Rupanya kajian menunjukkan kerja shift malam boleh jejaskan ingatan dan fungsi otak.

Bekerja dalam syif bukanlah sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi dalam industri pembinaan dan servis. Kajian terbaru menunjukkan kerja syif malam boleh menyebabkan masalah ingatan dan mengganggu fungsi otak yang lain, kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Occupational and Environmental Medicine. Menurut laporan United Press International, ia juga dikaitkan dengan tahap kewaspadaan dan fokus visual yang lebih rendah, serta penurunan dalam keupayaan untuk mengawal perasaan (impulse) dan tindak balas dalam sesebuah situasi. Kajian itu juga menyatakan, perkara ini akan meningkatkan potensi kecederaan dan kesilapan di tempat kerja.

Berdasarkan data daripada 18 kajian yang merangkumi lebih daripada 18,000 peserta, penyelidik mendapati bahawa pekerja syif malam mempunyai markah yang lebih rendah pada ujian yang direka untuk mengukur kawalan perasaan dan respon dalam sesebuah situasi atau keupayaan membuat keputusan. Kajian ini juga mendapati kerja syif malam boleh mendatangkan masalah tidur dan komplikasi kesihatan serius lain, termasuk penyakit jantung, obesiti, diabetes, gangguan mood dan penyalahgunaan bahan terlarang.

Sebagai info, dalam analisis ini penyelidik Austria menyemak data daripada 18 kajian yang diterbitkan antara 2005 dan 2020 yang secara kolektif merangkumi 18,802 orang dewasa yang bekerja syif dan secara purata berumur 35 tahun. Berdasarkan penemuan tersebut, syarikat yang melibatkan pekerja syif harus mempertimbangkan langkah perlindungan seperti tidur berjadual, pelan pemulihan dan pemantauan pekerja untuk meminimumkan potensi kesihatan, kata para penyelidik. Sumber: lobakmerah

Lebih Seronok Bekerja Dengan Boss Wanita. Ini 5 Sebab Mengapa Syarikat Dengan Boss Wanita Lebih Perform Berbanding Boss Lelaki.

Era moden ini, kita dapat lihat ramai wanita yang berkerjaya dan memiliki perniagaan sendiri. Walaupun dalam dunia korporat bos lelaki lebih ramai daripada wanita, terdapat beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita boleh menjadi pemimpin yang lebih baik. Dalam sebuah kajian oleh Chris Bart, profesor pengurusan strategik di DeGroote School of Business di McMaster University, wanita sebenarnya menjalankan perniagaan yang berprestasi lebih baik daripada lelaki. Ini antara lima sebab kenapa bos perempuan lebih ‘perform’ daripada bos lelaki;

1 Lebih pandai berkomunikasi

Wanita adalah pendengar yang lebih baik daripada lelaki, dan ini adalah kemahiran yang paling penting untuk menguruskan pekerja dan pelanggan. Ini adalah kerana wanita lebih berorientasikan perbincangan dan lelaki lebih kepada mengambil tindakan. Lelaki berkomunikasi melalui perbuatan dan bukannya perbualan, gitu!

2 Wanita mempunya ‘daya tahan’ yang lebih tinggi

Sebuah kajian mendapati, wanita mampu mengatasi lelaki ketika stuck dalam situasi yang tertekan dan apabila keadaan menjadi sukar, wanita lebih cenderung untuk bertahan dan menyelesaikan masalah dengan lebih pantas.

3 Mempunyai etika lebih tinggi dalam perniagaan

Dalam kajian Chris Bart, didapati bahawa wanita yang menguruskan sesebuah perniagaan, mengakui dan mempertimbangkan hak orang lain dengan lebih adil dan lebih konsisten dalam hal yang memerlukan decision making.

4 Lebih penyabar

Dalam sebuah survey yang dijalankan oleh myHermes, wanita lebih penyabar berbanding lelaki dan mereka tidak membuat keputusan terburu-buru atau tergesa-gesa dalam menjalankan tugas. Wanita melihat kejayaan dalam langkah-langkah kecil yang membawa kepada objektif utama yang besar, dan bukannya fokus pada matlamat yang besar itu sendiri. Setiap langkah sederhana ini patut diraikan, kerana tanpanya, anda tidak akan sampai ke matlamat akhir, betul tak?

