Seolah olah ada berita gembira, Ramai dkwa ternampak baby bump Sheryl Shazwanie

Tular perkongsian terbaru Sheryl Shazwanie bersama suaminya Azzam Sham kini mendapat perhatian peminat apabila seolah-olah kelihatan seperti sedang hamil. Perkongsian terbaru di akaun instagram Sheryl telah mendapat banyak komen didkwa telah ternampak ‘baby bump’. Namun ada yang sudah teruja gara gara yakin Sheryl kini sedang hamil anak pertama. “Nampak baby bump,” dakwa salah seorang warganet.“Nampak sesuatu disitu, macam ada perkhabaran gembira,” teruja salah seorang warganet.“Awak pregnant ke baju tu yang besar?,” tanya salah seorang pengikutnya untuk mendapatkan kepastian.

Namun begitu, Sheryl tidak mengiyakan ataupun menidakkan sebarang komen ataupun tampil jelaskan sebenar dan ianya memberi tanda tanya buat peminat. Sheryl menunjukkan pakaian baju panas yang besar dan juga pada foto pertama kelihatan sedikit besar di bahagian perutnya. Namun menerusi Instastory milik Sheryl pula membuat satu ujian filter mengenai kehamilan. Namun, ujian tersebut menunjukkan keputusan kehamilan bayi lelaki. Sumber: Gempak

Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah jadi suami isteri, pilih tarikh cantik langsung hari bahagia. Masjlis pernikahan Azzam dan Sheryl diadakan secara tertutup di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya. Hari pertama tahun 2022 menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan termasuk pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwani Shamsulbahri. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Sabtu. Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 serta cincin dan gelang buat isterinya. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan. “Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan awal pagi ini diadakan secara tertutup dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Saya kini sah menjadi suami kepada Sheryl pada jam 10 pagi dan disaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat,” Dalam pada itu pasangan ini terus diraikan dalam majlis resepsi di Shah Alam yang dihadiri ahli keluarga terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sekiranya diberi peluang ke Anugerah Juara Lagu, saya tidak akan mensiakan peluang emas itu serta berjanji melakukan yang terbaik. Terdahulu pada Jumaat malam, Azzam muncul di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik dengan mempertaruhkan single Cinta Jangan pergi Ciptaan Asfan Shah dan Fedtri Yahya. “Selain berasa lega dan bersyukur, saya akui amat gementar memikirkan persediaan di pentas semifinal dan persediaan menuju hari bahagia pada hari ini. Namun segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan bersyukur kerana diberi peluang ke pentas semifinal. Sekiranya diberi peluang ke Anugerah Juara Lagu, saya tidak akan mensiakan peluang emas itu serta berjanji melakukan yang terbaik,” katanya. Azzam dan Sheryl mengenali antara satu sama lain selama lebih enam tahun sejak mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Azzam dan Sheryl bertunang pada 30 September tahun lalu yang juga merupakan tarikh hari lahir isterinya. Selain Azzam dan Sheryl, penyanyi Heliza Helmi turut bernikah pada Sabtu bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Sumber: Mstar

Tiga tahun menjalin cinta, Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan. Menurut Azzam, mereka merancang untuk bertunang pada bulan Mei yang lalu namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka. Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Juara Big Stage Azzam Sham akhirnya mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwani pada Khamis. Berita gembira itu dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi muda itu di laman Instagram pada Jumaat. Menurut pelantun lagu Cinta Jangan Pergi, mereka merancang untuk bertunang pada bulan Mei yang lalu namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka.

“Sepatutnya saya dan Sheryl bertunang pada bulan lima tahun ini namun sebab PKP dan CVDI9 kami terpaksa batalkan hasrat itu. “Jadi semalam sebab hari jadi Sheryl, keluarga saya terus merancang untuk buat majlis tunang dan sambut hari jadi Sheryl sekali,” kata Azzam. Juara Big Stage musim ketiga ini juga memberitahu jika tiada sebarang halangan keluarga mereka telah merancang untuk mereka berdua disatukan pada awal tahun hadapan. “Saya tak boleh nak cakap bila saya akan disatukan, sebab dengan keadaan sekarang kita tak boleh nak jangka, tapi InsyaAllah semuanya akan dilaksanakan awal tahun hadapan,” tambahnya. Majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Sheryl diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. Sejak menjalinkan hubungan cinta, pasangan ini sentiasa berkongsi kisah mereka berdua di sosial media dan tidak pernah menyorokkan status mereka daripada peminat mahupun media.Pada masa sama, Azzam turut berkongsi akan melancarkan single terbaharunya yang berjudul Baby Bam Bam pada awal bulan hadapan. Sumber: Astro Awani

Azzam, Sheryl bercinta… Pasangan penyanyi remaja Azzam Sham, 23, dan Sheryl Shazwanie, 23, mengambil pendekatan tidak berahsia mengenai hubungan rapat mereka. Kedua-duanya mengakui mereka sudah kenal lama tetapi semakin rapat sejak beberapa bulan lalu. Azzam atau Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata mereka kini masih dalam proses mengenal hati budi.

“Walaupun di antara kami sudah kenal lama tetapi Sheryl ini orangnya susah didekati. Dia sangat pemalu. Namun, saya tertarik dengannya kerana suka dengan cara dia bercakap dan perwatakan manisnya. Apatah lagi, hubungan ini makin rapat selepas pihak syarikat rakaman menggandingkan kami untuk rakam lagu duet bersama. Semakin hari, saya dapati sangat serasi dengan Sheryl dan kami saling menghormati,” katanya. Azzam yang pernah popular dengan lagu Biar Saja, manakala Syeryl menerusi lagu Perasaan memberitahu mereka juga sentiasa menyokong kerjaya seni masing-masing. Bagi Sheryl atau nama sebenar Sheryl Shazwanie Shamsulbahri pula, Azzam adalah lelaki pertama yang pernah rapat dengannya.

“Ketika zaman sekolah dahulu pun, saya tidak pernah rapat dengan lelaki termasuk melalui pengalaman terjebak cinta monyet. Jadi, saya tidak fikir hubungan dengan Azzam sekadar suka-suka kerana kami memang serius. Malah, saya juga seorang yang suka berterus-terang. Jika saya rapat dengan seseorang lelaki, saya selesa mengaku,” katanya. Ditanya mengenai ciri-ciri disenangi pada Azzam, Sheryl berkata lelaki itu seorang yang baik. “Setakat ini, bila rakan-rakan bercakap mengenai Azzam semuanya mengatakan dia sangat baik. Terus-terang, saya sukakan lelaki yang baik,” katanya memberitahu dia dan Azzam juga sudah mengenali keluarga masing masing. Mengulas mengenai lagu duet dirakamkan mereka, kedua-duanya berkata produk itu sudah siap dan tunggu masa untuk dilancarkan. Sumber: Hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.