Dari kerjaya cikgu muncul idea nak jadi youtuber, sampaikan sanggup keliling negeri semata untuk rakam content

Terlampau runsing akan apa yang akan diusahakan ketika pencen nanti membuatkan timnul satu idea buat guru ini. Dalam suasana mencabar akibat pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, tugas seorang pendidik antara paling mencabar kerana tetap perlu menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah menggantikan kaedah pengajaran konvensional dan sebagai guru mereka perlu menggunakan pelbagai cara menarik dan interaktif dalam menarik perhatian pelajar. Bagi seorang guru, Haini Hamlin selain PdPR, beliau mengambil langkah proaktif dengan menghasilkan video pengajaran tatabahasa menerusi saluran YouTube sebagai nilai tambah untuk para pelajar. Namun dedah Haini, cabaran terbesar menghasilkan video tersebut adalah bercakap di hadapan kamera yang dirasakan kekok dan janggal tetapi demi menyampaikan ilmu dia tetap meneruskan usaha itu.

Haini mula menghasilkan video di saluran YouTube sejak Januari 2021, Haini berkata, dengan cara itu ia sebenarnya memudahkan pelajar mengulang kaji, mengingati selain boleh membuka video tersebut pada bila-bila masa.”Seperti contoh dalam pengajaran tentang topik kata majmuk saya hasilkan dalam bentuk nyanyian agar pelajar mudah ingat dan menghafalnya.”Syukur pelajar-pelajar dapat terima cara itu dan sekali gus dapat menarik minat mereka untuk belajar dan mengulang kaji,” ujarnya. Menjelang usia enam dekad, Haini turut kerap memikirkan tentang pelan setelah pencen pada tahun hadapan.

“Tamatlah lembaran hidup saya sebagai seorang cikgu pada tahun 2023 namun saya runsing memikiran aktiviti serta pendapatan setelah berpencen nanti,” katanya. Terdapat statistik melaporkan bahawa kebanyakan duit simpanan para pesara bakal berkurangan dalam tempoh lima tahun pertama dan realiti tersebut menyedarkan Haini. Takut untuk jatuh muflis di saat beliau cuma mengharapkan duit pencen yang semestinya kurang daripada gaji bulanan sedangkan kos sara hidup sentiasa meningkat – dirinya pun tidak akan menjadi lebih muda dan bertenaga. Setelah berbincang dengan ahli keluarganya, beliau berazam untuk menyediakan pelan pendapatan tambahan yang pasif sewaktu pencen dan sekarang adalah masa terbaik untuk memulakannya.

Bagaimanapun Haini merancang untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan masa yang banyak serta tidak menggunakan banyak tenaga fizikal dan penerbitan video di YouTube dilihat sebagai pelan terbaik selepas bersara.”Bayangkan jika saya cuma rakam 12 episod video selama enam hari padahal ditayangkan selama 12 minggu ataupun tiga bulan seterusnya secara konsisten? Buat sungguh-sungguh dan tunggu insentif daripada YouTube di kemudian hari.”Ia bukan sahaja pelan pendapatan tetapi pada masa sama saya dapat terus mencurahkan ilmu kepada para pelajar dengan pengetahuan yang ada dan ia mungkin boleh menjadi rujukan pelajar pada dalam tempoh yang panjang,” katanya. Beberapa video telah diterbitkan oleh Haini dan pada akhir tahun 2021, beliau telah mendapat khabar gembira bahawa usahanya telah mendapat lampu hijau.

Haini berharap ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pelajar.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersepakat untuk memperluaskan perjalanan kareer YouTube beliau melalui Dana Kandungan Digital PRISMA. Dengan adanya sokongan padu tersebut, Haini telah menerbitkan siri terbaharu iaitu “Cobaan” di mana beliau akan mencuba pelbagai aktiviti baharu di pelbagai tempat sekitar Kuching-Siburan, Sarawak. Cubaan yang dimaksudkan adalah bersilat Spring 12 di Pantai Damai yang panas hinggalah menjadi Pak Tambang di Kuching Waterfront. “Cobaan” masih lagi ditayangkan hampir setiap minggu di YouTubenya dan episod sebelum ini telah berjaya mendapat tempat di hati para penontonnya.

