Biar betul di Mekah dan Madinah banyak menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomusikasi ketika menjual beli

Memang tak sangka bahasa melayu bahasa terkenal di Mekah. Jika kita imbau kembali zaman kegemilangan Tanah Melayu, Bahasa Melayu merupakan antara bahasa lingua franca yang bermaksud ia menjadi bahasa penghubung bagi fungsi tertentu dan dalam hal ini ia digunakan bagi urusan jual-beli. Dalam laporan Utusan Malaysia, menurut Prof. Datuk Dr. Aripin Said yang merupakan Tokoh Bahasa dan Kebudayaan Melayu Nusantara berkata penggunaan Bahasa Melayu makin berleluasa di tanah suci Kota Mekah dan Madinah. Ketika beliau sedang menunaikan umrah, didapati bahasa kita menjadi bahasa kedua selepas Bahasa Arab digunakan untuk tujuan komunikasi.

Tahukah anda memang aneh dan amat membanggakan, perkara ini harus dikongsikan dengan rakyat Malaysia .Penggunaan bahasa Melayu secara meluas oleh peniaga dan toko besar yang menjual pelbagai produk seperti permaidani, jubah, tasbih, cincin permata, buah-buahan dan lain-lain mencabar sesetengah rakyat Malaysia yang memandang enteng bahasa Melayu. Rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana bahasa Melayu diguna pakai di peringkat antarabangsa membabitkan le­bih 350 juta penutur malah men­duduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia, katanya kepada Utusan Malaysia. Katanya lagi, ramai peniaga-peniaga di tanah suci itu menggunakan bahasa kita dengan sangat fasih. Sebuah tweet yang dikongsikan oleh @danieleskay juga menyatakan terdapat juga negara lain yang merupakan tarikan pelancong seperti Ho Chi Minh dan Korea Selatan juga menggunakan Bahasa Melayu bagi tujuan perniagaan. Sumber: lobak merah.

Kali ini Siti Nordiana pula tunaikan umrah. Ramai rakan selebriti dan peminat doakan urusan ibadah umrah Nana dipermudahkan Dalam pada artikel ini ditulis penyanyi jelita dan berbakat, Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa Nana kini telah berangkat ke tanah suci bersama anak lelakinya Mohd Rayyan Nakhaie dan mengerjakan ibadah umrah. Menerusi muatnaik Nana di Instagram nya semalam, penyanyi ini berkongsi berita keberangkatannya ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Mohon doa dapat umrah yang mabrur. Pelatun lagu Angkara ini memohon agar orang ramai mendoakan diri dan anaknya mendapat mrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan ketika di sana. Dalam pada masa yang sama, Nana juga memohon maaf jika ada melakukan silapan kepada sesiapa.“Bismillahirrahmanirrahim, InsyaAllah Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan Umrah, Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya, Ampun maaf kalau ada salah dan silap dari kami” tulisnya. Rakan artis dan peminat titip doa. Muatnaik penyanyi tersebut mendapat banyak respon dan komen dari rakan artis, kenalan rapat dan peminatnya, rata-rata mereka mendoakan agar urusan ibadah umrah selebriti tersebut dipermudahkan urusan sepanjang menunaikan umrah.

Ini apa yang dititipkan oleh rakan artis “Semoga dipermudahkan” ucap Tomok. “Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kemanisan suci” kata Fedtri Yahya. “Semoga Allah permudahkan segalanya.. Yang baik-baik semoga semuanya mudah @sitinordiana” komen Shuib. “Jaga diri kak Nana”. “Amin amin. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah umrah kak Nana dan Rayyan. Moga mendapat umrah mabrur amin”. “Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan untuk beribadah” komen peminat. Semoga Siti Nordiana dan Rayyan memperoleh ibadah umrah yang mabrur di tanah suci. Sumber: murai.my

Reen Rahim dedah terbuka hati di saat akhir nak ikut ibu bapa tunai umrah. Sekali doa untuk beri keluarga hidup senang. Reen dedah tunai umrah bersama ibu bapanya. Peluang berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah dimanfaat sebaik mungkin pelakon Reen Rahim untuk memohon doa agar sentiasa dilimpahkan rezeki. Kata Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia berhasrat suatu hari nanti ibu bapanya dapat hidup senang dengan hasil titik peluhnya sendiri.“Semestinya saya minta pada Allah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos di rumah. Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang lebih senang selepas ini,” katanya. Reen yang berangkat ke sana pada 4 Mac lalu juga tidak sangka dirinya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali bersama kedua ibu bapa. Menurut Reen, niat asal hanya untuk menghantar ibu bapa sahaja, namun di saat akhir hatinya terbuka untuk turut ikut sama dan segala urusan dipermudahkan.

Akhirnya rakyat Malaysia dah boleh tunaikan umrah semula bermula 8 Februari ni. Ini kata kata dari menteri Pelancongan. Ramai sedia maklum bahawa bermula 8 Januari lalu, Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin telah menyatakan penangguhan ibadah umrah kepada rakyat Malaysia disebabkan oleh penularan varian Omcr.0n. Walau bagaimanapun, terbaru kerajaan telah membenarkan semula rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah bermula pada 8 Februari ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri. “SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan”

Menurut Utusan TV, pihak kabinet membuat keputusan untuk melanjutkan penangguhan yang dibuat sebelum ini. Tambahnya lagi, garis panduan bagi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan dibincangkan secara terperinci bersama dengan agensi umrah. Ketika ini Datuk Seri Nancy masih belum dimaklumkan lagi mengenai penerbangan pertama yang akan membawa jemaah umrah pada 8 Februari ini namun agensi umrah yang terlibat sudah sedia maklum tentang penerbangan tersebut. Ini kerana, pihak MOTAC juga telah melakukan perbincangan bersama agensi-agensi umrah berkaitan dengan pemakluman berita ini kira-kira dua minggu sebelum ini. Malah, mereka juga difahamkan telah bersedia untuk aktiviti dan promosi seterusnya. Legalah hati semua yang terpaksa batal umrah sebelum ni… Yang penting kena tetap jaga SOP betul-betul okay.