Joey Daud syukur, Dedah kini rezeki mencurah curah sehingga hujung tahun

Syukur terima banyak tawaran lakonan sebaik sahaja waktu pandemik. Joey Daud akui tidak menang tangan sebaik sahaja terima banyak tawaran lakonan selepas 2 tahun industri seni berdepan kesusahan sewaktu pndemik CvdI9. Luah rasa syukur apabila industri kembali hidup. Joey akui gembira setelah ramai selebriti seusianya turut sama-sama mendapat tawaran setelah sekian lama tak muncul. “Alhamdulillah job saya back to back, ini pun baru habis sebulan shooting untuk satu drama sitkom, boleh dikatakan sampai hujung tahun ini jadual saya padat. Apabila difikirkan balik, bagus juga pandemik ini sebab sekarang rezeki mencurah-curah, mungkin sebab produksi takut kalau lockdown lagi, itu sebab mereka mahu selesaikan kerja cepat-cepat. Saya juga bersyukur apabila ramai geng-geng pelakon yang dah lama tak ada, sekarang muncul balik sebab kekurangan pelakon. Iyelah pelakon sedia ada sekarang terlalu sibuk kerana banyak kerja, jadi mereka yang lama tak muncul pun dapat tawaran juga,” katanya.

Ditanya mengenai kemunculan personaliti media sosial yang diberi peluang untuk menyertai drama ataupun filem, Joey luah sebagai salah seorang pelakon senior dia bersifat terbuka untuk bersama-sama menjayakan tugas dengan bakat baru yang lain. Walau macam manapun, Joey dedah bakat baru perlulah diberi peluang untuk memulakan kariernya daripada bawah. Saya tidak kisah jika ingin beri peluang kepada influencer atau Youtuber, tapi janganlah terus diberikan watak utama “Saya tidak kisah jika ingin beri peluang kepada influencer atau YouTuber, tapi janganlah terus diberikan watak utama. Sebaliknya mulakan dengan watak cameo atau pembantu terlebih dahulu kerana daripada situlah mereka dapat belajar bahasa kamera,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Joey sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor. Berkongsi cabaran membintangi filem ini, Joey berkata bukan tugas mudah untuk dirinya bertutur dalam dialek Negeri Sembilan. “Saya terima tawaran filem ini sebab saya mahu belajar budaya Negeri Sembilan… walaupun saya anak kelahiran Johor, tapi saya cuba juga bertutur dalam dialek negeri berkenaan. Walaupun agak sukar tapi saya tidak takut sebab ramai orang Negeri Sembilan membantu saya seperti Datuk Hattan. Cuma kalau tawaran lakonan kena cakap dialek Pahang mungkin saya tolak sebab susah,” ujarnya. Selain Joey, projek mega dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd turut dibintangi oleh Datuk Hattan, Khir Rahman dan Ahirine Ahirudin. Gadis Jolobu The Movie menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan sejak awal bulan lalu dan dijangka bakal ditayangkan di pawagam Jun depan. Sumber: Mstar

‘Selalu juga berdepan YouTuber dan pempengaruh yang menyusahkan produksi’ – Joey Daud. Pelakon, pelawak dan penyanyi, Joey Daud kecewa apabila masih ada pihak yang memandang jumlah pengikut di media sosial sebagai kriteria utama untuk membintangi sesuatu drama atau filem. Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 49, berkata, dia tidak kisah sekiranya pempengaruh atau YouTuber diberikan peluang berlakon, namun berharap mereka bermula dari bawah. “Sekarang ini pengikut di media sosial boleh dibeli dan cara ini secara tak langsung mengajar orang lain untuk menipu bagi menempatkan diri dalam dunia seni. Bagaimana nasib dengan pelakon ‘otai’ yang tidak memiliki media sosial? Saya pun kalau diikutkan baru saja wujudkan akaun Instagram. Saya harap sangat janganlah pelakon yang tiada pengikut, pihak produksi tidak mahu ambil berlakon sedangkan kita tahu kemampuan dia. Saya agak kecewa apabila perkara ini terjadi.

Sebenarnya saya tak kisah jika ingin beri peluang kepada pempengaruh atau YouTuber untuk terjun dalam dunia seni, tapi janganlah terus diberikan watak penting sebaliknya mulakan dengan watak tambahan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur Jazz and Arts Centre, di sini, semalam. Menurut Joey, dia sering berdepan situasi pempengaruh yang menyusahkan pasukan produksi dan pelakon untuk menjalankan kerja di set penggambaran. “Perkara ini terjadi sebab mereka ini tak faham bahasa kamera dan ia menyusahkan seluruh pasukan produksi dan pelakon. Tidak dinafikan selalu juga perkara sebegini terjadi. Setiap pelakon ada watak lain-lain, jadi kalau golongan ini asyik membuat kesilapan sudah tentulah mereka hilang sabar. Sebenarnya pengarah di set tiada masa nak ajar setiap pelakon untuk memahami watak yang dibawakan. Jadi sebelum masuk ke set fikir-fikirkan hal ini dan jangan sampai menyusahkan orang lain,” katanya. Sumber: Hmetro

“Apa Nasib Pelakon Otai Yang Tak Ada Followers Ramai?” – Joey Daud Harap Influencer Sedar Diri, Mula Berlakon Dari Bawah. Pelakon, pelawak dan penyanyi Joey Daud meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih lagi memandang jumlah pengikut di media sosial sebagai pengukur untuk membintangi sesebuah naskah. Jelas Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, dia tidak kisah untuk membuka peluang kepada YouTuber atau pempengaruh berlakon namun haruslah bermula dari bawah.”Sekarang ini pengikut di media sosial boleh dibeli dan cara ini secara tak langsung mengajar orang lain untuk menipu bagi menempatkan diri dalam dunia seni.

“Bagaimana nasib dengan pelakon ‘otai’ yang tidak memiliki media sosial? Saya pun kalau diikutkan baru saja wujudkan akaun Instagram. Saya harap sangat janganlah pelakon yang tiada pengikut, pihak produksi tidak mahu ambil berlakon sedangkan kita tahu kemampuan dia. Saya agak kecewa apabila perkara ini terjadi. Sebenarnya saya tak kisah jika ingin beri peluang kepada pempengaruh atau YouTuber untuk terjun dalam dunia seni, tapi janganlah terus diberikan watak penting sebaliknya mulakan dengan watak tambahan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur Jazz and Arts Centre baru-baru ini.

Tambah Joey, dirinya pernah berdepan situasi yang mana pempengaruh yang tidak punyai skil dan ilmu lakonan datang ke set menyusahkan pihak produksi.”Perkara ini terjadi sebab mereka ini tak faham bahasa kamera dan ia menyusahkan seluruh pasukan produksi dan pelakon. Tidak dinafikan selalu juga perkara sebegini terjadi. “Setiap pelakon ada watak lain-lain, jadi kalau golongan ini asyik membuat kesilapan sudah tentulah mereka hilang sabar. Sebenarnya pengarah di set tiada masa nak ajar setiap pelakon untuk memahami watak yang dibawakan. Jadi sebelum masuk ke set fikir-fikirkan hal ini dan jangan sampai menyusahkan orang lain,” tambahnya. Sementara itu, Gadis Jolobu The Movie yang sedang menjalani penggambaran di Negeri Sembilan ketika ini akan ditayangkan di pawagam pada Jun tahun ini. Gadis Jolobu The Movie turut dibintangi Datuk Hattan, Khir Rahman, Ahirine, Nizam Laksamana dan ramai lagi. Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.