Bagi pasangan yang pertama kali menyambut raya sebagai ibu bapa pasti berasa seronok dan takut pada masa yang sama kerana pertama kali mempunyai anak tetapi jangan risau, gunakan tips yang kami kongsikan ini supaya seluruh keluarga dapat beraya dengan tenang. Kepada anda yang tak keruan memikirkan ketidakselesaan anak di hari raya, cuba amalkan 6 tips ini:
1. Bawa mainan kegemaran
Si kecil boleh menangis bila-bila masa, tidak kira tempat dan masa jadi kita harus sentiasa bersedia untuk membuatkan mereka berhenti menangis. Semasa berada dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, pastikan anda bawa alat permainan kegemaran mereka di dalam kenderaan. Mesti khusyuk bermain tanpa meragam.
2. Banyakkan bawa bayi hirup udara segar
Jika si kecil masih belum petah bercakap, banyakkan bawa mereka bersiar-siar mengambil udara segar supaya mereka tidak akan berasa pening mendengar bunyi bising orang sedang sibuk beraya di dalam rumah. Keadaan yang terlalu padat dan riuh akan membuatkan mereka runsing.
3. Sentiasa bawa ‘nursing cover’
Tips ini khas bagi ibu yang masih menyusukan anak. Bayi kecil sudah tentu mahukan susu ibunya dan kadang kala mereka mahu tidak tentu masa dan tempat. Jadi, pastikan anda sentiasa bawa nursing cover tak kira ke mana anda pergi.
4. Simpan Susu Perahan
Selain membawa nursing cover, anda juga perlu membawa stok susu yang mencukupi. Lebih-lebih lagi jika anda tidak selesa untuk menyusukan anak di tempat lain selain rumah. Gunakan coolerbag untuk menyimpan susu tersebut dan pastikan suhu di dalamnya boleh bertahan selama lapan jam.
5. Pakai Pakaian Yang Nipis
Pakaian mereka seeloknya diperbuat dari kain yang dapat menyerap peluh dan tidak terlalu tebal. Bila raya semestinya anda akan banyak berjalan untuk menziarahi saudara mara, jadi anda harus pastikan anak-anak sentiasa selesa walaupun dalam cuasa panas supaya mereka tidak mudah merengek dan menangis.
6. Kelengkapan Bayi
Paling penting sekali, sentiasa periksa kelengkapan bayi sama ada cukup atau tidak sebelum keluar rumah. Misalnya, barang seperti lampin, pakaian lebih, tisu dan sebagainya. Jika umur mereka bawah setahun, seeloknya bawalah 3 helai baju supaya pakaian mereka boleh ditukar sekiranya mereka tiba-tiba muntah. Selain itu, pastikan stok lampin juga mencukupi.
Semoga tips ini dapat membantu mengurangkan keresahan anda yang bakal beraya bersama anak buat kali pertama! Kongsikan tips ini kepada keluarga dan rakan. Sumber: lobak merah.
Ibu Bapa Stres Anak Degil. Ketahui 4 Petanda Anak Degil Anda Seorang Yang Pintar.
Anak yang pintar ada ciri-ciri tertentu boleh dikenal pasti. Anak yang pintar dan cerdas tentunya menjadi impian setiap ibu bapa agar mereka dapat membesar dengan sihat, cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan. Sudah tentu didikan ibu bapa serta pendidikan sejak awal memainkan peranan penting dalam membentuk minat mereka terhadap pelbagai perkara. Bagaimanapun ada pula kanak-kanak yang memaparkan sifat unik dan tingkah laku luar biasa sehingga membuatkan ibu bapa berasa bimbang dengan perkembangan mereka seperti tidak aktif, suka menyendiri selain tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran.
Namun siapa sangka, tanpa kita sedari, ada beberapa tabiat dan tingkah laku luar biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak ini sebenarnya adalah petanda bahawa mereka adalah bayi yang bijak. Ciri-ciri bayi dan kanak-kanak yang cerdas dapat dilihat dengan mudah melalui aktiviti sehariannya di rumah. Ini termasuklah;
1. Suka menyendiri
Jangan bimbang sekiranya anak anda suka menyendiri kerana itu boleh menjadi petanda bawah mereka seorang yang bijak. Biasanya, kanak-kanak dengan kecerdasan tinggi lebih cenderung tidak suka dikelilingi oleh ramai orang selain suka berkawan dengan orang lebih tua. Ini kerana si kecil ingin mendapatkan pemahaman emosi dan intelektual yang lebih tinggi tentang hal-hal di sekitar mereka. Kanak-kanak yang berbakat juga lebih senang menghabiskan waktu sendiri untuk bermain dan biasanya lebih tertarik dengan permainan yang mengasah otaknya seperti puzzle.
2. Degil
Jika anak anda seorang yang degil dan mempunyai cita-cita tinggi, ia boleh jadi petanda dia mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Akan tetapi, keadaan ini tidak boleh dibiarkan sepenuhnya dan perlu diperhatikan agar ia tidak bertukar menjadi perkara buruk sehingga tidak boleh ditegur tentang kesilapan dilakukan.
3. Fokus
Kanak-kanak normal biasanya tidak mampu memberi fokus terhadap sesuatu perkara dalam tempoh lama dan mudah terganggu dengan suara atau gerakan di sekelilingnya. Berbeza dengan kanak-kanak pintar, mereka mampu fokus untuk waktu lebih lama.
4. Susah tidur
Anak-anak yang susah tidur memang menjadi kebimbangan ibu bapa kerana ia adalah penting untuk pertumbuhan kognitif dan fizikal mereka. Namun perkara ini tidak berlaku bagi kanak-kanak dengan kecerdasan tinggi. Kanak-kanak yang cerdas memiliki tenaga lebih tinggi berbanding dengan rakan sebayanya. Bayi dengan otak yang bergerak cepat memerlukan banyak masa untuk ‘mematikan’ otak mereka. Atas sebab itu mereka sukar bertenang dan tidur lebih lambat.