Pasti ramai yang mengeluh bila baju melekat kesan kuning pada pakaian. Rupanya ini antara rahsia mudah untuk anda cuba hilangkannya.

“Elok-elok aku simpan baju Aina masa ‘baby’ dalam bekas bertutup, tak sangka pula ada kesan kekuningan macam ni. Dah cuci berkali-kali pun tak hilang. Apa lagi cara hilangkan kuning pada baju ni ya?” Bagi ibu-ibu, tentu selalu mengalami masalah seperti ini, terutamanya ketika sedang mencari semula pakaian bayi sulung untuk dipakaikan kepada adik yang bakal lahir. Malah, baju dewasa, cadar katil, dan kain langsir juga boleh bertukar kekuningan apabila ianya tersimpan lama.

Antara puncanya mungkin disebabkan bekas protein daripada susu, muntah, atau peluh yang masih tertinggal pada fabrik. Walaupun telah dicuci, barangkali kesannya tidak dapat kita lihat pada mata kasar. Jangan risau, pakaian tersebut masih boleh digunakan. Berikut adalah cara hilangkan kuning pada baju dengan menggunakan bahan semulajadi di rumah.

CUKA PUTIH & GARAM

Campurkan setengah cawan cuka putih bersama setengah cawan garam di dalam sebuah besen. Letakkan pakaian ke dalam besen dan gosokkan pakaian di dalam besen tersebut selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, bilaskan seperti biasa menggunakan sabun pilihan anda. Jika kesannya sedikit saja, anda boleh membuat pes dengan kedua-dua bahan seperti di bawah dan gosokkan pada pakaian.

UBAT GIGI

Ubat gigi boleh digunakan secara terus untuk menghilangkan kuning pada baju, dan sekaligus menjadikan warna pakaian menjadi lebih cerah. Seeloknya, gunakan ubat gigi jenis biasa, bukan jenis gel. Caranya, sapukan ubat gigi pada bahagian yang terdapat kesan kekuningan dan gosok menggunakan berus gigi yang tidak digunakan. Dalam beberapa ketika, warna kuning tersebut akan hilang. Bilaskan pakaian seperti biasa untuk menghilangkan kesan ubat gigi. Selain kesan kekuningan, ubat gigi juga berkesan menanggalkan kesan kotoran lain seperti lipstick, sos, dan kopi.

JUS LEMON

Keasidan dalam jus lemon bertindak sebagai bahan peluntur semulajadi yang membantu menanggalkan dan menghilangkan kesan kuning pada baju serta fabrik. Perahkan sebiji lemon pada bahagian yang terkena kesan tersebut. Kemudian, jemurkan pakaian tersebut di bawah sinaran matahari sehingga kering. Setelah itu, cuci pakaian tersebut seperti biasa sama ada menggunakan cucian tangan mahupun mesin basuh. Kesan kuning akan hilang.

BAKING SODA

Baking soda juga merupakan agen pencuci semulajadi yang amat berkesan menanggalkan bau dan kotoran secara semulajadi. Caranya amat mudah, ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit air. Kacau sehingga menjadi pes. Gosokkan pes ini pada baju dan bilas seperti biasa. Untuk menggandakan keberkesanannya, anda boleh juga menggunakan jus lemon bersama yang dicampur dengan baking soda atau garam. Pes ini juga berkesan menghilangkan kesan deodoran yang melekat pada bahagian ketiak baju.

SABUN MANDI

Ramai yang mengatakan sabun mandi jenis ketul (bukan cecair) ini sangat efektif untuk menanggalkan kotoran dengan mudah, termasuklah kesan kuning pada baju. Tak kisahlah sabun jenama Fruitale, sabun Cap Kapak, Buruh, atau apa-apa saja. Sabun murah-murah pun boleh. Ternyata, ia memang berkesan! Gosokkan saja ketulan sabun ini pada baju dan gosokkan dengan berus. Bilas seperti biasa. Kalau masih belum tanggal, parutkan sedikit sabun tersebut ke dalam besen berisi air. Tambahkan sedikit baking powder atau cuka pun boleh. Rendamkan selama 1-2 jam dan bilas.

