Akan datang semua telefon pintar jual tak sertakan pengecas. Rupanya ini sebab yang ramai tak tahu.

Masanya telah tiba. Bermula dengan iPhone, kini kebanyakan syarikat-syarikat besar dalam pengeluaran telefon pintar terutamanya yang ‘high-end’ dikhabarkan tidak lagi sertakan pengecas yang biasanya disertakan dalam kotak setiap telefon yang dijual.

Difahamkan langkah ini dilakukan adalah ‘masuk akal’ selain ianya selaras dengan perkembangan sudut ekonomi dan dalam masa yang sama lebih ‘mesra alam’ dari sudut ekologi. Trend penjualan telefon pintar tanpa pengecas ini seperti yang umum ketahui dimulakan oleh Apple bermula dengan penjualan iPhone tanpa pengecas pada tahun 2020 dan difahamkan turut diikuti oleh beberapa lagi jenama seperti Samsung, Xiaomi dan Google pada 2021.

Difahamkan, polisi ini bakal menjadi ‘kebiasaan’ dan sekarang ini pun ada banyak pengeluar dah tak sertakan lagi pengecas pada setiap produk baru mereka, termasuklah yang tidak tergolong dalam kalangan atau status telefon ‘high-end’.

Sebagai contoh, untuk model-model yang bakal dilancarkan oleh Samsung pada tahun ini seperti Galaxy A13, A23, M23 dan M33 dikhabarkan tidak lagi disertakan dengan pengecasan dan antara rantau yang terlibat adalah Eropah. Bahasa mudahnya, selepas ini kalau korang beli smartphone, charger akan dijual secara berasingan. Kalau nak, kena beli. Tapi, dari sudut harga, berkemungkinan besar akan ada pengurangan lah.

Konsep yang diterapkan disini adalah mereka ingin pengguna memanfaatkan sepenuhnya penggunaan pengecas lama yang biasanya masih berfungsi dengan baik untuk mengecas telefon baru tersebut. Melainkan, korang bertukar daripada Android ke iPhone lah. Itu memang tak dapat nak elakkan, terpaksa beli pengecas baru.

Disini, ada dua pihak yang akan dapat keuntungan iaitu pengguna, dimana harga telefon pintar ini boleh dimiliki lebih murah manakala kepada pengeluar, mereka dapat kurangkan berat dan kos pembungkusan. Dari sudut ekologi pulak, difahamkan langkah ini setidaknya dapat mengurangkan pembaziran produk, kerana pengeluar sedar yang mereka telah mengeluarkan atau memberikan terlalu banyak pengecas secara percuma.

Secara tak langsung, ada pengecas ini langsung tidak digunakan dan masih banyak tersimpan didalam laci kerana pengecas lama masih berfungsi dengan baik dan menyokong pengecasan pelbagai peranti. Min setuju dengan perkara ni, sebab sekarang charger dan bateri agak tahan berbanding dulu. Memanjang nak kena beli bateri spare. Hihi~

Selalu Alami Letih Selepas Bangun Tidur. Cahaya Skrin Telefon Salah Satu Punca. Ini 7 Punca Anda Letih Sebaik Bangun Tidur.

Tidur merupakan keperluan harian seseorang untuk menjadikan badan kembali segar. Namun, sesetengah orang mungkin mengalami rasa letih walaupun baru bangun tidur. Minum beralkohol antara salah satu sebab seseorang berasa letih ketika bangun tidur. Pun begitu, punca bangun tidur sentiasa berasa letih boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti, masalah kesihatan yang atau pengaruh tabiat harian.

Menurut Medical News Today, rasa letih selepas bangun tidur tidak selalu menunjukkan penyakit yang serius. Namun, jika keletihan itu berlarutan dan menunjukkan tanda-tanda lain, pesakit disarankan berjumpa doktor untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, beberapa punca biasa yang mungkin menjadi faktor utama timbulnya rasa letih selepas bangun tidur ialah tabiat harian seseorang yang disalahgunakan, termasuklah;

1. Gangguan tidur

Gangguan tidur (sleep disorder) seperti insomnia, sleep apnea, sindrom kaki gelisah dan bruxism (gigi mengetap semasa tidur) boleh menyebabkan keletihan selepas bangun. Pesakit yang mengalami gangguan tidur biasanya akan kerap bangun sehingga kualiti tidurnya menurun dan tidak nyenyak.

