Cegah sebelum terlambat. Ketahui antara cara ni untuk jaga buah pnggang anda.

Buah pinggang antara orgn penting dalam badan yang perlu dijaga dengan baik dan pengawasan rapi. Buah pinggang sememangnya memainkan peranan penting sebagai penapis sisa metabolisme, mengawal cecair dan sel drh m.rah serta mengawal tekanan drh.
Bagaimanapun, apabila seseorang gagal menjaga buah pinggang dengan baik, risiko lain akan berlaku seperti mengalami penyakit buah pinggang, buah pinggang tersumbat ekoran pengambilan ubat kecantikan hinggakan buah pinggang terpaksa ditukar.Umum diketahui, buah pinggang antara organ penting di dalam badan. Oleh itu, anda disarankan sentiasa mengikuti tip penjagaan buah pinggang dengan mengamalkan rutin harian yang baik untuk mengelakkan risiko sakit. Dalam pada itu, terdapat beberapa tabiat baik untuk menjaga buah pinggang yang boleh dilakukan setiap hari, termasuklah;

1. Minum air

Buah pinggang adalah sistem penapisan utama drh dalam badan, oleh itu bekalan cecair dalam tubuh mestilah mencukupi untuk memudahkan prestasi buah pinggang apabila mengeluarkan bahan buangan daripada aliran drh. Jika pengambilan cecair dalam badan kurang, buah pinggang bekerja lebih keras dan mencetuskan kecdraan yang membuka peluang untuk sakit buah pinggang yang teruk.

2. Pengambilan garam

Menurut WebMD, pengambilan garam tinggi boleh mengurangkan fungsi buah pinggang dan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), had yang disyorkan untuk pengambilan garam setiap orang sehari ialah 2,400 mg atau 1 sudu teh.

3. Periksa fungsi buah pinggang

Cara seterusnya untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang adalah dengan melakukan pemeriksaan berkala. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menguji air kencing, urea, kreatinin drh, dan kadar penapisan glomerular (GFR) untuk melihat keupayaan buah pinggang menapis sisa metabolisme. Pun begitu, anda disarankan berunding dengan doktor untuk memeriksa keadaannya serta menerima rawatan khas jika tindakan susulan diperlukan.

4. Kerap bersukan

Rajin bersenam dan melakukan pelbagai aktiviti sihat yang banyak memerlukan tenaga dan pergerakan tubuh amat berfaedah dalam melancarkan perjalanan drh dalam badan. Selain itu, senaman juga membantu membakar kalori supaya dapat mengelakkan berat badan berlebihan dan obesiti disamping mengelakkan risiko sakit buah pinggang.

5. Ubat tahan sakit

Bagi memastikan keadaan buah pinggang supaya berada dalam kondisi yang baik, anda disarankan untuk mengehadkan pengambilan ubat tahan sakit. Ini kerana, ubat tahan sakit yang diambil secara berlebihan dan tanpa pengawasan doktor sangat berisiko untuk kerosakan tisu buah pinggang.

6. Elak merokok dan minum alkohol

Anda juga perlu mengelak dari menghisap rokok dan ketagihan merokok, ia bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah boleh membawa mavt. Begitu juga dengan seseorang yang terlalu banyak minum alkohol boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang yang teruk.

7. Makanan berkhasiat

Selain memenuhi pengambilan cecair dalam badan, pastikan anda mengimbanginya dengan pengambilan makanan berkhasiat yang mencukupi. Atas dasar itu, makanan terbaik untuk buah pinggang boleh didapati daripada putih telur, kacang merah, bawang putih, minyak zaitun, atau cranberry.

8. Gula dalam drh

Kandungan gula dalam drh mestilah sentiasa dikawal untuk mengelakkan risiko diabetes atau sakit yang teruk yang lain. Pun begitu, jumlah gula dalam drh yang tidak terkawal dalam badan terdedah kepada gangguan termasuk komplikasi buah pinggang.

