Bidaan jam dah ditutup, Dr Zulkifli dedah jam Rolex berjaya dibida dengan harga tertinggi RM135k

Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya berjaya dibida pada harga tertinggi sebanyak RM135,000. Perkara tersebut diumumkan oleh Zulkifli menerusi Facebook miliknya, pagi tadi. Bersama pengumuman tersebut, beliau juga memberitahu akan bertemyu dengan pemenangnya pada petang ini. “Bidaan Jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida. Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya.

“Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM 135,000. InsyaAllah , saya akan bertemu pemenangnya petang ini,” tulisnya. Kelmarin, Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin. Zulkifli kemudian memberitahu bidaan ditutup tepat pukul 12 malam tadi. Dalam hantaran pertama, Zulkifli turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.