Rupanya tabiat gigit kuku boleh sebabkan jangkitan bakteria, Ini antara masalah kesihatan tersebut.  

Tahukah anda rupanya menggigit kuku merupakan antara tanda-tanda ketidakseimbangan emosi seseorang selain mengalami jangkitan bakteria. Sesetengah orang mempunyai tabiat menggigit kuku dan ia membuatkan kawasan kutikula mengelupas sehingga berdarah. Malah, ada yang melakukan rutin ini tanpa sedar. Menurut ulasan yang diterbitkan dalam American Journal of Orthodontics and Dentofacial Orthopedics (AJODO), menggigit kuku boleh dikatakan tanda-tanda ketidakseimbangan emosi. Manakala dalam istilah perubatan, menggigit kuku dikenali sebagai onycophagia. Pakar mendefinisikan onycophagia ini adalah sejenis isyarat bahawa anda berasa takut, letih atau tertekan. Pun begitu, terdapat beberapa faktor bahaya apabila seseorang kerap menggigit kuku yang mengintai kesihatannya, termasuklah; Menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kulit di sekeliling kuku. Ini kerana, setiap kali seseorang menggigit kuku, ia bukan sahaja mendedahkan kulit halus di bawah kuku, malah membuka pintu untuk bakteria atau patogen dari mulut anda tersebar. “Rongga mulut setiap daripada kita penuh dengan bakteria, jadi anda dengan mudah boleh menjangkiti diri sendiri jika kerap menggigit kuku,” kata Profesor Bersekutu di Jabatan Psikologi, Universiti George Washington, Adam Friedman.

Kuku tumbuh ke dalam: Pernahkah anda mendengar tentang rambut tumbuh ke dalam, ternyata kuku juga boleh megalami perkara yang sama. Kuku mengandungi lapisan degeneratif yang dipanggil ‘matriks’, iaitu berbentuk seperti lapisan di mana semua sel kuku berkembang. Atas dasar itu, jangkitan akibat gigitan kuku boleh merosakkan matriks sehingga mengakibatkan kuku tumbuh ke dalam (ingrown nail) atau kelainan bentuk kuku. Dalam pada itu, air liur bukan sahaja berguna untuk membasahkan mulut tetapi komposisi air liur membolehkan manusia memecahkan lemak dan molekul makanan lain. Dalam konteks pencernaan, faktor itu pasti membantu, tetapi tidak dalam konteks menggigit kuku. Apabila jari terus masuk ke dalam mulut, air liur akan mencetuskan keradangan, disamping elakkan menjilat bibir yang boleh menyebabkan kering dan merekah.

Sakit perut: Kuku umpama pelabuhan untuk semua jenis bakteria, terutamanya keluarga Enterobacteriaceae. Pakar Kuku di Weill Cornell Medical College, Richard Scher, menjelaskan bahawa Enterobacteriaceae termasuk salmonella dan E. coli. Pun begitu, apabila anda sering menggigit kuku, bakteria akan berakhir di dalam mulut dan usus seseorang di mana ia boleh menyebabkan jangkitan pencernaan, mengakibatkan sakit perut dan cirit-birit. Tabiat menggigit kuku bukan sahaja membawa masalah kepada jari dan penghadaman, juga gigi. Kesan jangka panjang akan berlaku pada gigi anda jika rutin itu berterusan. Kekerapan menggigit kuku boleh mengakibatkan pertumbuhan gigi yang lemah dan gigi beralih kedudukan atau membentuk menjadi ganjil.

Herpes tangan

Istilah ‘herpes tangan’ ialah keadaan yang dipanggil herpetic whitlow, namun seseorang yang mempunyai gejala herpes mulut ia boleh menjangkiti jari mereka dengan virus dari rongga mulut. Jangkitan akan menyebabkan gejala seperti rasa pedih yang menyakitkan di jari, demam, dan dalam seminggu jari akan dipenuhi kudis atau darah muncul dan menyakitkan.Sumber: mstar.

Bipolar Bahaya Jika Diabaikan. Ini 5 Perkara Bantu Anda Fahami Masalah Mental Ini.

Masalah bipolar tidak boleh dipandang ringan. Kisah perceraian selebriti terkenal Kim Kardashian dan penyanyi rap Kanye West mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Tidak hanya itu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka turut menjadi bualan peminat termasuk Kanye menuduh bekas isterinya menculik serta menghalangnya berjumpa dengan anak-anak mereka. Tidak hanya itu, Kanye hebat mengkritik hubungan Kim dan pelawak Pete Davidson, menghinanya di media sosial serta menghasut pengikutnya untuk membenci lelaki itu. Kanye turut percaya tindakannya itu adalah sebagai perjuangan untuk menyelamatkan keluarganya dan berharap dia dan bekas isteri akan kembali bersatu. Umum mengetahui penyanyi rap bermasalah itu bersikap telus tentang gangguan bipolar yang dihidapinya dan memberitahu telah berhenti mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengawal masalah tersebut. Masalah bipolar bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan dan pensyarah Psikologi di Universiti Taylor yang juga merupakan pakar dalam s3ks dan hubungan, Pang Chia Yee merungkai beberapa persoalan mengenai perkara itu. Kanye West antara selebriti yang terbuka tentang masalah bipolar dihidapinya.

Bagaimana seseorang boleh mengesan pasangan mereka menghidap bipolar dan antara gejala yang perlu diberi perhatian.

