

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana bergerak sendiri ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dengan bantuan agensi pelancongan umrah yang dipilihnya. Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat sedang berjalan di kota suci Mekah. Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Puteri Sarah menyatakan azamnya pada tahun hadapan untuk kurangkan… Continue reading Pergi tanah suci untuk tunaikan umrah, Puteri Sarah dedah azam tahun depan nak kurangkan bercakap