Selain daripada keletihan, gangguan tidur boleh menjejaskan perkara lain seperti sistem imuniti badan yang menurun, kesukaran menumpukan perhatian, sakit kepala, dan emosi yang tidak stabil atau sensitif.

2. Kesan alkohol dan kafein

Punca bangun tidur sentiasa berasa letih juga boleh disebabkan oleh pengaruh alkohol dan kafein yang diambil secara berlebihan.Walaupun alkohol boleh menyebabkan seseorang mabuk dan cepat tertidur, bahan tersebut sebenarnya boleh memberikan tindak balas sebaliknya iaitu memburukkan kualiti tidur. Begitu juga dengan kafein, selain menyebabkan badan berasa letih, impak lain akan menyebabkan anda cenderung untuk membuang air kecil.

3. Inersia tidur

Dilaporkan oleh Healthline, keletihan yang disertai dengan pening, sakit kepala, boleh disebabkan oleh inersia tidur yang dianggap normal sebagai peringkat peralihan proses bangun tidur. Inersia tidur iaitu sifat semula jadi suatu keadaan yang cenderung menentang sebarang perubahan yang dilakukan seseorang biasanya beransur-ansur bertambah baik kira-kira 15 hingga 60 minit selepas bangun tidur. Faktor lain yang menyebabkan inersia tidur termasuklah bangun secara tiba-tiba semasa tidur nyenyak hingga menyebabkan seseorang itu tidak cukup tidur.

4. Tabiat tidur yang buruk

Menurut ahli National Sleep Foundation, untuk mendapatkan corak tidur yang berkualiti, seseorang itu memerlukan rawatan atau rutin khas yang diperlukan untuk membiasakannya. Contohnya, mengehadkan tidur siang kepada kurang daripada satu jam, mewujudkan keadaan bilik yang selesa dan bersih, mengelakkan daripada terdedah cahaya skrin telefon bimbit kira-kira dua jam sebelum tidur. Sebaliknya, jika anda melakukan perkara yang tidak baik sebelum tidur, seperti makan berlebihan, tidur siang lebih daripada dua jam, kesannya boleh menyebabkan kualiti tidur anda kurang baik dan badan akan mudah letih.

5. Paparan blue light

Cahaya biru (blue light) atau pencahayaan buatan selalunya datang daripada televisyen, skrin telefon bimbit, komputer riba atau lampu. Pendedahan kepada cahaya biru mampu menyekat rembesan melatonin, iaitu hormon yang mengawal mood tidur anda. Akibatnya, badan menjadi sukar untuk tidur. Walaupun anda mungkin boleh tertidur kemudian, namun apabila bangun sahaja badan anda akan merasakan kesan keletihan, menjadikan anda kurang cergas.

6. Kemurungan dan kebimbangan

Kemurungan dan kebimbangan melampau (anxiety disorder) adalah sumber keletihan kronik yang kebiasaannya penghidapnya berumur 15 hingga 30 tahun. Peningkatan tahap kemurungan dan kebimbangan berkemungkinan besar akan menyukarkan anda untuk tidur. Manakala, kesan lain menyebabkan keletihan yang berlebihan walaupun selepas tidur, kepada perasaan sedih yang berlarutan.

7. Badan kekurangan cahaya matahari

Pendedahan sinar matahari khususnya di waktu pagi, mempunyai manfaat penting terhadap fungsi otak dan tubuh. Sekiranya badan anda kekurangan cahaya matahari, keadaan ini boleh menjadi salah satu punca bangun tidur sentiasa berasa letih. Kerana jumlah hormon melatonin dalam badan secara automatik meningkat, yang diketahui hormon tersebut sepatutnya berfungsi untuk memberikan isyarat kepada badan ketika sudah waktunya untuk tidur. Sumber: mstar.

Anda Ada Masalah Susah Nak Lelap. Boleh Cuba Teknik Ni Untuk Lelapkan Mata Dalam Masa 2 Minit.

Korang ada masalah nak tidur? Puas pusing kiri kanan dekat sejam lebih tapi tak tidur-tidur juga? Bila tidur tak cukup, mula lah bad mood esok harinya. Haa.. untuk korang yang ada masalah susah nak lelap tu, min nak share teknik untuk tidur dalam masa 2 minit. Korang boleh tengok video @justin_agustin kat bawah ni.

