Jangan pakai minyak wangi masa hiking. Lelaki ini beri 3 sebab mengapa. Selain serangga ada makhluk halus lain suka.

Mungkin ia satu perkara yang biasa untuk orang-orang yang sudah biasa mendaki gunung, tapi ia boleh dikatakan satu info baru buat mereka yang berjinak-jinak dan ingin cuba aktiviti ini.Pengguna TikTok yang menggelarkan dirinya Apeng Speedcuber ada kongsikan beberapa tips jika anda ingin mendaki gunung, salah satunya adalah dengan tidak menyembur minyak wangi jika ingin hikingnak tahu sebab kenapa?

1. Serangga akan suka dekat

Menurutnya, bauan yang ada pada kita itu mampu menarik perhatian serangga kecil, biasalah kan dalam hutan mesti banyak nyamuk dan serangga-serangga lain, pasti rasa rimas kan? Selain itu, kebarangkalian untuk disengat itu sangat tinggi.

2. Ancaman binatang buas

Tambahnya lagi, selain haiwan-haiwan yang kecil, haiwan yang besar juga akan ‘suka’ dengan kita kalau spray perfume,misalnya harimau atau beruang. Katanya, ada kemungkinan dia anggap kita ini makanan atau ‘lawan’ mereka.

3. Mungkin boleh jadi tarikan makhluk halus

Bukan sahaja ‘benda’ yang kita boleh nampak,  kita juga mungkin boleh jadi tarikan dekat ‘benda’ yang tak nampak. Ini lagi bahaya, boleh hadam penjelasannya dekat video bawah ni. Bagaimanapun, bukan lah kita dilarang terus untuk pakai wangian, cuma perlu minimakan tahap wangian itu, seperti yang pemuda ini katakan, memakai deodorantsudah memadai. Yelah, dengan peluh-peluh tu kang orang belakang pening dan pengsan pulak kan. Selain tips jangan pakai minyak wangi, banyak lagi tips-tips hiking yang dia ada kongsikan menerusi TikTok miliknya.

Rupanya Haiwan Jallalah Perlu Dikuarantin. Ketahui Hukum Dan Tempoh Kuarantin Sebelum Boleh Dimakan.

Apakah dibolehkan makan haiwan jallalah? Haiwan jallalah adalah haiwan yang makanannya berasal daripada najis sekalipun ia bukan tahi seperti kambing yang membesar dengan susu daripada anjing atau keldai jinak. Justeru, termasuklah juga dalam kategori ini adalah ikan-ikan yang membesar di dalam kolam najis, ikan-ikan ternakan yang diberi makan najis berupa perut ayam dan sebagainya. Ataupun ayam kampung yang dibiarkan bebas sehingga memakan kotoran serta najis dan lain-lain seumpamanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, dari sudut sains, haiwan jallalah ini dikenali sebagai coprophagous (coprophagy). Coprophagous ini jelas Zulkifli ialah hidupan yang makan tahi atau najis haiwan yang lain. Kebanyakan serangga merupakan spesies coprophagous dan biasanya merupakan pengguna tegar tahi atau najis haiwan herbivor yang lebih besar daripadanya. Antara serangga daripada spesies ini ialah kumbang tahi (dung beetles).

Persoalannya, berapa lamakah kadar tempoh kuarantin haiwan jallalah bagi mengharuskan dagingnya untuk dimakan?

Ada segelintir membiarkan kolam ternakan mereka kotor dan membiarkan ikan makan najis dan kotoran.

Zulkifli menjelaskan mengenai hukumnya, para ulama telah berbeza pendapat mengenainya kepada dua iaitu sama ada haram atau makruh. Perbezaan pendapat ini timbul disebabkan oleh perbezaan mereka dalam memahami maksud sebenar larangan Rasulullah SAW dalam hadith berkenaan isu ini yakni adakah ia merujuk kepada haram atau makruh sebagaimana riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma, beliau berkata: (Maksudnya): “Rasulullah SAW melarang daripada makan haiwan jallalah yakni dagingnya dan susunya.”

Begitu juga terdapat riwayat lain yang datang dengan lafaz: (Makasudnya): “Rasulullah SAW melarang daripada makan haiwan jallalah daripada jenis unta, sama ada menunggangnya atau minum daripada susunya.” Pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i ialah hukumnya adalah makruh, dan ini juga merupakan pendapat mazhab Maliki dan Hanafi, serta salah satu riwayat dalam mazhab Hanbali.

“Hal ini kerana larangan tersebut tidak kembali kepada zatnya, akan tetapi kepada perkara yang mendatang yakni bukan kekal pada zat yang mana paling banyak pun, hanya akan mengakibatkan perubahan pada dagingnya. “Oleh yang demikian, perkara itu tidak menjadikan hukumnya haram. Selain itu, mereka juga berhujah bahawa apabila haiwan berkenaan memakan najis dalam kuantiti yang banyak telah menyebabkan dagingnya berubah dan berbau busuk. “Oleh itu, makruh memakannya sebagaimana makanan yang berbau busuk yang lain,” jelasnya.

Haiwan jallalah yang dikuarantin selepas terzahirnya bau najis dan diberi makan makanan yang baik hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh. Tempoh kuarantin haiwan jallalah.

Sementara itu, Zulkifli berkata, para ulama berpendapat bahawa haiwan jallalah yang dikuarantin terlebih dahulu selepas terzahirnya bau najis dan diberi makan makanan yang baik yakni bukan najis sehingga hilang bau najis tersebut, hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh. Tambahan lagi, al-Kasani juga ada menyebutkan bahawa hukum makruh tersebut adalah berkait rapat dengan perubahan daging dan bau busuk. Sekiranya tiada lagi bau busuk itu, hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh.

“Malah, para ulama yang berpegang dengan pendapat haram daging haiwan jallalah seperti salah satu riwayat dalam mazhab Hanbali, juga membenarkan memakannya setelah dikuarantin dalam satu tempoh masa dan diberi makan makanan yang baik bukan najis. “Namun, mereka berbeza pandangan pada tempoh masa pengkuarantinan tersebut. Ada yang tidak menetapkan tempoh masa, manakala ada yang membezakan tempoh masa berdasarkan kesesuaian haiwan berkenaan seperti bagi kategori burung selama tiga hari, kambing selama tujuh hari dan apa yang selain daripada kedua-dua kategori ini selama 40 hari,” ujarnya.

Pendapat dalam mazhab Syafi‘i mengenai hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Imam al-Nawawi yang menyebutkan bahawa jika haiwan jallalah diberi makanan yang bersih, dan dagingnya suci yakni tidak lagi berbau aka hukumnya tidak lagi dikira sebagai makruh. Hal ini jelasnya adalah sebagaimana riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma yang menyatakan bahawa berikan makanan yang bersih kepada haiwan jallalah selama 40 hari jika ia ialah unta, tujuh hari jika ia ialah kambing dan tiga hari jika ia ialah ayam.