Dalam siri Cobaan, Haini turut membawa penonton menjelajah ke Sarawak.

Walaupun jumlah pelanggan serta tontonannya tidaklah besar, namun Haini percaya ada hasilnya untuk jangka masa panjang asalkan beliau kekal konsisten dalam penerbitan videonya.”Selain mengharapkan pendapatan pasif setelah pencen, saya ingin memberikan inspirasi kepada rakan sebaya saya yang kebanyakannya ahli penjawat awam yang senior serta yang sudah pencen untuk menjadikan saluran Bersama Cikgu Haini di YouTube sebagai sumber pendapatan pasif. “Tambahan pula, saya percaya ramai di antara mereka yang mempunyai cerita, pengalaman mahupun bakat untuk dikongsi kepada semua. “Saya ingin lihat semua berjaya dan bahkan lebih bahagia setelah mereka pencen nanti. Saya pun masih menunggu keputusan jika saya dibenarkan untuk memberi makanan kepada buaya di episod akan datang”, katanya. Sumber: mstar.

Pekerjaan Ini Akan Hilang Lagi Sedekad Pada 2023. Ini 5 Pekerjaan Yang Dijangka Akan Hilang Pada 2033.

Dengan pembangunan teknologi yang pesat, banyak pekerjaan yang akan menjadi tidak relevan kerana digantikan dengan robot dan kecerdasan buatan (artificial intelligence). Dalam satu kajian yang dilakukan Foundation for Young Australians, 60 peratus orang muda di negara itu belajar dan berlatih untuk pekerjaan yang bakal pupus pada dekad akan datang. Meskipun subjek yang dipilih ialah penduduk negara Australia, kajian ini telah menjadi rujukan dan bahan bualan oleh para pengkaji dari seluruh dunia. Berikut adalah 5 pekerjaan yang bakal hilang menjelang tahun 2033:

Ejen pelancongan: Pada zaman dahulu, seseorang itu perlu pergi ke agensi pelancongan untuk melihat risalah tentang lokasi yang hendak dituju. Namun, semua itu sudah diganti dengan teknologi seperti laman web dan aplikasi telefon pintar. Dengan aplikasi seperti Trivago dan Agoda, semua proses seperti tempahan hotel boleh dilakukan hanya di hujung jari. Menjelang tahun 2030, agak logik jika agensi pelancongan hanya menfokuskan perniagaan mereka secara atas talian.Tukang masak restoran makanan segera: Untuk mengurangkan kos perbelanjaan, restoran makanan segera akan mengaplikasikan teknologi automasi dalam proses penghasilan makanan mereka. Dengan teknologi yang semakin maju, tidak mustahil jika pekerjaan tukang masak makanan segera akan dikurangkan atau tidak relevan lagi. Situasi ini sudah pun terjadi di sebuah restoran makanan segera CaliBurger, di mana mereka menguji tenaga kerja automatik yang dikawal oleh kecerdasan buatan.

Pekerja gudang: Ini bukanlah sesuatu yang baharu di dunia ini. Pada ketika ini, beberapa gudang besar di China sudah pun menggunakan robot untuk menggerakkan barang dari titik A ke titik B. Malah, proses pengasingan dan pengklasifikasian bungkusan juga dapat dilakukan dengan mudah, dengan bantuan kecerdasan buatan dan robot. Pemandu trak: Trak yang mampu untuk memandu sendiri dengan bantuan komputer bakal menggantikan pemandu trak pada masa akan datang. Malah, penggunaan kecerdasan buatan mampu untuk mengurangkan kesilapan manusia seperti mengantuk atau tersesat jalan. Juruwang:Pada zaman sekarang, rata-rata daripada kita akan membuat pembayaran tanpa sentuhan dengan menggunakan kad dan e-dompet. Ditambah pula dengan kemajuan mata wang kripto yang boleh diakses di hujung jari, teknologi ini sedikit sebanyak akan membuatkan orang ramai tidak membuat pembayaran secara fizikal.