9. Tekanan drh

Seperti gula dalam drh, cara menjaga kesihatan buah pinggang juga perlu mengawal tekanan drh, seperti memakan buah epal berwarna merah yang baik untuk mengawal tekanan drh dan menurunkan drh tinggi. Perlu diingat bahawa tekanan drh tinggi atau hipertensi adalah punca utama kegagalan buah pinggang kerana ia menyebabkan arteri di sekeliling buah pinggang menjadi sempit, lemah dan menggeras. Sumber: Lobak Merah

Bipolar Bahaya Jika Diabaikan. Ini 5 Persoalan Bantu Anda Fahami Masalah Mental Ini.

Masalah bipolar tidak boleh dipandang ringan. Kisah perceraian selebriti terkenal Kim Kardashian dan penyanyi rap Kanye West mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Tidak hanya itu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka turut menjadi bualan peminat termasuk Kanye menuduh bekas isterinya menculik serta menghalangnya berjumpa dengan anak-anak mereka. Tidak hanya itu, Kanye hebat mengkritik hubungan Kim dan pelawak Pete Davidson, menghinanya di media sosial serta menghasut pengikutnya untuk membenci lelaki itu. Kanye turut percaya tindakannya itu adalah sebagai perjuangan untuk menyelamatkan keluarganya dan berharap dia dan bekas isteri akan kembali bersatu.

Umum mengetahui penyanyi rap bermasalah itu bersikap telus tentang gangguan bipolar yang dihidapinya dan memberitahu telah berhenti mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengawal masalah tersebut. Masalah bipolar bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan dan pensyarah Psikologi di Universiti Taylor yang juga merupakan pakar dalam s3ks dan hubungan, Pang Chia Yee merungkai beberapa persoalan mengenai perkara itu.

Kanye West antara selebriti yang terbuka tentang masalah bipolar dihidapinya.

1. Bagaimana seseorang boleh mengesan pasangan mereka menghidap bipolar dan apakah antara gejala yang perlu diberi perhatian?

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa gangguan bipolar adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari ringan hingga teruk. Terdapat juga beberapa jenis gangguan bipolar mengikut DSM-V (Manual Statistik Diagnostik). Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem, daripada kegembiraan melampau (juga dikenali sebagai mania) kepada melampau (kemurungan) – atau sebaliknya, dengan kehadiran “norma” di antara kedua-dua ekstrem tersebut.Beberapa yang mungkin perlu diperhatikan ialah; Penyalahgunaan alkohol atau dadah, perbelanjaan tidak terkawal dan perubahan yang kerap. Bagaimanapun, dalam konteks perhubungan, adalah lebih sukar bagi seseorang untuk mengenal pasti bahawa pasangan mereka mengalami gangguan bipolar berbanding pihak ketiga.

Perubahan mood yang drastik antara gejala bipolar.

2. Mengambil contoh kes Kanye West adakah itu antara g3jala bipolar atau sebaliknya?

Berdasarkan tinjauan media sosial dan kenyataan-kenyataan dikeluarkan, ia menunjukkan tanda menghidap bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan semata-mata berdasarkan satu medium kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui.

3. Apa yang menyebabkan seseorang boleh mengalami bipolar? Apakah pencetusnya?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan bipolar, seperti tekanan sekeliling, genetik, ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak manusia. Ini termasuklah tekanan emosi, kurang tidur, keretakan dalam hubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca, kehamilan, hilang pekerjaan atau lain-lain kehilangan, tekanan kewangan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah bipolar.

4. Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu dengan masalah bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya?

Paling penting adalah mengenal pasti apakah pencetusnya dan mereka boleh bersikap jujur dan terbuka mengenai kisah hidup mereka. Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apabila pesakit berada dalam situasi tersebut dan sebaik-baiknya mendapat bantuan profesional. Walaupun digalakkan untuk memujuk pasangan mereka mendapatkan bantuan profesional, stigma sosial boleh menjadi cabaran kerana individu tersebut tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap penyakit mental dan berasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara lain untuk membantu mereka adalah pastikan pesakit tahu anda sentiasa menyokong selain memastikan ahli terapi serasi dengan pesakit.

