Jangan salah makan. Ini jenis jenis paracetamol dan kegunaannya yang korang perlu tahu

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia tentang bekalan ubat paracetamol atau Panadol yang kehabisan stok di mana-mana stokis ubat dan juga farmasi di negara kita.Disebabkan itu, ramai yang ‘sambar’ je apa-apa jenis Panadol yang ada asalkan boleh bantu untuk hilangkan sakit kepala atau sakit-sakit badan. Pun begitu, korang jangan main beli je paracetamol tanpa tahu kegunaannya. Haa, korang mesti ingat semua jenis Panadol tu sama kan? Tak gais! Jadi, min nak kongsi jenis paracetamol dengan function dia sekali ni.

1. Panadol ActiFast

Panadol ActiFast sesuai untuk melegakan sakit kepala dan boleh dikatakan laku keras juga kat pasaran. Memang cepat je habis. Walau bagaimanapun, ianya kurang sesuai untuk pesakit yang mempunyai sakit drh tinggi. Kenapa pulak tak sesuai? Haa, ini adalah disebabkan Panadol ActiFast mengandungi kandungan sodium sebanyak 173mg yang mana ia membantu untuk mempercepatkan serapan ubat ke dalam usus kecil.

2. Panadol (Biasa)

Panadol biasa ni merupakan jenis paracetamol yang wajib setiap orang ada walaupun hanya sepapan. Ini kerana ia sesuai digunakan kepada semua pesakit kecuali bayi serta kanak-kanak kecil bawah 12 tahun kerana tiada kandungan sodium. Kandungan ubat ini terdiri daripada kalsium karbonat, asid alginic dan krospovidon yang membantu ubat untuk cepat hancur serta mudah diserap dalam badan.

3. Panadol Extend

Paracetamol yang ketiga ni, sesuai dimakan untuk melegakan sakit otot dan juga sendi. Kebanyakan pesakit yang mengalami sakit kronik akan disarankan untuk makan Panadol Extend ni. Ini kerana, ia mempunyai dua lapisan dalam ubat untuk memanjangkan tempoh serapan ubat ke dalam badan. Disebabkan proses itu, ubat itu akan bertahan dalam jangka yang lama sehingga 8 jam.

4. Panadol Menstrual

Siapa je yang tak pernah tablet Panadol warna pink ni kan? Haa, kalau warna pink ni mesti sinonim dengan kaum wanita kan? Sebab tu juga, Panadol Menstrual ni hanya boleh diambil oleh wanita sahaja. Jenis paracetamol ni mengandungi pamabrom sebanyak 25mg yang mana ia membantu mengesan diuresis atau ayat yang lebih mudahnya adalah untuk menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa wanita datang haid.

5. Panadol Extra

Ada tak antara korang yang selalu alami sakit kepala yang melampau ataupun migrain yang menyebabkan korang rasa nak tidur je sepanjang hari? Haa, Panadol Extra adalah jenis paracetamol yang sesuai dimakan ketika mengalami sakit-sakit tersebut. Pun begitu, ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambil Panadol Extra ini kerana ia mengandungi kandungan kafein yang tinggi iaitu sebanyak 65mg. Malah, ia juga sesuai untuk meredakan sakit gigi yang teramat sangat!

6. Panadol Soluble

Habis tu, macam mana untuk orang yang tak boleh makan ubat biji? Haa, korang jangan risau! Paracetamol Panadol Soluble ni memang sesuai untuk sesiapa yang susah atau tak boleh makan ubat biji. Hanya perlu larutkan je dalam air. Sama juga seperti Panadol ActiFast, Panadol Soluble tak sesuai untuk diambil oleh peskit yang mengalami darah tinggi kerana kandungi sodium yang tinggi iaitu sebanyak 427mg. Sekarang korang dah tahu kan function setiap jenis paracetamol Panadol ni? Harapnya jangan lah pula korang borong semua Panadol yang ada. Mana tahu ada yang lebih memerlukan. Sumber: lobakmerah.

Sebelum Bergelar Raja Sehari. Wajib Cuba Amalkan Vitamin C Ni Untuk Kulit Lebih Cantik Dan Cerah.

Ramai beranggapan bahawa semua vitamin C adalah sama, rupa dan dos sahaja yang berbeza sama ada 100mg atau 500mg. Tetapi sebenarnya tidak! Sama ada vitamin semulajadi, organik atau sintetik ketiga-tiga jenis ini adalah berbeza sama sekali. Umpama mengandaikan vitamin C semulajadi itu buah oren sebenar, vitamin C organik itu perahan jus di dalam kota dengan penambahan gula dan perisa dan vitamin C sintetik itu adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin c diambil selebihnya adalah dicipta!

  • Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
    Pemulihan luka akibat cedera dan pembedahan, atau terbakar.
  • Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdrh, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan drh, mengekalkan kapilari drh yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendrhn dalaman, hidung berdrh, pendrhn serebral dan skurvi.
  • Membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
    secara amnya membantu meningkatkan imun sistem.
  • Membantu melindungi daripada pelbagai serangan knser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan knser terjadi).
  • Satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel2 knser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
  • Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita.
  • Bertindak sebagai julap semulajadi. sape yang ada sembelit bagus ambil vitamin C lebih.
  • Merendahkan risiko terkena drh beku dalam salur darah
  • Membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa
  • Meningkatkan kadar penyerapan iron
  • Mengurangkan alahan/ alergi
  • Membantu mengurangkan tekanan drh tinggi
  • Menghasilkan kulit yang halus, cantik berseri

1 Pilih Vitamin Semulajadi

Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakkan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.

2 Pilih Vitamin C Yang Bersifat Sustained Release

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stress, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambl supplement yang mempunyai teknologi sustained release.

Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu. Maka, tanpa teknologi sustained release ini vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur drh dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.

3 Halal Dan Lulus KKM

Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C di pasaran. Oleh itu harus bijak mencari vitamin c yang mempunyai sijil halal samaada halal Malaysia atau pengiktirafan halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan di label botol tertera hologram no kelulusan KKM.