DENTURE TABLET

Denture tablet adalah bahan pencuci dalam bentuk tablet untuk gigi palsu. Ia banyak dijual di farmasi dan bahan ini amat berkesan mencuci dan menghilangkan kotoran degil pada pelbagai permukaan, termasuklah fabrik. Caranya, ambil 2 tablet pencuci ini dan larutkan ke dalam satu besen air. Rendamkan pakaian anda dalam larutan ini selama 8-12 jam. Cuci dan bilas seperti biasa dan anda akan mendapati kesan kekuningan tadi akan hilang sepenuhnya. Menurut Reader’s Digest, tablet ini mempunyai banyak kegunaan lain seperti mencuci coffee maker, termos, kaca, cincin berlian, pasu, tandas, dan pinggan mangkuk enamel.

PENCUCI VANISH

Selain bahan di atas, anda boleh menggunakan serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna. Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan kuning, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci

KERINGKAN DI BAWAH MATAHARI TERIK

Setelah membersihkan dan siap mencuci baju, jemurkan di bawah sinar Ultraviolet yang dipancarkan matahari. Ini merupakan cara memutihkan baju putih yang murah dan tersedia sepanjang tahun untuk kita di Malaysia!

SELAMAT UNTUK PAKAIAN BAYI

Itulah cara menghilangkan kuning baju menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mudah didapati. Selamat digunakan walaupun untuk pakaian bayi. Selamat mencuba! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: RahsiaRumahTangga

Fesyen Dapat Tutup Perut Buncit. Ketahui 5 Pilihan Baju Yang Boleh Dicuba Oleh Wanita Di Luar Sana.

Mereka yang memiliki bentuk tubuh yang gempal dan perut boroi sebenarnya boleh mengenakan pelbagai fesyen untuk menutupi bentuk badan. Seseorang yang memiliki perut buncit biasanya mengalami kesukaran untuk tampil bergaya, baik dari segi pemilihan pakaian, seluar mahupun aksesori. Mereka yang berdepan masalah ini bukan sahaja hilang keyakinan diri, malah menghadapi kesukaran untuk menjalani aktiviti seharian.

Rata-rata pereka fesyen di dunia berpendapat, seseorang yang memiliki perut buncit tidak digalakkan untuk memakai pakaian terlalu ketat. Ini kerana, ia akan menonjolkan lapisan lemak pada tubuh. Bagi mereka yang inginkan jalan penyelesaian, jangan bimbang, cara ini mungkin berkesan untuk menutupi perut buncit, termasuklah;

1. Baju longgar

Seiring dengan perkembangan, loose shirt atau baju longgar sudah sebati dengan penduduk Malaysia, malah ada yang menjadikannya sebagai satu fesyen utama untuk kegunaan sehari-hari. Tidak hairanlah ramai yang memilih membelanjakan wang untuk menambah koleksi baju longgar kerana bentuk dan potongan baju menarik perhatian ramai. Sememangnya pemakaian baju longgar sesuai untuk individu yang berdepan masalah perut buncit, hinggakan sukar untuk tampil bergaya sebelum ini.

2. Hoodie bersaiz besar

Pasti kita tidak asing lagi dengan oversized hoodie yang kini menjadi trend semasa dan sensasi. Malah kebanyakan syarikat di dunia bersaing mengeluarkan hoodie bersaiz besar dengan tujuan menarik golongan muda meraikan jenama mereka. Dalam pada itu, ia juga merupakan baju yang boleh dikenakan seseorang untuk menutupi perut buncit di samping tampil bergaya.

3. Drape blouse

Selain baju berukuran besar dan longgar, anda juga boleh tampil bergaya seperti model dengan memakai baju drape blouse. Drape blouse mempunyai ciri-ciri yang medium ketat yang direka khas untuk pelbagai saiz badan agar mudah dipakai. Menariknya, fesyen ini tidak ketat pada bahagian perut yang sememangnya akan membantu menutupi perut boroi.

4. Outer

Walaupun memakai t-shirt ketat di bahagian dalam, anda sebenarnya boleh menutupi perut buncit dengan pemakaian baju tambahan pada bahagian luar. Seperti gaya fesyen yang hangat diperkatakan sekarang ini, orang ramai lebih gemar ‘Mix ‘N’ Match’ pakaian untuk nampak lebih bergaya dan mengikuti trend semasa. Paling best, seseorang yang memiliki perut buncit itu bebas memilih pelbagai pakaian luar seperti cardigan, blazer, vest dan sebagainya.

