Wah bekas pramugari ini ragkul 3 anugerah berprestij. Kini bergelar usahawan. katanya memang minat berniaga dari kecil.

Tahukah anda daripada seorang pramugari, Ferra Ibrahim kini bergelar usahawan berjaya dan menerima pelbagai anugerah. Sejak berusia tujuh tahun, wanita ini sudah menunjukkan bakat dalam dunia perniagaan dan pernah menjual pelbagai barang kepada rakan-rakannya. Farah Nadhirah Ibrahim, 30, berkata, apa dilakukan itu bukan sahaja kerana ingin mencari duit poket tetapi memang minat berniaga.
“Masa itu saya dan kawan baik sepakat hendak berniaga. Macam-macam kami jual termasuk gelang, baju malah menawarkan perkhidmatan ‘facial’ di rumah dengan harga RM1!

“Lucunya yang jadi pelanggan pun dalam kalangan kawan-kawan. Demi memudahkan mereka yang nak mencuba perkhidmatan itu, saya sampai lukis peta untuk memudahkan pelanggan datang ke rumah,” katanya yang mengimbau zaman kanak-kanaknya. Tetapi itu kisah dulu kerana kini Farah atau lebih dikenali sebagai Ferra Ibrahim berjaya merealisasikan impiannya sebagai seorang usahawan dan tampil dengan produk penjagaan rambut, kulit dan kuku iaitu Le’HairBoss.

Minat berniaga sejak kecil telah membuatkan Ferra bulat hati ingin bergelar seorang usahawan.

Malah semangat, dedikasi dan kerja kerasnya turut mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang penerima anugerah Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 baru-baru ini. Ferra diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) yang mengiktiraf individu termasuk organisasi memangkin ekonomi negara.

Graduan Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Universiti Cyberjaya (UoC) dan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing itu menganggap anugerah ketiga diterimanya itu sebagai pembakar semangat. “Saya berniaga bukan semata-mata nak jadi kaya tetapi percaya rezeki itu perlu dikongsi dan mahu melihat lebih ramai wanita menjana pendapatan apatah lagi dalam suasana pandemik ketika ini. “Saya tidak mahu melihat wanita daripada pelbagai latar belakang hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan wang daripada suami. Mereka perlu buat sesuatu dalam memperbaiki ekonomi keluarga,” ujarnya.

Perniagaan yang dimulakan sejak dua tahun lalu kini semakin maju dan dikenali ramai.

Dalam pada itu, Ferra memberitahu kejayaannya hari ini tidak datang bergolek sebaliknya pernah melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam dunia perniagaan. Meskipun bercita-cita bergelar seorang usahawan sejak kecil tetapi ia tidak datang dengan mudah sebaliknya anak kelahiran Selangor ini pernah bergelar pramugari AirAsia pada usia 19 tahun.

Selepas beberapa tahun bersama syarikat penerbangan tambang murah itu, Ferra menyertai Malaysia Airlines Berhad dan pada masa sama menyambung pengajian di Universiti Cyberjaya. “Saya mengambil keputusan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari selepas berkahwin dan menjadi suri rumah sepenuh masa. “Sudah ketentuan Allah, jodoh saya dan bekas suami tidak panjang dan kami bercerai pada 2017 dan sejak itu saya buat macam-macam bisnes sebelum kembali bergelar seorang pramugari bersama Malindo pada 2019,” katanya.

Suami percaya kebolehan, keinginan dan semangat saya dalam dunia perniagaan malah dia juga memberi modal untuk saya mulakan perniagaan baharu pada Januari 2020.

PENGASAS LE’HAIRBOSS: Ferra berkata, dia menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk bisnes berkaitan tekstil dan dari situ banyak belajar selok-belok menguruskan perniagaan namun memilih kembali bekerja sebagai pramugari disebabkan komitmen yang tinggi. Sudah tertulis jodohnya, Ferra memberitahu dia bertemu jodoh dengan suami, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang juga seorang ahli perniagaan selepas dua tahun bercerai dan menyifatkan lelaki itu sebagai tonggak kekuatannya mengorak langkah sebagai usahawan.

“Suami percaya kebolehan, keinginan dan semangat saya dalam dunia perniagaan malah dia juga memberi modal untuk saya mulakan perniagaan baharu pada Januari 2020. “Alhamdulillah berkat sokongan dan doa seorang suami, dalam tempoh beberapa bulan ia dilancarkan, perniagaan melonjak naik dan selepas itu saya beranikan diri mengeluarkan lebih banyak produk seperti syampu, tonik dan perapi,” katanya.

