Kak KM ataupun Liana Rosli bukanlah satu nama asing lagi di Malaysia. Dia juga dikenali sebagai anak kepada pelakon terkenal, Normah Damanhuri. Sering dikritik ramai gara-gara cara marketing produknya hanya untuk meraih pelanggan bagi menarik minat mereka untuk mencuba produk jamu jenamanya tersendiri. Walaupun sering dikritik ramai gara gara gayanya, namun keakraban mereka sesama ahli keluarga perlu diberi pujian. Siap sedia kejutan buat ibu. Kak KM dan adik beradik lain dedah buatkan kejutan khas untuk ibunya dan siap hadiahkan sebuah rumah di kampung halamannya. Menerusi rakaman yang dikongsikan, Kak KM dedah mereka adik beradik telahpun sepakat kumpul wang hasil perniagaan jamu hanya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibu tersayang di Perlis.
Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan mereka bersama-sama bertolak ke Perlis sebelum bertindak untuk tutup mata ibu mereka dengan kain hanya untuk buat kejutan. Sampaikan menangis lihat rumah baru siap lengkap dengan perabot. Tiba saja di lokasi, Normah tergamam dan menangis apabila anak-anak dedahkan bahawa kediaman tersebut merupakan kediaman mereka. Namun, rumah tersebut asalnya milik bapa mereka namun kini telah sah sepenuhnya milik Normah dan adik beradik telah mengumpul wang untuk buat renovasi supaya lebih selesa. Ramai luah rasa seronok lihat keluarga Kak KM. Ada yang memuji tindakan mereka adik beradik kerana sudi beri kebahagiaan buat ibu tersayang. Tak usah bangkitkan isu kontroversi yang sering berlaku, kini warganet kagum dengan kak KM setelah mampu hadiahkan sesuatu yang berharga buat ibunya serta masih kekalkan hubungan yang baik sesama ahli keluarga walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.
Sumber: Rose Merah
Baru Je Kak KM Sound Katakan Dia Kurang Popular. Sekali Ini Reaksi Padu Liza Hanim. Penyanyi versatil Liza Hanim terpanggil membuat teguran terbuka terhadap usahawan k.ontroversi, Kak KM yang bertindak meny.usukan anak tanpa menutup bahagian sehingga tular dan menjadi perhatian warganet dalam media sosial. Menerusi hantaran dalam Instagram, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim berkata, sebagai seorang ibu dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapat tersendiri. “Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan meny.usukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar. Sebagai seorang ibu yang menyu.sukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam br.eastf.eeding j.ourney kisah peny.usuan badannya. Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika meny.usu di khalayak ramai,” tulisnya.
Tambah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu lagi, dia juga seperti usahawan terbabit yang turut mempunyai pengalaman meny.usukan anak di tempat awam sambil mengambil gambar sebagai kenangan. “Saya sendiri pernah su.sukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar. Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan m.asalah saya berhijab dan dia free hair tidak bertudung. Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu. Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” katanya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Liza bersetuju dengan pendapat dan teguran sopan yang disuarakannya itu. “Teguran yang baik. Saya sendiri pun s.usukan anak tepi jalan atau di luar jika terpaksa. Tapi jagalah adab sebagai seorang wanita. Tiada alasan untuk tidak setuju dengan apa yang akak katakan. Teguran macam-macam dah, tapi tetap dipandang sepi,” tulis warganet. Terdahulu, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM menuai k.ontroversi apabila sengaja memuat naik dan berkongsi sebuah video sedang menyusukan anak bongsunya, Cinta Carissa di sebuah restoran mewah yang dikunjungi ramai pelanggan.
Kak KM Balas Balik. Semalam, Kak KM telah membuka peluang kepada pengikutnya untuk bertanyakan soalan dan antara soalan ditanya adalah berkenaan dirinya meny.usukan Cinta Carissa ketika majlis akikah anak keempatnya itu. Dalam pada itu, ada juga warganet bertanyakan soal seorang rakan selebriti yang menegurnya tentang i.su yang sama. Biasalah kalau dah tak glamour, bila kau nak tumpang populariti Kak KM kesian, sedih!. A.kibat dari p.osting Kak KM menyu.sukan di public itu, ramai warganet menegurnya dan tidak lupa juga penyanyi Liza Hanim yang merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku, sebaliknya wanita terbabit perlu menjaga kehormatan sebagai seorang wanita serta ibu. Reaksi Terbaru Liza Hanim.