Bantuan profesional mampu menyelamatkan pesakit daripada terus ‘hanyut’ dengan bipolar.

5. Jika pasangan yang mengalami masalah bipolar mula menunjukkan tindakan ganas, apa perlu dilakukan?

Sentiasa ingat bahawa keselamatan diri adalah perkara paling utama. Jika pasangan mula menunjukkan tindakan luar kawal seperti fizikal dan verbal, maklumkan kepada pihak polis, keluarga atau pun jiran. Atas sebab itu, jangan tunggu sehingga pesakit menjadi teruk baharu hendak berjumpa dengan pakar di hospital. Sumber: mstar

Punca Pening Kepala Dan Cara Sembuhkan Kesakitannya. Makan Cili Antara Satu Cara Menghilangkan Pening

Selain rasanya yang pedas, cili berkesan untuk menghilangkan rasa pening. Kepada pening memang terasa sangat mengganggu, tidak selesa malah boleh mengganggu aktiviti harian anda. Pening merupakan perasaan tidak seimbang dalam badan yang dialami oleh seseorang, menyebabkan individu tersebut berasa mahu pengsan, persekitaran berpusing atau berasa loya. Secara teorinya, pening bukanlah sejenis penyakit tetapi diri dipengaruhi oleh keadaan yang kurang stabil. Terdapat beberapa punca boleh mencetuskan pening, seperti pengambilan alkohol berlebihan, vertigo, tekanan darah rendah (kandungan gula dalam darah rendah) dan berisiko mengalami strok.

Apabila keluarga atau rakan-rakan jatuh pengsan akibat pening, segeralah menghubungi unit kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Punca lain pening termasuklah dehidrasi, hiperventilasi, kebimbangan dan gangguan panik, jangkitan telinga, penyakit Meniere, dan keradangan telinga dalam atau labirinitis. Selain itu, pengambilan ubat ubatan tertentu boleh menyebabkan pening yang agak lama, malah, sesetengah jenis ubat diketahui mempunyai kesan sampingan seperti pening.

Cara menghilangkan pening

Secara amnya, pening akan hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pening boleh bertahan lama sehingga mengganggu aktiviti harian. Menurut Healthline, berikut adalah makanan dan nutrien tertentu diketahui dapat membantu melegakan gejala pening, termasuk;

1. Minum air mineral

Dehidrasi adalah salah satu punca pening yang paling biasa berlaku jika anda berasa letih dan dahaga. Amalkan pengambilan air yang seimbang agar tubuh sentiasa dalam keadaan terhidrat.

2. Halia

Halia diketahui mempunyai banyak khasiat, salah satunya adalah membantu untuk melegakan pening. Anda disarankan minum teh halia atau minuman tambahan halia untuk melegakan ‘kekacauan’ di kepala.

3. Vitamin C

Konsumsi vitamin C didakwa dapat mengurangkan pening untuk penghidap penyakit Meniere. Makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah oren, anggur, strawberi, cili, vitamin E. Vitamin E dapat membantu mengekalkan keanjalan saluran darah yang dapat mengelakkan masalah peredaran darah yang mana ia adalah salah satu punca pening. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuklah gandum, biji-bijian, kiwi dan bayam.

4. Zat Besi

Zat besi diperlukan bagi seseorang yang sering mengalami pening kepala akibat anemia, kebiasaannya ia boleh didapati dalam makanan seperti daging merah, ayam, kacang, sayur-sayuran berdaun gelap. Selain itu, rata-rata pakar mendakwa langkah-langkah berikut boleh menghilangkan rasa pening yang berpanjangan, termasuklah berbaring dan tutup mata, melakukan akupunktur, menguruskan tekanan dengan baik serta berehat dengan cukup.