Tak nak derhaka dengan mertua, Azar Azmi jelaskan sebab dia perlahankan karier dalam dunia seni

Advertisements
Advertisements

Pelakon Azar Azmi tampil menjelaskan sebab di sebalik keputusannya memperlahankan karier dalam dunia seni, meskipun ketika itu sedang berada di puncak populariti. Menerusi satu sesi temu bual dalam podcast Sembang Seram, Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata keputusannya itu dibuat atas dasar menghormati permintaan mentua selepas mendirikan rumah tangga.

“Saya menghormati keputusan mentua. Ya, saya sayangkan karier sebab sudah membinanya sekian lama. Pada ketika itu saya pun berada di satu titik yang tinggi dengan usaha yang saya buat,” ucapnya. Menurut pelakon drama Nur 2 itu, fasa perkahwinan membawa perubahan besar dalam keutamaan hidupnya. Walaupun sukar untuk memperlahankan karier yang telah lama dibina, Azar memilih untuk mengutamakan keharmonian keluarga dan menghormati orang yang lebih tua.

“Tapi bila sudah berumah tangga, saya perlu hormati orang yang lebih tua dan ketua keluarga saya. Jadi, tinggi dan pandai macam mana pun, pada akhirnya sebagai seorang isteri, tetap kena hormat,” ujarnya. Tambah Azar, prinsip hidupnya sebagai seorang isteri adalah untuk tidak melanggar batas dan sentiasa mendengar nasihat keluarga mentua demi menjaga hubungan yang baik. “Senang cerita, saya tak nak derhaka dan mendengar kata. Mendengar kata mentua,” tambahnya lagi.

Terdahulu, nama Azar pernah menjadi perhatian umum susulan kes melibatkan dirinya dan suami, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, yang direman serta didakwa di mahkamah berkaitan penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran. Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan kini akan bertindak sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *