Buah buahan dapat meredakan demam. Ketahui 5 buah buahan mudah didapati dan cukup baik dimakan ini.

Demam boleh membuatkan seseorang berasa lemah dan tidak mempunyai selera makan. Tahukah anda terdapat beberapa jenis buah-buahan yang dapat membantu menurunkan suhu badan ketika demam. Buah-buahan ini biasanya memiliki kandungan air yang tinggi selain nutrisi dalam membantu memperkuatkan sistem ketahanan tubuh ketika seseorang mengalami demam. Seperti diketahui, demam adalah keadaan di mana suhu badan seseorang lebih daripada 37 darjah celcius dan keadaan ini biasanya berlaku sebagai tanda atau gejala sesuatu penyakit atau jangkitan.

Ketika sedang demam, pesakit biasanya akan kehilangan nafsu makan dan ia adalah perkara biasa kerana mulut akan menjadi pahit dan pada masa itu buah-buahan sentiasa menjadi pilihan. Sebaik-baiknya, pilihlah buah yang memiliki kandungan air setidak-tidaknya 80 peratus dan mengandungi vitamin C yang baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Berikut adalah buah-buahan yang baik dimakan ketika demam.

1. Tembikai

Tembikai termasuk sebagai buah-buahan yang kaya dengan kandungan air iaitu sebanyak 92 peratus. Selain dapat membantu menambah pengambilan cecair ketika demam, buah ini juga mengandungi antioksidan. Antioksidan dapat membantu melawan penyakit, mengurangkan keradangan dan mencegah jangkitan kuman.

2. Mangga

Tubuh akan membakar kalori lebih banyak ketika seseorang itu demam dan untuk itu, seseorang disarankan makan lebih banyak kalori ketika suhu badan meningkat meskipun nafsu makan sedang merosot. Mangga kaya dengan kalori, vitamin C dan serat yang mudah dicerna. Pun begitu, perlu diingat, jangan pilih mangga yang manis atau terlalu masam agar tidak mengalami sakit perut.

3. Air kelapa

Air kelapa dapat membantu menurunkan suhu demam tanpa pengambilan sebarang ubat-ubatan malah ia membantu menormalkan suhu tubuh, mengelakkan jangkitan selain memberi nutrisi kepada tubuh. Berbeza dengan air putih, air kelapa kaya dengan potasium yang diperlukan tubuh dan saraf untuk menstabilkan degupan jantung. Ia juga membantu mengisi kembali cecair dan elektrolit penting yang keluar dari tubuh melalui peluh atau ketika buang air. Paling penting pilih air kelapa yang segar tanpa sebarang gula atau perasa tambahan.

4. Pisang

Meskipun tidak banyak mengandungi cecair seperti buah-buahan lain, pisang dapat dimakan ketika demam kerana ia mudah dicerna. Tidak hanya itu, pisang juga kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu meredakan tekanan, menjaga tulang tetap kuat dan nutrisi.

5. Limau

Kajian menunjukkan, buah yang kaya dengan vitamin C seperti limau dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh manusia. Selain kaya dengan kandungan vitamin C, ia juga mengandungi cecair yang baik sebagai pereda demam. Selain limau, antara buah-buahan lain yang kaya dengan vitamin C termasuklah kiwi atau strawberi.

Hidung Sering Tersumbat. Untuk Mengelakkan Gejala Sampingan. Ketahui 7 Cara Berkesan Atasi Ini.

Berada di dalam bilik dengan suhu udara yang hangat dan lembap merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menangani hidung tersumbat.Hidung tersumbat adalah salah satu simptom yang boleh didapati pada penghidap Covid-19 varian Omicron, malah jika tidak diatasi dengan betul ia akan mendatangkan kesan sampingan lain. G3jala itu sangat menjengkelkan kerana seseorang itu akan menghadapi kesukaran untuk bernafas melalui hidung seperti biasa.

Namun, pelbagai kajian mengatakan ia tidak baik untuk kesihatan badan jika bernafas melalui hidung terlalu lama. Selain menyebabkan mulut menjadi kering, ia tidak dicipta untuk bernafas. Ini kerana, rongga mulut tidak mempunyai perlindungan untuk menapis udara kotor, habuk yang penuh bakteria atau kuman. Dalam pada itu, untuk bernafas secara normal semula, cara berikut akan mengatasi hidung tersumbat, termasuklah;

1. Mandi air suam

Mandi air panas atau suam boleh membantu melegakan hidung tersumbat, tetapi suhu air tidak boleh terlalu tinggi. Anda disarankan menutup pintu bilik mandi supaya lembapan dapat dikumpulkan. Apabila kelembapan cukup, tarik nafas sedalamnya untuk membersihkan sinus. Wap yang terhasil daripada air panas itu juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir supaya hidung boleh bernafas semula dengan normal. Walaupun wap panas tidak bertahan lama, kaedah ini boleh digunakan sebagai penyelesaian alternatif untuk kelegaan sementara.

2. Suhu bilik

Berada di dalam bilik dengan suhu udara yang hangat dan lembap juga salah satu cara paling berkesan untuk menangani hidung tersumbat. Sebabnya, ini boleh meredakan keradangan dan melegakan pembengkakan saluran darah di hidung. Cara paling mudah untuk melakukannya adalah hidupkan pelembap udara dalam bilik selain meningkatkan kandungan air di udara. Tidak hairanlah pelembap udara ini digunakan untuk penghidap asma, walaupun keadaan bilik itu tidak memberikan faedah yang konsisten dalam merawat hidung tersumbat, namun ia menjadikan pernafasan lebih mudah buat seketika.

3. Minyak kayu putih

Minyak kayu putih atau balsam boleh menjadi senjata untuk merawat hidung tersumbat dengan menyapukan sedikit pada permukaan lubang hidung supaya aromanya dapat disedut. Jika perlu, sapukan juga pada bahagian dada supaya badan menjadi hangat dan rasa lebih selesa. Minyak kayu putih yang diperbuat daripada daun kayu putih telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai ubat, malah dikatakan boleh membunuh bakteria penyebab j4ngkitan sinus secara beransur-ansur.

4. Minum air putih

Apabila seseorang mengalami selsema yang teruk, lendir akan menjadi pekat dan menyumbat hidung. Atasinya dengan memperbanyakkan meminum air suam. Air suam boleh membantu melonggarkan lendir di saluran pernafasan dan dapat mengurangkan tekanan dalam sinus. Jika anda tidak biasa meminum air suam, cuba minum campuran halia dan teh pudina, cuka sari apel, atau teh lemon dan madu suam, yang mempunyai sifat anti radang dan antioksidan baik untuk membersihkan saluran hidung.

5. Kumur air garam

Apabila lendir menyerang kawasan hidung dan tekak, segeralah berkumur-kumur dengan air masin atau garam. Air garam dikatakan boleh melegakan sakit tekak dan gatal-gatal pada bahagian hidung yang tersumbat, malah memberikan kelegaan sementara pada saluran pernafasan. Caranya, cuba larutkan setengah sudu teh garam dalam 200 ml air suam, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur dan lakukan tips ini empat kali sehari.

6. Bantal

Hidung tersumbat juga sering berlaku pada waktu malam semasa tidur, oleh itu, disarankan untuk menggunakan bantal yang lebih tinggi sedikit ketika hendak tidur. Cara itu sangat berkesan untuk memudahkan lendir dalam hidung mengalir ke kerongkong anda disamping ketika bangun dari tidur, rasa tersumbat, sesak nafas dan kurang selesa pada tekak dan hidung akan berkurangan. Namun perlu diketahui, selepas menangani dan mengalami hidung tersumbat, segeralah berjumpa doktor pakar untuk mengelakkan kesan atau gejala sampingan berlaku.