Sebenarnya dalam tentera ada teknik macam ni, min pun baru tahu. Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut, min ada senaraikan beberapa langkah untuk korang ikut. Tenangkan badan dan shutdown setiap anggota badan dari kepala hingga ke kaki dan fokus kepada pernafasan.

Pastikan bahu tidak tegang dan longgar tangan di sisi badan. Bayangkan ada rasa suam yang mengalir dari kepala hingga ke hujung jari. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan. Ketika melakukan langkah ini, kosongkan fikiran dari sebarang bentuk stress.

Bayangkan korang sedang baring dalam sebuah perahu di atas tasik yang tenang atau baring dalam hammock dalam bilik yang gelap gelita. Kalau rasa distracted, ulang ayat ni “Jangan fikir”. Min rasa nak cuba lah malam nanti.

Pasti Ramai Yang Alami Susah Tidur Walaupun Seharian Kepenatan. Sekali Ada Yang Dedahkan Orang Tidur Awal Dikatakan Lebih Bahagia 

Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari. Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari, paling kurang pun jika tidak selama 8 jam, 7 jam sudah memadai. Tahukah anda ada satu kajian mengatakan bahawa orang yang tidur awal berpotensi untuk jadi kaya dan hidup lebih bahagia. Selain itu, ada beberapa kesan jika anda sering tidur lewat di waktu malam. Mari kita lihat,

Turun Berat Badan

Apabila anda tidak mudah tidur awal, anda akan mula tidur pada lewat malam. Oleh kerana susah untuk bangun awal pagi, anda terpaksa turun kerja tanpa sarapan. Itu bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan.

Mudah rasa tertekan

Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Oleh kerana tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari, anda akan mengalami tekanan pada siang hari kerana rasa mengantuk. Ini akan menjejaskan kerja anda.

Kosongkan fikiran

Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Ianya adalah salah satu punca mengapa anda akan susah untuk tidur. Sebaiknya jangan bawa masalah pejabat ketika masuk ke dalam bilik tidur.
Jangan fikirkan tentang masalah dan juga perkara-perkara yang negatif. Maafkan semua orang sebelum tidur, dan tidur lah dengan tenang

Beristirehat waktu malam

Jangan bawa kerja pejabat balik ke rumah. Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikir tentang kerja sahaja. Sebaiknya tinggalkan semua kertas kerja di pejabat. Pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapangkan fikiran anda.

Elakkan minum air berkafein

Amalkan minum susu sebelum masuk tidur, jangan pula anda minum kopi. Kopi akan membuatkan mata anda susah mengantuk, dan ia akan membuatkan anda rasa susah untuk tidur. Jika anda bukan penggemar susu, amalkan minum air suam atau air kosong sebelum tidur.

Elakkan Dari Bunyi Bising

Tutup segala bunyi-bunyian yang mampu menganggu waktu tidur anda. Pastikan suasana senyap dan tenang. Ada segelintir orang tidak boleh tidur jika mendengar bunyi bising. Jika anda seorang yang sukakan suasana tenang, pastikan anda sudah tutup sebarang bunyian. Tutup mata dan nikmati masa rehat anda dengan tenang.

Riadah waktu petang

Selepas balik kerja, anda boleh melakukan riadah petang, seperti berlari atau bermain badminton. Bila anda rasa penat, anda mampu tidur dengan lena dan tenang. Bawa anak-anak berjalan dan menikmati keindahan alam disamping beriadah bersama keluarga.

Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa

Faktor kebersihan dalam bilik juga mempengaruhi anda, jika bilik terlalu bersepah, ianya mempengaruhi emosi anda untuk tidur. Pastikan tempat tidur dalam keadaan bersih dan teratur. Sebelum tidur amalkan menyapu bilik dengan bersih supaya tidak mempunyai sebarang sampah atau benda-benda yang mampu menganggu anda untuk tidur.

Baca Doa Sebelum Tidur

Sebelum tidur, amalkan membaca doa sebelum tidur. Pastikan anda kosongkan fikiran dan tidur dalam lindungan Allah s.w.t. Banyak manfaat bila anda membaca ayat-ayat Allah s.w.t sebelum tidur. Ia mampu melindungi anda dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur. Dengan membaca doa, anda akan merasa lebih tenang. Pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tidur dengan secukupnya dan jangan terlalu memaksa diri berjaga di malam hari. Kerana ia memudaratkan kesihatan anda.