Ini yang rakyat nanti nantikan, Kerajaan benarkan pengeluaran khas kwsp berjumlah RM10k

Mengenai Pengeluaran KWSP RM10k, Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak penularan wabak melanda negara dua tahun lalu. Berdasarkan dapatan kajian dan penyelidikan menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas wabak ini, terdapat dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terjejas dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan mereka.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Oleh itu, hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini adalah keputusan yang susah kerana ia melibatkan simpanan hari tua orang ramai dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan. Walaupun Kerajaan telah memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada pencarum untuk mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Sumber : FB PM Ismail Sabri

Terkini Najib Razak Dedah Masa Bila Yang Terbaik Untuk Pengeluaran Terakhir Icitra. 

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpendapat masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum hari raya.

Katanya, dengan sokongan yang diumum Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam, beliau lebih optimis bahawa menteri-menteri PN akhirnya tidak lagi membantah tetapi akan menyokong permintaan pengeluaran khas ini dan ianya akan menjadi realiti. “Harap ketua pemuda PN/PAS seorang ini akan berusaha untuk memujuk presiden PPBM dan PAS serta menteri-menteri PN bagi memberi sokongan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya, biarpun prestasi Bursa Malaysia antara paling teruk dalam dunia bagi tahun 2021 lepas akibat darurat menggantung Parlimen serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak berbulan-bulan lamanya, ketidakstabilan politik dan aliran keluar dana asing yang sangat besar sejak PIlihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun prestasi bursa saham negara-negara lain adalah luar biasa baik dan telah berulang kali mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

“Jadi, prestasi KWSP bagi tahun 2021 lepas adalah lebih baik sebab pelaburan luar negara tabung itu terutamanya di Amerika Syarikat mendapat pulangan yang sangat baik. “Walaupun ianya masih rendah berbanding kadar 6.9% bagi dividen tahun 2017 sebelum ekonomi merudum selepas PRU-14, ramalan dividen antara 5.2% hingga 6% bagi tahun lepas masih pada kadar yang baik,” katanya.

Dahulu ujarnya lagi, ramai yang kritik beliau kerana pernah membuat kenyataan bahawa KWSP mahu membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan bukan hanya di Malaysia ketika membuat lawatan ke atas Presiden negara berkenaan. Di dalam media sosialnya itu juga Najib melampirkan graf yang menunjukkan prestasi Bursa Malaysia berbanding bursa saham negara asing bagi tahun 2021.

Terdahulu Datuk Seri Najib Razak ‘menasihati’ Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari agar tidak cepat putus asa membantah cadangan UMNO supaya dibenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mantan Perdana Menteri itu berkata, penyelesaian cadangan yang dikemukakan itu akan selesai sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengajak pemimpin Perikatan Nasional bersama-sama memberi sokongan.

“Penyelesaiannya amat mudah sekiranya hasrat YB benar-benar untuk sokong pengeluaran i-Citra RM10,000 kali terakhir ini. “Ianya bukan lagi syarat ‘meminang’ Puteri Gunung Ledang atau pun cubaan propaganda kamu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Ahmad Fadhli menerusi Facebooknya yang menyatakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri memaklumkan kerajaan tidak hasrat untuk membenarkan pengeluaran i-Citra KWSP kali kedua.

Pemimpin muda Pas itu kemudiannya menegaskan, bagaimana ada sebahagian pemimpin UMNO berkeras menyebut ia keputusan ‘tanpa rela’ Perdana Menteri? “Akuilah hakikatnya Perdana Menteri dari UMNO sendiri sebenarnya tidak bersedia laksanakan keputusan ini. Kenapa masih bermain wayang. “Beri ruang selesa kepada Perdana Menteri untuk buat pertimbangan berasaskan kemampuan kerajaan. Janganlah perlekehkan Perdana Menteri dari parti sendiri seolah-olah jadi ‘puppet’ semata-mata,” tulis Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu.

Najib menjawab hantaran facebook Ahmad fadhli Shaari. Beliau meminta Ahmad Fadhli menggesa pemimpin Pas dan Bersatu mengeluarkan kenyataan umum buat kali pertama bagi meminta Perdana Menteri meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000 kali terakhir itu. Katanya Najib lagi, Ahmad Fadhli juga perlu meminta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya gesaan itu sebagai antara syarat sokongan mereka bagi kerajaan hari ini.

“Sekiranya Presiden UMNO, Pas dan PPBM sebulat suara mendesak agar permintaan ini diluluskan serta-merta, adakah ada kemungkinan bahawa Perdana Menteri kesembilan akan tolak? “We are all depending on you now, YB. Sila usahakan,” sindirnya sambil mengingatkan pemimpin muda Pas itu bahawa Ismail Sabri hanya menyampaikan keputusan mesyuarat Kabinet sahaja pada hari itu. – MalaysiaGazette

Pergi menghadap illahi dalam keadaan sujud masa tunaikan solat Dhuha. Tak sangka rupanya lelaki ini memegang jawatan penting dalam kwsp.

Seorang lelaki menemui ajl ketika sedang menunaikan solat sunat Dhuha di kediamannya di Segambut, di sini awal pagi tadi. Menurut sumber, Shukri Sulaiman, 51, yang merupakan pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam posisi sujud kira-kira pukul 10 pagi. Jelasnya, dia yang giat menjalankan kerja-kerja kebajikan telah mengambil cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kita menerima laporan daripada rakan dia yang memaklumkan telah pergi ke rumah itu untuk menghantar makanan. “Rakannya cuba membuat panggilan beberapa kali namun tidak dijawab lalu meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah dia. “Bagaimanapun rakannya itu terkejut sebaik mendapati individu tersebut sudah tidak sedarkan diri dalam salah sebuah bilik. “Individu tersebut dijumpai dalam keadaan bersujud pada sejadah serta memakai jubah serba putih,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Katanya, Shukri seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bdh siasat yang akan dijalankan esok. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: K!Online

Baru Je Rakyat Desak Kerajaan Beri One Off KWSP RM10 Ribu. Ini Respond Mengejutkan Dari Pihak KWSP Kenapa Susah Nak Bagi.

Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripadan RM10,000 dalam akaun mereka. 6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera. “Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut. “Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,000,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

Lantaran itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka. “Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti. “KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: KWSP via Astro Awani.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.