Kahwin sebab nak berteman, Sabri Yunus akui dia dan isteri tak merancang untuk memiliki zuriat

Pelakon Sabri Yunus memberitahu dia dan isteri, Angeline Tan tidak merancang untuk memiliki zuriat pada usia yang sudah lanjut. Memetik laporan Utusan, mereka hanya mahukan kehidupan yang tenang dan selesa tanpa terbeban dengan membesarkan anak. “Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. “Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.

“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya. Sementara itu, Angeline juga bersetuju dengan Sabri memandangkan mereka sudah mempunyai zuriat sendiri. “Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri. “Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” ujar Angeline.

Untuk rekod, Sabri dan Angeline mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober lalu selepas tiga tahun mengenali antara satu sama lain secara rapat. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.