5 Wanita pentingkan keseimbangan kerja

Seorang bos wanita boleh membantu mewujudkan persekitaran yang lebih santai dan fleksibel di tempat kerja. Mereka juga memahami detik-detik yang anda tidak boleh terlepas sebagai ibu bapa, sama ada lawatan doktor untuk anak anda yang sakit atau majlis anugerah pada penghujung tahun persekolahan. Pekerja juga akan menghargai perkara tersebut dan akan lebih produktif apabila bekerja. Itulah beberapa kelebihan yang menunjukkan wanita ini bukan calang-calang, boleh jadi ibu boleh juga jadi bos. Sumber: lobak merah

Ini Sebabnya Mengapa Ramai Wanita Cantik Dan Bekerjaya Kebanyakannya Single.

Menjadi bujang atau dalam bahasa moden, ‘single’ bukanlah sesuatu yang patut dimalukan. Kadang kala, orang yang sudah berpasangan menganggap wanita yang single ini sebagai loser dan terlalu memilih pasangan. Walhal, ramai sahaja wanita single di luar sana mempunyai karier yang bagus dan sedang hidup dengan selesa tanpa perlu mendapatkan justifikasi daripada orang lain. Pasti anda pernah lihat situasi di mana wanita yang cerdik dan cantik masih single meskipun ramai sahaja lelaki yang sedang ‘beratur’ untuk berkenalan dengan mereka.

Tidak adil untuk kita katakan mereka ini terlalu memilih pasangan hidup walhal kita semua memang perlu memilih dalam isu kerana ia melibatkan hidup sehingga hari tua. Jadi mengapa ramai wanita cerdik dan cantik yang single di luar sana? Ini 5 sebab yang berkemungkinan menjadi punca mereka berada dalam situasi itu.

1. Terlalu sibuk untuk bercinta

Wanita yang cerdik tahu apa yang mereka perlu utamakan dan fokus, selain daripada mencari teman lelaki. Malah, ada juga situasi di mana wanita terlalu sibuk bekerja dan tidak mahu mencari teman lelaki kerana situasi itu akan membuatkan mereka menjadi lebih sibuk. Namun begitu, tidak perlu dirisaukan, orang yang tepat pasti akan tiba pada waktu yang tepat.

2. Ramai lelaki sangka mereka sudah berpunya

Dunai sudah memasuki tahun 2022, dan kita semua boleh bersetuju, rata-rata mereka yang mempunyai rupa tidak kira lelaki atau wanita pasti sudah mempunyai pasangan. Situasi yang sama boleh terjadi kepada wanita yang cantik, sesetengah lelaki takut untuk berkenalan dengan mereka kerana menyangka mereka sudah mempunyai pasangan. Jadi, apa-apa tanya dulu okay!

3. Mempunyai standard yang tinggi

Dengan berita dan isu melibatkan lelaki ‘sampah’ semakin banyak di media sosial, perkara ini membuatkan wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Anda sendiri boleh baca di media sosial seperti Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), rata-rata masalah rumah tangga yang terjadi adalah berpunca daripada kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jadi buat kaum lelaki, jadilah lelaki dengan kualiti yang tinggi!

4. Mencari teman hidup belum menjadi keutamaan

Sesetengah orang, mereka lebih mengutamakan keluarga dahulu sebelum mendirikan rumah tangga sendiri. Ada juga sesetengah wanita yang menjadi mata pencarian keluarga kerana ibu bapa sudah tua atau tiada.

5. Digeruni lelaki

“It’s not my job to make you feel like a man. I can’t make you something you are not”

Pepatah ini merupakan dialog dalam filem Crazy Rich Asian dan mendapat perhatian ramai kerana ketepatan mesej yang ingin disampaikan.

Boleh dikatakan, sesetengah lelaki berasa ‘takut’ untuk mendekati wanita yang terlalu berjaya dan cantik. Pada pendapat mereka, lelaki perlu menjadi ketua dan wanita tidak boleh melebihi lelaki. Setiap orang mempunyai impian mereka yang tersendiri, jadi wanita yang cerdik dan cantik tidak akan menjadikan lelaki sebagai batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan.