Ramai lagi yang tak tahu rupanya Sharnaaz Ahmad ada kedai ais krim, dalam diam rupanya dah ada 5 cawangan

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengorak selangkah dalam kariernya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan ais krim yogurt yang sehingga kini sudah mempunyai lima cawangan. Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, pembukaan cawangan kelima Hello di Mahkota Parade, Melaka juga merupakan hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 30 Ogos lalu. “Alhamdulillah sudah ada lima cawangan dan insya-Allah saya akan buka satu lagi cawangan dalam masa terdekat.

Pembukaan cawangan terbaharu ini juga saya anggap hadiah sempena hari jadi saya pada 30 Ogos lalu,” katanya. Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia berhasrat untuk membuka cawangan jenama ais krim itu di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak hanya itu, pelakon itu turut memasang impian melebarkan perniagaan berkenaan ke Indonesia selepas melihat sambutan mengalakkan daripada pelanggan. “Saya memang terharu dengan sokongan ditunjukkan rakyat Malaysia yang menanti Hello dibuka di negeri kelahiran mereka.

“Insya-Allah jenama ini akan menembusi pasaran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak termasuk Indonesia,” ujarnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hello iaitu Aliza Ali memsasarkan jenama itu membuka 80 cawangan kioks di seluruh negara termasuk Indonesia pada tahun ini. Selain Mahkota Parade, kioks ais krim yogurt tanpa gula itu itu turut dibuka di 1 Utama, Menara Mustapha Kamal, Jakel Mall dan KTCC Mall. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.