Kawan yang suka diet mesti nak tahu ni. Ini 8 petanda berat badan anda mulai turun.

Kurang berasa lapar merupakan antara faktor seseorang mengalami penurunan berat badan yang baik. Fenomena menguruskan badan atau menurunkan berat badan sudah menjadi trend dalam pelbagai lapisan masyarakat, ini berikutan orang ramai ingin mendapatkan berat ideal disamping mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Pun begitu, masa yang diambil untuk menurunkan berat badan adalah berbeza-beza bagi setiap orang, walaupun pelbagai faktor mempengaruhi penurunan berat badan, salah satunya adalah pemakanan kurang konsisten.

Memetik Very Well Fit, kebiasaannya pada minggu pertama diet, secara amnya seseorang tidak akan melihat perubahan besar dalam badan. Perubahan biasanya mula dirasai pada minggu kedua hingga minggu ketiga, seperti badan yang lebih ringan. Menjelang minggu keempat, anda biasanya mula kehilangan sedikit berat badan faktor corak pemakanan yang dilakukan semasa diet mula terasa seakan rutin biasa. Bagaimanapun, sila ambil perhatian, ciri-ciri ini bukan sahaja dapat dilihat secara fizikal, tetapi juga pelbagai faktor lain, termasuklah;
1. Jarang berasa lapar
Pengambilan makanan yang lebih banyak kandungan protein semasa diet dan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat, mungkin anda akan berasa kenyang lebih lama. Ia juga membuatkan seseorang itu tidak berasa lapar, ini berlaku kerana asid amino dalam protein menghantar isyarat kenyang ke otak.
2. Berasa lebih baik secara psikologi
Menurunkan berat badan akan memberi kesan kepada kesihatan psikologi dan perubahan mood. Pelbagai kajian yang dilakukan mendapati orang yang mengikuti program diet dapat mengawal perasaan sedih, kemurungan dan kebimbangan.
3. Otot lebih tegang
Otot yang semakin tegang juga merupakan petanda program diet berjalan dengan baik. Bagaimanapun, seberapa cepat perubahan otot bergantung pada jenis senaman yang anda lakukan. Kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk membina jisim otot di kaki mereka apabila mengikuti program diet ditambah dengan senaman yang kerap.
4. Sakit-sakit di badan berkurangan
Berat badan berlebihan secara amnya menyebabkan kesakitan dipelbagai kawasan, terutamanya pada bahagian badan yang menanggung berat seperti kaki dan punggung bawah. Namun secara teorinya, apabila diet berjalan dengan baik, kesakitan yang dialami tubuh akan berkurangan secara perlahan-lahan.

5. Tekanan darah menurun

Umumnya, berat badan berlebihan mempunyai kesan negatif terhadap tekanan darah, kerana ia terdedah kepada tekanan darah tinggi. Namun, amalan diet yang teratur boleh menyebabkan tekanan darah menurun. Apabila seseorang menurunkan berat badan, ia dapat mengurangkan tekanan pada jantung selain mengembalikan tekanan darah ke paras normal.

6. Kurang berdengkur

Penyelidik mendapati individu yang mengalami masalah sindrom metabolik seperti obesiti mempunyai kecenderungan untuk berdengkur yang boleh mencetuskan penambahan berat badan. Atas dasar itu, penurunan berat badan sering digunakan sebagai terapi untuk orang yang mempunyai tabiat berdengkur.

7. Mood bertambah baik

Seseorang yang mengamalkan diet yang sihat juga boleh meningkatkan mood selain badan terasa lebih bertenaga. Ia berlaku kerana penurunan berat badan yang berkurangan malah anda mendapat saiz badan ideal yang boleh mempengaruhi mood seharian.

8. Pakaian lebih longgar

Pakaian yang semakin longgar merupakan salah satu ciri diet seseorang itu berjalan dengan baik, walaupun memakan masa yang agak lama. Ini bermakna anda mengalami penurunan berat badan dan perubahan saiz badan menjadi susut terutamanya di bahagian pinggang dan lingkaran perut.

