Sering gatal di telinga. Mungkin jerawat puncanya. Ini 5 cara dapat mengatasinya.

Kemunculan jerawat di mana-mana pada badan akan berasa tidak menyenangkan terutamanya jika ia muncul di telinga. Jerawat tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kini hingga ada yang mengalami gejala berjerawat bertahun lamanya, namun kemunculan jerawat pada telinga kadangkala boleh berlaku. Biasanya, jerawat boleh muncul pada permukaan wajah hingga berasa tidak menyenangkan terutamanya jika jerawat muncul di kawasan yang tidak dapat dilihat.

Selain muka, terdapat beberapa tempat lain yang boleh ditumbuhi jerawat, salah satunya adalah telinga. Kemunculan jerawat di telinga, terutamanya di saluran sensitif boleh menjadi sangat menyakitkan. Bagaimanapun, apabila jerawat muncul ikuti beberapa cara mengatasinya tanpa memicit atau menekan, termasuklah;

1. Biarkan ia sembuh sendiri

Membiarkan jerawat di telinga sembuh dengan sendirinya adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Menurut Very Well Health, anda sememangnya tidak boleh menggunakan alat untuk menghilangkan jerawat di telinga. Ia mampu menyebabkan cedera pada telinga, termasuk merosakkan gegendang telinga.

2. Air suam

Menggunakan penghangat seperti kain dibasahi air suam membantu membuka pori-pori pada kulit, termasuk telinga. Selain itu, ia boleh membuat jerawat kering dengan sendirinya. Apabila menggunakan air suam, pastikan air tidak terlalu panas kerana ia boleh menyebabkan telinga melecur.

3. Krim retinoid

Menggunakan krim retinoid boleh membantu dalam mencegah dan merawat jerawat pada telinga, ia juga mengandungi vitamin A yang membantu menipiskan kulit di sekitar jerawat. Secara teorinya, krim tersebut digunakan untuk merawat dan meratakan kulit kerana sifatnya yang boleh melarutkan jerawat pada kulit.

4. Minyak pokok teh

Pelbagai produk herba sememangnya mampu merawat jerawat dan boleh disembuhkan walaupun memerlukan sedikit masa. Namun, banyak kajian mengatakan minyak pokok teh adalah salah satu ubat yang paling diteliti dan dipercayai untuk menyembuhkan jerawat.

5. Hilangkan minyak berlebihan

Memetik Healthline, menyingkirkan minyak berlebihan pada kawasan yang mudah ditumbuhi jerawat mampu menghalang kemunculan gejala itu terutama di telinga. Apabila seseorang kerap melakukan pembersihan wajah, menjaga sekitarnya melalui produk pilihan yang dipercayai berkesan, mungkin ia boleh dikatakan usaha untuk mencegah penumbuhan jerawat. Sumber:mstar

Ear Seeds Yang Dipakai Lisa Blackpink Bukan Sekadar Aksesori. Rupanya Ia Banyak Memberi Manfaat Kesihatan.

Lisa Blackpink juga dilihat menggunakan ear seeds. Idol K-pop sering tampil mengenakan pelbagai aksesori seperti rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya sebagai pelengkap gaya mereka terutamanya ketika mengadakan persembahan pentas. Bagaimanapun aksesori telinga yang dipakai Lisa yang juga anggota kumpulan Blackpink mencuri perhatian peminat kerana ia bukan aksesori biasa yang sering dipakai di bahagian itu. Rupa-rupanya, Lisa sering mengenakan ear seeds yang bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori tetapi memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan.

Seperti namanya, ear seeds berbentuk seperti biji kecil dan ‘ditanam’ di beberapa bahagian telinga sebagai alat akupuntur. Ear seeds termasuk sebagai salah satu jenis terapi auriculo iaitu perubatan tradisional Cina yang memfokuskan pada kawasan telinga. Terapi itu dibuat bagi meningkatkan pelepasan endorfin tubuh.

Terdapat pelbagai manfaat menggunakan ear seeds.

“Dalam perubatan Cina, telinga mempunyai mikrosistem daripada seluruh tubuh dengan pelbagai titik tekan yang melakukan pelbagai perkara termasuk menghilangkan rasa sakit, membetulkan sistem penghadaman, menyeimbangkan hormon dan menenangkan fikiran,” jelas pakar perubatan tradisional, Shari Auth. Berikut adalah beberapa manfaat penggunaan ear seeds.

1. Melegakan sakit punggung

Kajian yang dilakukan pada 2013 mendapati ear seeds mampu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan pergerakan pada 19 orang yang mengalami sakit punggung.

2. Insomnia

Sebuah kajian pada 2015 mengkaji 15 jurnal tentang akupuntur dengan menggunakan ear seeds untuk mereka yang menderita insomnia. Hasilnya, kajian itu mendapati bahawa kombinasi ear seeds dan akupuntur mampu meredakan masalah tersebut.

Ear seeds adalah salah satu bentuk akupuntur.

3. Mengurangkan rasa sakit

Dengan menggunakan ear seeds, seseorang dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami malah kajian pada 2015 membuktikan perkara itu apabila rasa sakit 16 koresponden berada pada tahap minimum selepas meletakkan ear seeds di telinga mereka.

4. Mengurangkan tekanan

Ear Seeds sangat baik untuk meredakan tekanan, kebimbangan melampau, kemurungan serta membantu pesakit dengan masalah ini untuk tidur dengan lebih baik. Sumber: mstar