5. Gaun ruffle

Jika ingin tampak anggun dengan reka bentuk baju yang lebih feminin, baju ruffle adalah pilihan yang tepat. Selain boleh menutupi perut boroi, ia juga direka khas untuk menonjolkan penampilan yang lebih ayu khususnya wanita berkeperibadian lelaki. Gaun ruffle ini juga bebas dipakai dan sesuai untuk pelbagai majlis, perayaan mahupun sebagai kegunaan setiap hari.

Ini Sebabnya Mengapa Ramai Wanita Cantik Dan Bekerjaya Kebanyakannya Single.

Menjadi bujang atau dalam bahasa moden, ‘single’ bukanlah sesuatu yang patut dimalukan. Kadang kala, orang yang sudah berpasangan menganggap wanita yang single ini sebagai loser dan terlalu memilih pasangan. Walhal, ramai sahaja wanita single di luar sana mempunyai karier yang bagus dan sedang hidup dengan selesa tanpa perlu mendapatkan justifikasi daripada orang lain. Pasti anda pernah lihat situasi di mana wanita yang cerdik dan cantik masih single meskipun ramai sahaja lelaki yang sedang ‘beratur’ untuk berkenalan dengan mereka.

Tidak adil untuk kita katakan mereka ini terlalu memilih pasangan hidup walhal kita semua memang perlu memilih dalam isu kerana ia melibatkan hidup sehingga hari tua. Jadi mengapa ramai wanita cerdik dan cantik yang single di luar sana? Ini 5 sebab yang berkemungkinan menjadi punca mereka berada dalam situasi itu.

1. Terlalu sibuk untuk bercinta

Wanita yang cerdik tahu apa yang mereka perlu utamakan dan fokus, selain daripada mencari teman lelaki. Malah, ada juga situasi di mana wanita terlalu sibuk bekerja dan tidak mahu mencari teman lelaki kerana situasi itu akan membuatkan mereka menjadi lebih sibuk. Namun begitu, tidak perlu dirisaukan, orang yang tepat pasti akan tiba pada waktu yang tepat.

2. Ramai lelaki sangka mereka sudah berpunya

Dunai sudah memasuki tahun 2022, dan kita semua boleh bersetuju, rata-rata mereka yang mempunyai rupa tidak kira lelaki atau wanita pasti sudah mempunyai pasangan. Situasi yang sama boleh terjadi kepada wanita yang cantik, sesetengah lelaki takut untuk berkenalan dengan mereka kerana menyangka mereka sudah mempunyai pasangan. Jadi, apa-apa tanya dulu okay!

3. Mempunyai standard yang tinggi

Dengan berita dan isu melibatkan lelaki ‘sampah’ semakin banyak di media sosial, perkara ini membuatkan wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Anda sendiri boleh baca di media sosial seperti Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), rata-rata masalah rumah tangga yang terjadi adalah berpunca daripada kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jadi buat kaum lelaki, jadilah lelaki dengan kualiti yang tinggi!

4. Mencari teman hidup belum menjadi keutamaan

Sesetengah orang, mereka lebih mengutamakan keluarga dahulu sebelum mendirikan rumah tangga sendiri. Ada juga sesetengah wanita yang menjadi mata pencarian keluarga kerana ibu bapa sudah tua atau tiada.

5. Digeruni lelaki

“It’s not my job to make you feel like a man. I can’t make you something you are not”

Pepatah ini merupakan dialog dalam filem Crazy Rich Asian dan mendapat perhatian ramai kerana ketepatan mesej yang ingin disampaikan.

Boleh dikatakan, sesetengah lelaki berasa ‘takut’ untuk mendekati wanita yang terlalu berjaya dan cantik. Pada pendapat mereka, lelaki perlu menjadi ketua dan wanita tidak boleh melebihi lelaki. Setiap orang mempunyai impian mereka yang tersendiri, jadi wanita yang cerdik dan cantik tidak akan menjadikan lelaki sebagai batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan. Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.