Dapat tajaan setengah juta, bukan biasa biasa majlis resepsi ank Didie Alias pengantin siap berarak naik Lrt

Majlis resepsi anak kepada pelakon Didie Alias, Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan membuat kelainan apabila pengantin diarak menaiki LRT untuk tiba ke ruang acara di Dewan Temu Jelatek, Kuala Lumpur. Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali, dia bersyukur apabila Temu Jelatek menaja keseluruhan majlis tersebut yang menelan kos sebanyak RM500,000. “Kami memberikan kelainan dalam majlis ini apabila pengantin diarak dengan menaiki LRT dari stesen Setiawangsa ke stesen Jelatek bagi menunjukkan betapa mudahnya orang ramai boleh datang ke sini.

Kami berterima kasih kepada Temu Jelatek kerana telah menyokong dalam menjayakan majlis ini. Ia bukan sahaja membantu permudahkan urusan, tetapi memastikan setiap aspek berjalan dengan lancar,” katanya. Didie berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi Muhammad Dhanial dan pasangannya, Nur Khairunnisa Zulkifli pada malam Sabtu. Tajaan berjumlah setengah juta itu membabitkan kelengkapan dewan, dekorasi, makanan, photobooth, bilik penginapan, bilik VIP, peralatan bunyi dan cahaya, fotografi dan videografi serta bantuan pengurusan majlis. Selain ahli keluarga kedua-dua mempelai, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Datuk Yusuf Haslam, Datuk Hattan, Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Shahirah, Nad Zainal dan ramai lagi.

Antara penyanyi yang membuat persembahan adalah Mark Adam, Bella Astillah dan Lah Ahmad selain Along Cham serta Ieda Moin sebagai pengacara majlis. Terdahulu, Muhammad Dhanial kehilangan bapa yang juga pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim dua minggu menjelang hari pernikahannya pada 20 Mei lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.