Memang perlu ada e-Wallet untuk traveller. Ini 5 sebab kenapa e-Wallet penting untuk traveller di Malaysia.

Pernahkah anda menggunakan e-wallet ketika melancong atau mengembara ke luar negara? Jika sudah, anda tidak sendirian kerana kami juga sudahpun menggunakan kemudahan e-wallet ini atau lebih dikenali sebagai dompet digital. Meskipun ia masih baru dan tak ramai menggunakannya, namun ia akan tumbuh dengan cepat, dan kerana kini semakin ramai sudah menyedari akan kelebihannya.

Apatah lagi sekarang dah ada QR pay iaitu sistem pembayaran yang menggunakan sebuah barcode atau QR (Quick Response) Code yang akan dimbas setiap kali melakukan transaksi pembayaran. Populariti QR Code ini memuncak selepas Maybank memperkenalkan MAE iaitu singkatan kepada Maybank Anytime, Everyonemembuat tawaran besar-besaran untuk setiap pembelian menggunakan fasiliti dompet digitalnya pada setiap merchant yang telah bekerja sama.

Dengan adanya QR Pay ini pun boleh dikatakan lebih efisyen, praktikal dan juga sama selamatnya dengan kad kredit. Ada banyak faedah besar untuk Traveller dalam negara yang menggunakan e-wallet selama mereka melakukan perjalanan untuk bercuti. Berikut adalah beberapa alasan mengapa anda harus membuang kad kredit, cek dan wang tunai, dan menggunakan dompet digital pada ketika anda melancong.

Keselamatan

Kecurian kad kredit kini bermaharajalela di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Dompet digital dapat membantu mengurangi risiko anda menjadi mangsa kejahatan oleh para penjenayah cyber ketika anda sedang menikmati percutian anda. Nak berbelanja? Mudah saja! Sekiranya para traveller menggunakan MAE, mereka boleh melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Angka peruncit ini akan terus ditambah dari hari ke hari.

Bayar Hutang

Buat para traveller yang bercuti secara berkumpulan, makan beramai-ramai ataupun berkongsi menggunakan pengangkutan awam itu sudah menjadi perkara wajib. Selalunya, salah seorang pasti akan mendahulukan wang sendiri untuk membayar. Untuk memudahkan urusan ini, MAE menawarkan salah satu ciri menarik iaitu sokongan pembahagian wang untuk pembayaran atau dipanggil “Split Bill”. Ia sangat berguna kepada para traveller yang bercuti dengan berkumpulan yang berkongsi pembayaran di sesuatu lokasi.

Sebagai contoh, sekiranya anda menaiki grab untuk ke Hotel, dan jumlah pembayaran adalah RM50 untuk 4 orang, jadi pilih ciri Split Bill dan menghantar notifikasi bayaran kepada rakan-rakan lain yang turut menggunakan MAE. Jangan bimbang kalau ada yang tak bayar sebab, MAE siap ada notifikasi untuk pembayaran supaya rakan-rakan anda tak dapat mengelat.

Beli Tiket Penerbangan

Selain itu, kemudahan MAE bukan setakat memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran malah anda boleh terus membeli tiket penerbangan melalui MAE. Mudah bukan?

Ada Tawaran Diskaun Ketika Berbelanja

Mungkin ramai yang tahu lagi, para traveller yang menggunakan MAE boleh menikmati pelbagai diskaun yang ditawarkan menerusi kempen MAE-GA Deals, antaranya seperti baucer makanan, diskaun hotel dan banyak lagi. Anda boleh lihat senarai promosi yang ditawarkan dalam aplikasi yang sama secara eksklusif.

Dapat Mengawal Perbelanjaan


Untuk mengawal perbelanjaan sepanjang bercuti, para traveller hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan. Jadi tak perlu gusar sekiranya overbudget ketika berbelanja sepanjang percutian. Selain itu, pengguna juga boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu simpan setiap resit. Ternyata 5 hal ini sangat penting buat traveller supaya perjalanan lebih lancar dan selamat. Jadi tunggu apa lagi, cepat muat turun dan kemas kini Maybank2U anda bagi menikmati kelebihan-kelebihan yang terdapat pada MAE ini. Sumber: murai.my

Mahu Cara Mudah Dan Jimat Ketika Bercuti. Ini 6 Tips Mudah Rancang Percutian Bersama Keluarga.

Sekarang dah nak masuk hujung tahun, pasti ramai yang dah merancang nak bawa anak anak keluar dari ibukota, melancong, beriadah dan sebagainya. Ibubapa lah yang dipertanggungjawab untuk menguruskan semua urusan yang berkaitan. Dari perancangan tempat percutian, penginapan, pengangkutan dan juga aktiviti percutian. Maklumlah dan hujung tahun, anak anak juga perlukan ruang untuk dibawa beriadah dan kita sebagai ibubapa yang bekerja haruslah berkorban meluangkan masa bercuti bersama. Kami juga ingin berkongsi dengan pembaca tips percutian dengan cara yang lebih jimat:

1. Rancang percutian lebih awal

Biasanya tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal atau mungkin kita boleh tempah sewaktu promo atau sebagainya. Tapi ingat, kita haruslah rajin cek harga semasa setiap hari supaya tak terlepas harga istimewa yang ditawarkan.

2. Tempahan Penginapan secara online

Mungkin semua dah tahu kan, harga hotel akan menjadi lebih mahal jika walk inatau terus ke kaunter hotel. Jangan pulak kita salahkan hotel jika harga yang dikenakan mencekik darah. Banyak saluran yang kita boleh periksa seperti, Trivago, Traveloka, Airbnb dan sebagainya.

3. Tak Perlu Hotel 5 Bintang

Tak perlu cari tempat penginapan yang mahal kerana kita akan lebih banyak menghabiskan masa diluar. Lebih jimat lagi jika kita mencari tempat penginapan yang menyediakan dapur untuk memasak. Sekurang-kurangnya sarapan pagi atau makan malam kita boleh masak sahaja. Itu kan lebih jimat dari makan diluar. Tempat penginapan juga haruslah berhampiran dengan destinasi menarik yang boleh kita lawati. Ini akan menjimatkan kos pengangkutan.

4. Sewa Kereta

Jika tempat percutian hanyalah di dalam negara, tak salah sekiranya jika kita memandu sendiri, ini akan lebih menjimatkan.

5. Pilih Aktiviti Yang Percuma

Cari aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma atau kos yang lebih rendah seperti melawat muzium, mandi air terjun, atau beli secara pakej kerana kos harga pakej lebih murah berbanding kos yang dibeli berasingan. Bawa makanan ringan dan minuman semasa keluar berjalan.

6. Senarai Perbelanjaan

Sediakan senarai perbelanjaan yang perlu sahaja dan cuba untuk ikut senarai tersebut. Perancangan perjalanan sangat menjimatkan wang anda. Sebenarnya kalau bercuti masa bukan musim cuti sekolah lagi lah jimat tapi apakan daya…kita perlu fikirkan kepentingan keluarga juga. Wang ringgit kan boleh dicari dari luangkan masa bersama keluarga tercinta. Harap tips kali ini dapat dimanfaatkan untuk anda meminimakan perbelanjaan tapi memaksimakan kepuasan. Selamat Bercuti. Sumber: murai.my