Destinasi pelancongan catat sifar kes Covid-19. Ini 8 destinasi pelancongan bebas covid.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendakwah beberapa negara ini tidak terjejas dengan virus Covid-19. Covid-19 telah melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ekoran terpaksa melaksanakan pelbagai perintah sekatan bagi membendung penularan wabak. Pelbagai sekatan itu juga turut menyukarkan perancangan seseorang untuk melancong ke destinasi pilihan, malah terpaksa berdepan dengan pelbagai peraturan yang ketat sebelum memasuki sesebuah negara.


Bagaimanapun, banyak negara berganding bahu demi menaikkan semula ekonomi dunia disamping melakukan pelbagai kaedah pencegahan dalam meredakan pandemik. Dalam pada itu, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat beberapa negara yang dikatakan sudah bebas daripada wabak atau tidak mempunyai kes Covid-19, termasuklah;

1. Tokelau

Terletak di lautan Pasifik Selatan, Tokelau yang mempunyai sekitar 1,500 penduduk telah disenaraikan sebagai bebas Covid-19 oleh WHO. Memandangkan tempat itu tiada lapangan terbang, ia boleh diakses dengan kapal, bot layar dan helikopter.

2. Tuvalu

Menurut laporan WHO, hampir 50 daripada 100 orang telah diberi vaksin sepenuhnya di Tuvalu, walaupun penduduknya tidak ramai namun tetap melakukan kuarantin dan menutup sempadan bagi elak jangkitan virus itu. Ia juga antara negara pulau yang terletak di Pasifik Selatan terdiri daripada sekumpulan enam atol dan tiga pulau terumbu.

3. Kepulauan Pitcairn

Pulau-pulau ini terletak di Lautan Pasifik yang terdiri daripada empat pulau, iaitu, Henderson, Oeno, Pitcairn, Ducie. Ia juga sebuah Wilayah Luar Negara British dikenali sebagai wilayah paling kurang penduduk di dunia. Berdasarkan rekod, penduduk Polinesia mempunyai 50 orang yang pertama tiba di Kepulauan Pitcairn, ia adalah satu-satunya pulau yang didiami. Malah, mereka bebas dari terkena jangkitan virus itu.

4. Saint Helena

Terletak di Lautan Atlantik Selatan, Saint Helena dianggap sebagai salah satu lokasi paling terpencil di dunia. Ia juga terletak lebih daripada 1,200 batu di pantai barat dari barat daya Afrika, dan 2,500 batu dari Rio de Janeiro. Tempat itu mempunyai populasi kira-kira 4,500 orang yang berjaya mengelakkan terkena virus. Pun begitu, mengikut laporan WHO, 58 orang setiap seratus penduduk telah divaksin sepenuhnya di sini.

5. Nauru

Manakala, Nauru pula merupakan negara pulau kecil yang terletak di timur laut Australia dan mempunyai pantai berpasir putih, terumbu karang, termasuk Teluk Anibare di pantai timur. Menurut WHO, pulau itu bebas daripada serangan Covid-19 selain berfungsi sebagai tempat berteduh dan laluan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua sebelum ini.

6. Micronesia

Mikronesia sohor di seluruh Pasifik Barat yang terdiri daripada empat pulau, dan lebih daripada 600 pulau disekitarnya. Empat pulau utamanya ialah Korsae, Chuuk, Yap, dan Pohnpei. Menariknya, destinasi ini turut terkenal sebagai pusat penyelaman yang penuh dengan bangkai kapal, pantai berlorek palma dan runtuhan purba, selain bebas daripada gejala virus berbahaya itu.

7. Niue

Tidak ketinggalan Niue yang merupakan sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik Selatan berjaya menjauhkan diri daripada virus Covid-19. Ia juga tular di dunia sebagai tapak menyelam terumbu karang batu dan cenuram batu kapur. Tempat bak syurga ini merupakan salah satu negara terkecil namun terkenal sebagai salah satu tempat pertumbuhan karang terbesar di Bumi.