Reaksi Orang Ramai. Tenang. Doa je dia dapat hidayah. Hidayah rupa macamana, biar Allah S.W.T yang tentukan. Kalau baik, Alhamdulillah, kalau sebaliknya, nau.zubillah. Nk tompang glamour dia tang celah mana??. kak liza hanim mmg dr dlu kini dan selamanya mmg dh glamour. ehh xpaham lah. lagipn kita kn org islam sapa2 pn akan terasa malu bila tgk dia tu asik belanja mela.mpau2 sgt kena tegur kok marah pulok. 1st time kak liza komen pasal org. Teguran yg sangat tepat. Liza Hanim ada class tersendiri dia popular dengan cara dia tak perlu nak tumpang2 yang menjurus kepada perkara yang tidak bermaruah dan menga.ibkan. Sumber: KL Menjerit
Makin ramai pulak artis yang tampil beri komen isu rakaman Kak KM. Sekali Kak KM tampil siap dedah satu rakaman dan anggap semua penyibuk. Walaupun teruk dikritik, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengambil pendekatan untuk peduli terhadap kritikan yang diterima susulan video menyusukan anaknya di hadapan khalayak ramai telah mencetuskan kontroversi . Mahu Tumpang Populariti. Terbaru, menerusi sesi soal jawab di Instagram, salah seorang pengikut menyatakan ramai selebriti yang memberikan komen mengenai isu melibatkan dirinya. “Makin banyak pulak retis-resit komen kak km” tanya pengikutnya. Menjawab komen tersebut, Liana beranggapan selebriti yang memberikan komen mengenainya terdiri daripada mereka yang kurang popular dan ingin menumpang popularitinya. “Mungkin dia kurang popular ataupun mungkin dia nak tumpang populariti kak KM..Kesian”- komen Liana.
“Tu Maknanya Kau Busybody“. Tambahan Liana lagi, dia beranggapan selebriti tersebut hanya sekadar menyibuk dan tidak akan maju sekiranya terus bersikap sedemikian. “Terpanggil konon, nenek kau terpanggil. Kau boleh je kalau bukan jenis penyibuk punya orang, boleh je tak komen apa-apa tapi kenapa komen juga? Tu maknanya engkau busybody. Orang kalau busybody susah nak kaya. Sibuk jaga kiri kanan bila nak maju?”-tegur Liana. Sumber : Murai.my
Baru je lepas dikritik gara gara menyusu anak. Kini Kak KM dikritik lagi bila lakukan drop challenge di depan rakan suami. Selepas tular video Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyusukan anaknya ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran mewah, kini warganet mengkritik tindakannya yang melakukan drop challenge di hadapan rakan-rakan suami.
Dikritik warganet. Rata-rata warganet yang menonton video tersebut tampil mengkritik tindakan Kak KM yang dilihat agak melampau dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita , malah ada yang turut mendoakan agar anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini diberikan hidayah.
“Suami tak rasa apa ke” “Kawan-kawan suami pun tengokkan je..Allah. No komen lebih takut” “Macam Syial je”. “Kesian kak km ni”. “Semoga diberi hidayah”. “Semoga kakak sekeluarga diberi hidayah” komen mereka.
Terdahulu, Kak KM dikritik warganet selepas berkongsi video menyusukan anaknya ketika sedang makan malam di salah satu restoran mewah. Wanita itu kemudian menjelaskan kepada warganet bahawa video tersebut tidak menampakkan pyvdranya dan menutup sebahagian daripadanya. Sumber: Rose Merah
Baru lepas beberapa bulan bersalin Kak KM buat Majlis Aqiqah. Sekali ramai tak puas hati dengan pakaian Kak KM dan ini respon warganet. Siapa yang tidak kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Dia sering menjadi bualan hangat wargamaya berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala. Sebut nama Kak KM pasti ramai yang mengenalinya. Nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau merupakan seorang usahawan jamu yang terkenal dengan pelbagai jamu untuk lelaki dan wanita. Beliau selamat melahirkan cahaya mata keempat pada harini di salah sebuah hospital swasta Kuala Lumpur. Beliau memuat naik status menunjukkan cahaya mata perempuannya yang diberi nama Cinta Carissa.
Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini. Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kritikan dan teguran warganet di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan. Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah. Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir. Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Baju tak sempat jahit ke?Majlis agama tu.
Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu. Sebelum ini Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli pernah memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi. Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan. “Cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi. Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli. Sebelum ini , menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi yang mendapat kritikan warganet kerana permakaiannya yang kurang sopan. Dalam video yang dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan. Sumber: Youtube Sofea Shamsul & KL Menjerit