Ketahui Cara Berkesan Menahan Lapar Semasa Diet. Fakta Terakhir Paling Menarik

Kajian membuktikan makan berhati-hati mampu menurunkan berat badan kerana otak memainkan peranan dalam merancang tindak balas kepada perlakuan seseorang terhadap sesuatu. Berdiet untuk menurunkan berat badan boleh terasa sangat menyeksakanterutamanya apabila berhadapan dengan kelaparan. Anda pernah berada disituasi dimana sandwich dan milkshake menjadi menu ruji harian, namun faktor diet anda perlu melawan rasa lapar demi menurunkan berat badan.

Jangan bimbang, beberapa kajian membuktikan kaedah dibawah membantu menahan rasa lapar bagi menyokong menurunkan berat badan, termasuk;

1. Sarapan berkhasiat

Sarapan membantu anda menurunkan lebih banyak berat badan. Ini mungkin bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini. Seperti yang dilaporkan oleh Trifecta Nutrition, beberapa kajian telah mengaitkan sarapan pagi dapat mengawal kalori harian dengan lebih baik, terutamanya jika sarapan mempunyai protein yang tinggi.

2. Protein yang mencukupi

Bagi anda yang sudah biasa bersarapan, cuba masukkan sebahagian protein dalam menu. Protein akan membuatkan perut berasa kenyang lebih lama, tahap hormon kelaparan yang lebih rendah berpotensi membuat anda kurang makan pada hidangan seterusnya. Menurut Healthline, jumlah pengambilan protein adalah sekurang-kurangnya 20-30 peratus daripada jumlah pengambilan kalori atau 0.45-0.55 gram setiap paun berat badan (1-1.2 gram setiap kg berat badan).

3. Pengambilan serat

Pengambilan serat yang tinggi akan melambatkan proses penghadaman dan menjejaskan pelepasan hormon kenyang yang meningkatkan kepuasan. Bukan itu sahaja, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang membantu menghasilkan asid lemak rantai pendek dalam usus yang dipercayai dapat memanjangkan rasa kenyang.

4. Kurangkan gula

Selain pengambilan gula yang betul, anda perlu mengelak pengambilan yang tidak perlu seperti yang menghasilkan ‘kalori kosong’. Makanan dengan ‘kalori kosong’ hanya menambah kalori tanpa memberi sebarang nutrisi. Seterusnya, kurangkan pengambilan gula tambahan (stevia) – gula mungkin memberi tenaga yang segera, tetapi ia akan menurunkan tahap tenaga badan serta-merta yang biasanya terdapat dalam roti putih, gula-gula, kek, dan biskut.

5. Minum air putih sebelum makan

Sebelum makan, anda perlu minum segelas air. Segelas air akan membuatkan anda lebih kenyang, dan kurang rasa lapar selepas makan. Menurut Medical News Today, kajian ke atas 50 wanita yang berlebihan berat badan mendapati, apabila mereka diminta minum 1.5 liter air sehari selama lapan minggu ia telah menyebabkan selera makan dan berat badan berkurangan.

6. Bersenam sebelum makan

Selain minum air, anda juga boleh cuba bersenam sebelum makan. Kajian semula terhadap 20 penyelidikan berbeza mendapati hormon kelaparan boleh ditindas dengan berkesan selepas bersenam, terutamanya senaman intensiti tinggi.

7. Makan perlahan

Amalkan kesedaran dengan cara yang mudah termasuk makan secara berhemah. Otak memainkan peranan penting dari segi selera makan. Jika anda makan dengan fokus, berhati-hati, tanpa gangguan, anda tidak akan berasa cepat lapar dan tidak akan makan berlebihan dalam hidangan seterusnya. Bagaimana untuk makan dengan penuh perhatian? Anda perlu menjauhkan diri daripada gangguan seperti telefon bimbit, televisyen dan fokus pada rupa, tekstur, bau dan rasa makanan semasa anda makan.