Mahu mempunyai medical card untuk insurans. Ketahui fungsi dan cara memilih kad perubatan.

Fungsi dan Cara Memilih Kad Perubatan (Medical Card)

Dah banyak kali kita dengar orang sebut pasal pentingnya mempunyai kad perubatan atau juga dikenali sebagai medical card. Tapi apa sebenarnya kad perubatan ni? Ramai yang masih tidak tahu dan menyedari tentang kepentingan kad perubatan. Malah, ada juga yang berpendapat ianya adalah satu pembaziran. Statistik menunjukkan 85 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans. Qoala hari ini akan berkongsikan tentang kepentingan, fungsi dan juga cara memilih kad perubatan yang betul.

Kos rawatan hospital makin lama, makin meningkat seiring dengan teknologi perubatan semasa. Sebab itulah kad perubatan juga merupakan satu keperluan. Kerana kita tak tahu, bila kita akan ditimpa sakit atau kecemasan. Akan ada yang berpendapat bahawa hospital kerajaan menyediakan rawatan secara percuma. Benar, cuma ada beberapa rawatan yang perlu dibayar dengan harga yang tinggi walaupun masih murah berbanding kos rawatan di hospital swasta. Bukan semua rawatan di hospital kerajaan disubsidi. Ada yang terpaksa mengeluarkan simpanan yang disimpan bertahun-tahun untuk hal-hal seperti ini.

Kad Perubatan Secara Am

Kad perubatan diwujudkan oleh syarikat-syarikat pengendali insurans dengan tujuan untuk membolehkan pencarum mendapatkan perkhidmatan perubatan bagi sesuatu kecemasan di hospital-hospital panel yang telah ditetapkan oleh pihak insurans terbabit. Jenis-jenis perkhidmatan perubatan pula adalah tertakluk kepada jenis perlindungan dengan polisi yang dipilih oleh pencarum. Dengan adanya kad perubatan ini, ia dapat membantu anda untuk tidak memerlukan bayaran tunai selagi premium insurans masih berjalan apabila anda perlu dikejarkan ke hospital.

Info-info Penting Mengenai Kad Perubatan 

Kami faham, masih ada lagi yang keliru dengan kegunaan dan fungsi kad perubatan. Ini adalah sembilan info penting mengenai kad perubatan yang perlu diketahui. 

Cara ia berfungsi

Pada kebiasaannya, pengendali insurans atau takaful akan menawarkan beberapa pelan perlindungan perubatan yang berbeza dari segi coverage seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan sebagainya. Jenis liputan akan menentukan premium iaitu harga yang perlu dibayar pada setiap bulan. Syarikat insurans juga akan mengeluarkan dan memberikan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih  kepada setiap pencarum yang seterusnya boleh digunakan untuk menerima perkhidmatan rawatan di hospital. Apa yang menariknya, kemasukan ke hospital kini menjadi lebih mudah. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan ini selagi perkhidmatan yang anda perlukan pada ketika itu ada dalam pelan polisi. Tidak perlu lagi menunggu berjam-jam sebelum menerima rawatan. Dan tak perlu juga runsing memikirkan tentang bayaran kos rawatan hospital kertana bayaran perubatan terus diuruskan oleh syarikat insurans. 

Elaun tunai 

Untuk pengetahuan, kad perubatan juga menawarkan elaun tunai harian kepada pencarum selama pencarum berada di wad hospital bagi mendapatkan rawatan. Elaun tunai harian ini boleh dijadikan sebagai pengganti pendapatan sementara apabila pencarum tidak bekerja pada waktu tersebut.

Sebagai contoh, misal kata Abu tidak dapat bekerja, gajinya dipotong dan memerlukan rawatan selama dua bulan di hospital gara-gara sesuatu sakit, Elaun harian ini boleh membantu meringankan beban Abu yang sakit untuk membayar komitmen-komitmennya seperti bil eletrik, bil air, atau pun bayaran bulanan sewa rumah. Elaun ini juga berguna apabila ada kos rawatan yang tidak termasuk dengan liputan polisi kad perubatan anda.