Tidak hanya berharap kepada modal diberikan suami, Ferra berkata, dia mengambil masa setahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan setiap produk dikeluarkan selamat dan mampu memberi manfaat kepada pengguna.

Dorongan suami tercinta membuatkan Ferra lebih bersemangat untuk lebih berjaya dalam perniagaan.

Kini selepas dua tahun, Ferra memberitahu dia gembira melihat perniagaannya semakin berkembang dan paling penting melihat stokisnya mula meraih pendapatan lumayan. Malah dedahnya, ada salah seorang stokisnya yang sebelum ini hanya berpendapatan RM1,500 sebulan untuk tempoh tujuh tahun kini mampu membeli stok mencecah RM10,000 sebulan. “Inilah yang saya harapkan, perniagaan ini mampu membantu orang lain menambah pendapatan.

Alhamdulillah kini saya ada lapan ketua stokis di Malaysia, Brunei dan Singapura.”Ikutkan jenama ini lebih dikenali sebagai HairBoss sampai orang lupa nama rasminya, Le’HairBoss. Tapi tidak mengapa, janji orang tahu dan sedar kewujudannya dalam pasaran.”InsyaAllah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, Ferra turut pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media. Sumber: mstar.

Akhirnya Niat Putra Amaris Nak Bina Rumah Untuk Asnaf Tercapai Juga. Rupanya Beliau Berjaya Kumpul Dana RM100k.

Selain program Penuhkan Peti Ais, Amaris turut akan melaksanakan program Rumah Baharu Asnaf pada Ramadan. Hasrat pelakon Putra Amaris untuk membina sebuah rumah untuk golongan asnaf bakal terlaksana pada bulan Ramadan akan datang. Amaris atau sebelum ini dikenali sebagai Amran Ismail berkata anggaran keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut sekitar RM80,000 hingga RM100,000 yang merupakan sumbangan daripada rakan-rakan serta beberapa pihak. Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur akan memilih sebuah keluarga asnaf yang sudah berada dalam senarai mereka.

Amaris sasaran 1,000 keluarga untuk program Penuhkan Peti Ais: “Saya dah lama simpan niat nak buat rumah untuk golongan asnaf atau yang sangat memerlukan. Tapi kalau nak buat sendiri, memang tak mampu. Kebetulan rakan saya turut mempunyai hasrat yang sama. “Alhamdulillah, tercetus la idea nak buat satu rumah untuk asnaf pada bulan Ramadan. Anggaran sebuah rumah untuk keseluruhan lebih kurang RM80,000 hingga RM100,000. “Insya-Allah projek rumah ini akan bermula pada 1 Ramadan selama lebih kurang 26 hingga 30 hari. Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update.

“Buat masa ini kami sudah ada data based untuk golongan asnaf. Kami akan pilih satu keluarga yang betul-betul memerlukan rumah. Pemilihan lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya kepada mStar.

Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update: Amaris ditemui ketika sidang media Qaseh Infaq Ramadan #Samasamakenyang yang diadakan di Hotel Eastin Kuala Lumpur, Petaling Jaya, pada Ahad. Dalam pada itu, Amaris memberitahu selain projek Rumah Baharu Asnaf, mereka juga mewujudkan sebuah program baharu iaitu Penuhkan Peti Ais yang menyasarkan lebih 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang. Anggaran kos setiap keluarga sekitar RM200 hingga RM500, pelakon drama Andainya Takdir 2 ini masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberi tajaan khususnya dari segi kewangan dan barangan keperluan.

Amaris bekerjasma dengan Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak: “Selain projek rumah, saya dan team yang lain juga mewujudkan satu program iaitu penuhkan peti ais bermula Ramadan ini. Insya-Allah program itu akan melibatkan 1,000 buah rumah di sekitar Kuala Lumpur. “Anggaran untuk kos barangan keperluan basah dan kering sekitar RM200 sehingga RM500. Alhamdulillah, tahun ini saya menerima banyak tajaan dan ramai yang hubungi saya untuk beri sumbangan. “Tapi kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak, jutawan atau dermawan yang nak salurkan sumbangan terutama dari segi kewangan atau barangan keperluan,” ujarnya. Sumber: mstar.