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa gangguan bipolar adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari ringan hingga teruk. Terdapat juga beberapa jenis gangguan bipolar mengikut DSM-V (Manual Statistik Diagnostik). Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem, daripada kegembiraan melampau (juga dikenali sebagai mania) kepada melampau (kemurungan) – atau sebaliknya, dengan kehadiran “norma” di antara kedua-dua ekstrem tersebut.Beberapa yang mungkin perlu diperhatikan ialah; Penyalahgunaan alkohol atau dadah, perbelanjaan tidak terkawal dan perubahan yang kerap. Bagaimanapun, dalam konteks perhubungan, adalah lebih sukar bagi seseorang untuk mengenal pasti bahawa pasangan mereka mengalami gangguan bipolar berbanding pihak ketiga.

Mengambil contoh kes Kanye West adakah itu antara g3jala bipolar: Berdasarkan tinjauan media sosial dan kenyataan-kenyataan dikeluarkan, ia menunjukkan tanda menghidap bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan semata-mata berdasarkan satu medium kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui. Apa yang menyebabkan seseorang boleh mengalami bipolar: Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan bipolar, seperti tekanan sekeliling, genetik, ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak manusia. Ini termasuklah tekanan emosi, kurang tidur, keretakan dalam hubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca, kehamilan, hilang pekerjaan atau lain-lain kehilangan, tekanan kewangan dan sebagainya.

Jika seseorang mempunyai hubungan dengan individu dengan masalah bipolar, apakah yang boleh dilakukan untuk membantunya: Paling penting adalah mengenal pasti apakah pencetusnya dan mereka boleh bersikap jujur dan terbuka mengenai kisah hidup mereka. Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apabila pesakit berada dalam situasi tersebut dan sebaik-baiknya mendapat bantuan profesional. Walaupun digalakkan untuk memujuk pasangan mereka mendapatkan bantuan profesional, stigma sosial boleh menjadi cabaran kerana individu tersebut tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap penyakit mental dan berasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara lain untuk membantu mereka adalah pastikan pesakit tahu anda sentiasa menyokong selain memastikan ahli terapi serasi dengan pesakit.

Jika pasangan yang mengalami masalah bipolar mula menunjukkan tindakan ganas, apa perlu dilakukan: Sentiasa ingat bahawa keselamatan diri adalah perkara paling utama. Jika pasangan mula menunjukkan tindakan luar kawal seperti fizikal dan verbal, maklumkan kepada pihak polis, keluarga atau pun jiran. Atas sebab itu, jangan tunggu sehingga pesakit menjadi teruk baharu hendak berjumpa dengan pakar di hospital. Sumber: mstar

Punca Pening Kepala Dan Cara Sembuhkan Kesakitannya. Makan Cili Antara Satu Cara Menghilangkan Pening

Selain rasanya yang pedas, cili berkesan untuk menghilangkan rasa pening. Kepada pening memang terasa sangat mengganggu, tidak selesa malah boleh mengganggu aktiviti harian anda. Pening merupakan perasaan tidak seimbang dalam badan yang dialami oleh seseorang, menyebabkan individu tersebut berasa mahu pengsan, persekitaran berpusing atau berasa loya. Secara teorinya, pening bukanlah sejenis penyakit tetapi diri dipengaruhi oleh keadaan yang kurang stabil. Terdapat beberapa punca boleh mencetuskan pening, seperti pengambilan alkohol berlebihan, vertigo, tekanan darah rendah (kandungan gula dalam darah rendah) dan berisiko mengalami strok. Apabila keluarga atau rakan-rakan jatuh pengsan akibat pening, segeralah menghubungi unit kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Punca lain pening termasuklah dehidrasi, hiperventilasi, kebimbangan dan gangguan panik, jangkitan telinga, penyakit Meniere, dan keradangan telinga dalam atau labirinitis. Selain itu, pengambilan ubat ubatan tertentu boleh menyebabkan pening yang agak lama, malah, sesetengah jenis ubat diketahui mempunyai kesan sampingan seperti pening.

Cara menghilangkan pening: Secara amnya, pening akan hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pening boleh bertahan lama sehingga mengganggu aktiviti harian. Menurut Healthline, berikut adalah makanan dan nutrien tertentu diketahui dapat membantu melegakan gejala pening, termasuk;

Minum air mineral: Dehidrasi adalah salah satu punca pening yang paling biasa berlaku jika anda berasa letih dan dahaga. Amalkan pengambilan air yang seimbang agar tubuh sentiasa dalam keadaan terhidrat. Halia: Halia diketahui mempunyai banyak khasiat, salah satunya adalah membantu untuk melegakan pening. Anda disarankan minum teh halia atau minuman tambahan halia untuk melegakan ‘kekacauan’ di kepala. Vitamin C: Konsumsi vitamin C didakwa dapat mengurangkan pening untuk penghidap penyakit Meniere. Makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah oren, anggur, strawberi, cili, vitamin E. Vitamin E dapat membantu mengekalkan keanjalan saluran darah yang dapat mengelakkan masalah peredaran darah yang mana ia adalah salah satu punca pening. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuklah gandum, biji-bijian, kiwi dan bayam. Zat Besi: Zat besi diperlukan bagi seseorang yang sering mengalami pening kepala akibat anemia, kebiasaannya ia boleh didapati dalam makanan seperti daging merah, ayam, kacang, sayur-sayuran berdaun gelap. Selain itu, rata-rata pakar mendakwa langkah-langkah berikut boleh menghilangkan rasa pening yang berpanjangan, termasuklah berbaring dan tutup mata, melakukan akupunktur, menguruskan tekanan dengan baik serta berehat dengan cukup.