Stand alone

Buat yang masih tidak tahu, insurans perubatanadalah sejenis insurans yang stand alone iaitu jenis pelan perlindungan perubatan bersendirian. Bagi jenis stand alone ini, ia hanya dapat menawarkan perlindungan perubatan sahaja. Tidak termasuk dengan mana-mana polisi tambahan yang lain seperti simpanan dan juga pelaburan. Harganya juga lebih murah berbanding dengan polisi insurans jenis rider kerana pencarum hanya perlu membayar bagi perlindugan perubatan sahaja. Pelan jenis tand alone ini amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang besar dan pada masa yang sama mementingkan perlindungan diri.

Walau bagaimanapun, insurans perubatan jenis stand alone ini mempunyai beberapa kelemahan.Antaranya adalah ia tidak mempunyai nilai tabungan ataupun cash value. Pencarum yang tidak membuat apa-apa tuntutan tidak akan menerima apa-apa manfaat dan akan habis begitu sahaja. Ada beberapa pengeluar insurans yang tidak membenarkan pencarum membuat pembaharuan kad perubatan apabila menghidap sakit walaupun sewaktu pelan itu masih berjalan. Namun, kini terdapat kebanyakan kad perubatan jenis stand alone yang membenarkan pencarum untuk membuat pembaharuan. Apa yang boleh

Rider

Rider di sini bukanlah bermaksud seperti rider food delivery atau sebagainya. Sebaliknya, rider disini membawa maksud pelan perubatan yang berperanan sebagai pelan perlindungan tambahan kepada polisi sedia ada. Pada kebiasaanya, caruman atau premium yang perlu dibayar pada setiap bulan adalah lebih tinggi daripada pelan insurans perlindungan jenis stand alone. Ini kerana, sumbangan yang dibuat bukan sahaja berbentuk perlindungan kepada perubatan diri, malah ia adalah juga untuk simpanan dan pelaburan.

Caruman yang berbentuk simpanan/pelaburan ini akan memberi manfaat dari segi nilai tabungan yang akan bertambah pada setiap tahun. Menariknya, pencarum boleh mengeluarkan untuk kegunaan pribadinya. Meskipun caruman setiap tahun bagi perlindungan ini juga meningkat setiap tahun, tetapi peningkatan mungkin tidak menjejaskan jumlah caruman kerana ianya ditampung oleh cash value yang terkumpul.

Seperti insurans jenis stand alone, insurans jenis rider juga mempunyai kelemahannya. Insurans jenis rider memerlukan pencarumnya untuk mengeluarkan belanja lebih sedikit kerana kos premiumnya yang mahal dek kerana sumbangan terhadap simpanan. Selain itu, pelan perlindungan kad perubatan juga akan tamat apabila terbatalnya pelan asas. Sebagai contoh, pelan asas boleh terbatal sekiranya pencarum mengalami kehilangan upaya yang kekal. 

Had tahunan

Bagi yang tak tahu, had tahunan adalah sesuatu limit yang maksima yang diletakkan terhadap kpos rawatan bagi pencarum selagi polisi kad perubatan tersebut masih berjalan. Anda boleh lihat contoh yang diberi, sekiranya had tahunan sebuah kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya pada tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya. Sekiranya beliau masih memerlukan rawatan pada tahun hadapan polisi, pelannya akan memperuntukkan manfaat sebanyak RM 100,000 lagi.

Sebagai contoh: 

Tahun pertama – Jumlah kos rawatan: RM 120,000

Manfaat pelan membayar: RM 100,000

Pemegang polisi membayar: RM 20,000

Tahun kedua – Jumlah kos rawatan: RM  100,000

Manfaat pelan membayar: RM 100,000

Pemegang polisi membayar: RM 0

Ko-Insurans 

Apa itu Ko-insurans? Ko-insurans atau pun Ko-takaful adalah sebuah pelan yang memerlukan pencarumnya untuk menanggung sebahagian daripada kos perubatan. Ia sekaligus menyebabkan pelan insurans dengan ko-insurans menjadi lebih murah daripada pelan insurans tanpa ko-insurans. Sebagai contoh, pelan insurans yang dilengkapi dengan ko-insurans, kos premium yang perlu dibayar secara bulanan adalah RM200. Sekiranya pencarum dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dengan kos perubatan yang berjumlah RM5,000, pencarum perlu membayar RM1,000 manakala lebihan RM4,000 akan dibayar oleh pihak insurans. 