8. Turkmenistan

Walaupun Turkmenistan terletak di Asia Tengah, ramai yang terkejut bagaimana ia berjaya menangkis wabak Covid-19, sedangkan virus berbahaya itu menular dengan cepat. Bagaimanapun, negara itu belum melaporkan sebarang kes itu secara rasmi, manakala pegawainya mengehadkan acara keagamaan besar-besaran, sekatan perjalanan keluar masuk, dan menggalakkan pemakaian topeng muka. Sumber: mstar

Jangan Risau Jika Anda Serumah Dengan Pesakit Covid 19. Jurutera Ini Kongsi Tips Berguna Elak Dijangkit Virus Covid 19.

Korang pernah ada pengalaman duduk serumah dengan pesakit Covid tak? Kepada sesiapa yang berpengalaman tu mesti korang agak panik kan masa awal-awal? Pada yang belum pernah berdepan dengan situasi sebegini, korang boleh try baca perkongsian daripada seorang lelaki daripada negara Kanada ni supaya korang tak panik kalau satu hari nanti tiba-tiba terjadi dalam keluarga korang.

Melalui laman Twitter, Joey Fox yang merupakan seorang jurutera dalam bahagian pengudaraan dari Toronto, Ontario ini telah berkongsikan pengalamannya berjaya ‘menyelamatkan’ keluarganya daripada penularan Covid-19 Menurut tweet daripada Joey ini, isterinya telah jatuh sakit pada awal minggu lalu dan sah dijangkiti virus Covid-19. Pun begitu, seluruh ahli keluarganya yang lain mendapat keputusan negatif dan dia memberitahu bahawa mereka tidak pernah berdepan situasi pengasingan sebegini dan anak-anak memakai pelitup muka sepanjang hari.Jadi, Joey berkongsikan 3 perkara utama yang dia fokuskan sepanjang menghadapi situasi ini:

1. Ambil vaksin

Menurut Joey, mereka sekeluarga telah pun lengkap divaksin termasuk boosters kecuali anaknya yang berusia 3 tahun. Justeru, baginya vaksin antara salah satu faktor utama yang membantu mereka sepanjang melawan wabak Covid-19 daripada menular dalam rumahnya.

2. Pakai pelitup muka setiap masa

Di samping pengudaraan yang baik dan bersih, Joey juga akan pastikan keluarganya sentiasa memakai pelitup muka dengan betul. Mereka menggunakan pelitup muka N95 atau CAN99 jenis ear loopsManakala, isterinya pula memakai pelitup muka KN95 bila dia perlu, ataupun memakai surgical mask yang diikat.

3. Pengudaraan yang baik & bersih

Sepanjang tempoh kuarantin, Joey sentiasa pastikan agar pengudaraan rumahnya dalam keadaan baik dan bersih. Dia sentiasa meletakkan Corsirosenthal Box (CR Box) di ruang makan dan ruang anak-anaknya bermain. Isterinya yang positif akan makan selepas waktu mereka makan ataupun makan di ruangan yang berasingan. Selain itu, mereka juga sentiasa memasang humidifiers dalam semua bilik tidur pada setiap malam. Kata Joey, mereka akan sentiasa mengekalkan kelembapan udara rumah pada kadar 40% RH, namun oleh sebab cuaca sejuk, mereka kekalkan kelembapan pada kadar 30% RH.

Pun begitu, Joey berdepan kesukaran dalam memastikan anak-anak kecilnya kekal berada di dalam bilik masing-masing sepanjang kuarantin. Oleh hal yang demikian, dia akan sentiasa pastikan tingkap biliknya dibuka bagi memastikan ada pengudaraan keluar masuk selain daripada menggunakan CR Box dan humidifiers. Di samping itu, satu lagi kesukaran yang dihadapi olehnya ialah untuk menjaga anaknya berusia tiga tahun yang masih belum divaksin.

Pada masa yang sama, cuaca sejuk sehingga mencapai suhu -10 darjah Celcius turut menyukarkan mereka untuk berada di luar atau membuka tingkap dalam masa yang lama. Kesimpulannya, Joey memberitahu penularan jangkitan Covid-19 dapat dielak melalui pengambilan vaksin, pemakaian pelitup muka yang betul, dan pengudaraan rumah yang baik dan bersih. So, korang lepasni dah takpayah nak panik kalau andai kata korang terpaksa duduk sebumbung dengan pesakit Covid. Try tips daripada Joey ni!