Jika pelan yang tidak dilengkapi dengan ko-insurans, kos premium menjadi lebih tinggi, Di sini, pencarum yang dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran kerana syarikat insurans akan menanggung kos rawatan tersebut sepenuhnya.  Kenapa pencarum perlu membayar premium yang tinggi untuk pelan insurans tanpa ko-insurans? Ini kerana risiko yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans adalah lebih tinggi di mana mereka menanggung segala kos rawatan yang terbabit. Jadi, nak pilih mana satu? Ko-insurans atau tanpa ko-insurans?

Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri. Walaupun kos premium bagi pelan perlindungan kad perubatan yang dilengkapi dengan ko-insurans lebih rendah, pencarum terpaksa mengeluarkan sejumlah wang tunai sendiri apabila memerlukan khidmat rawatan. Manakala pelan insurans tanpa ko-insurans pula kos premiumnya lebih tinggi. Namun, pencarum tidak perlu pening kepala untuk mengeluarkan duit bagi membayar kos rawatan di hospital kerana ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. 

Had seumur hidup

Apa pula had seumur hidup ni? Ia adalah had maksima kepada jumlah manfaat yang diberikan kepada kos rawatan pencarum sepanjang hayatnya selagi polisi kad perubatan itu masih berjalan. Pelan perubatan akan tamat secara langsung apabila manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur hidup bagi seseorang pencarum. Walau bagaimanapun,  terdapat sesetengah pelan yang tidak meletakkan had bagi jumlah manfaat seumur hidup (unlimited lifetime coverage), terutamanya pelan stand-alone.

Adakah ia penting? Kita boleh lihat dengan contoh ini. Had seumur hidup bagi sesebuah pelan ialah RM 1 juta, manakala had tahunannya pula adalah RM 100,000. Ini bererti seseorang pemegang polisi akan membelanjakan RM100,000 terhadap kos rawatan setiap tahun selama 10 tahun untuk menikmati manfaat sepenuhnya sebanyak RM 1 juta itu.

Di tambah lagi dengan kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10-12% setahun, kita perlu menitikberatkan berapakah jumlah had tahunan yang munasabah mengikut kemampuan dan keperluan diri. Pada kebiasaannya, pesakit tidak akan berterusan menanggung sesuatu penyakit selama lebih beberapa tahun. Jadi jika dilihat di sini, mungkin wajar kepentingan diberikan kepada had tahunan yang tinggi berbanding had seumur hidup yang tinggi.

Bilik penginapan di hospital

Kos bilik penginapan di wad hospital turut dilindungi pelan perlindungan kad perubatan. Pencarum akan menerima bilik penginapan yang sama harga dengan kos premium yang dibayar pada setiap bulan. Sebagai contohnya, jika pencarum memilih pelan di mana bilik wad tersebut adalah pada harga RM200, ia bermaksud pencarum hanya layak untuk menggunakan bilik yang berharga pada harga atau tidak lebih pada harga yang dicarum. Sekiranya pencarum ingin menaiktaraf bilik, pencarum harus mengeluarkan duit sendiri. Namun, pencarum dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ada beberapa syarikat insurans akan mengenakan cas ko-payment atau juga dikenali sebagai bayaran bersama. Ko-payment bermaksud pemegang polisi perlu membayar balik sebahagian daripada jumlah keseluruh rawatan tersebut. 

Hospital panel

Kad perubatan mempunyai senarai hospital panel yang membolehkan pencarum untuk  mendapatkan rawatan di mana-mana hospital panel yang tersenarai dalam kad perubatan. Ini kerana, lain jenis hospital, lain jenis kad perubatannya. Pelan dengan kos premium yang minima tidak mungkin akan menyediakan hospital swasta yang bertaraf lima bintang dalam senarai hospital panel. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk membuat semakan semasa memilih kad perubatan untuk memastikan hospital-hospital panel yang disenaraikan adalah hospital yang mempunyai prestasi yang baik. 

Cakap pasal pilih kad perubatan ni, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana bila kita salah pilih, kita juga yang rugi bila perlindungan yang kita perlukan tiada dalam liputan. 

Cara Terbaik Memilih Medical Card 

Sebelum membuat keputusan untuk memilih mana-mana kad perubatan, kita disyorkan untuk memahami apa yang ditawarkan secara teliti. Ianya penting supaya diri kita dilindungi dengan lengkap tanpa sebarang kekeliruan. Apabila kita tersalah memilih kad perubatan, boleh jadi apa yang kita bayar menjadi membazir kerana ia tidak melindungi apa yang kita perlukan. Ini antara cara-cara untuk memilih medical yang terbaik untuk diri: 

Boleh menyambung insurans perubatan 

Siapa lah kita untuk mengetahui apa yang bakal menimpa kita pada masa akan datang, betul tak? Kalau kita tahu, tak perlulah kita memerlukan insurans. Nah, disinilah pentingnya untuk kita memilih kad perubatan yang memberikan jaminan untuk menyambung pelan insurans perubatan sekiranya tiba-tiba mempunyai penyakit yang serius. Jika kos rawatan perubatan kita tidak ditanggung oleh pihak insurans, pasti akan mendatangkan kekecewaan pada kita. Mana tidaknya, kita mengeluarkan wang bagi membayar kos premium pada setiap bulan. Alih-alih kos rawatan tidak ditanggung pula dan kita terpaksa mengeluarkan wang sendiri.

Kad perubatan yang terbaik adalah kad yang membenarkan pencarummnya untuk menyambung pelan insuransnya selepas disahkan menghidap sesuatu penyakit dengan jaminan kosnya ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Secara amnya, kad perubatan yang baik adalah kad perubatan yang tidak mendatangkan beban kepada kita ataupun memberi sebarang pengecualian selepas kita disahkan menghidap penyakit serius yang memerlukan rawatan panjang yang lanjut.

Premium insuran tidak naik setiap beberapa tahun

Ada beberapa kad perubatan yang memerlukan pencarumnya membayar kos premium yang dinaikan pada setiap beberapa tahun. Sudah pastinya kita tak mahu menghadapi kenaikan kos premium. Sebagai contoh, apabila pencarum berumur 23 tahun dan kos premium yang perlu dibayar adalah sebanyak RM100. Insurans perubatan yang baik adalah insurans perubatan yang mengekalkan syarat awal. Ini bermaksudkan, premium akan tetap dibayar pada amaun yang sama walaupun dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

Kos premium yang berpatutan

Cara yang seterusnya adalah dengan memastikan diri anda untuk tidak terbeban setiap kali tiba masa untuk membayar kos premium. Apa yang kita perlu buat adalah untuk kita membuat perbandingan bagi setiap kad perubatan yang ditawarkan. Pertimbangan yang harus dibuat adalah keperluan diri dan juga kemampuan diri dari segi kewangan untuk membayar kos premium tersebut. Jangan pula diri terpaksa mengeluarkan belanja yang luar daripada kemampuan.

Senarai hospital tidak ditukar dengan kerap

Untuk mengawal syarikat insurans dan pelanggan memerlukan kerjasama antara syarikat insurans dan hospital. Anda akan mudah membayar tanpa tunai apabila sebuah hospital berada dalam senarai Kad Perubatan. Sementara itu, anda akan membiayai sendiri proses pembayaran melalui proses penggantian dan kemudiannya anda melakukan tuntutan sekiranya hospital di mana anda mendapatkan rawatan tidak terdapat dalam senarai Kad Perubatan anda.

Kesimpulannya, dengan adanya kad perubatan, ia akan memudahkan kita dalam pelbagai aspek apabila saat kecemasan tiba. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Jadi, seeloknya kita menyiap sediakan perlindungan pada peringkat awal sebelum terlambat. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kad perubatan dengan pelan insurans perlindungan yang anda perlukan. Sumber: Qoala