Auto kacak lepas potong rambut, Peminat puji imej baru Zaquan Adha setelah bertahun simpan rambut panjang

Memang tak asing lagi kita dengan pemain bola sepak popular Negeri Sembilan, Zaquan Adha mencuri perhatian ramai apabila kembali dengan imej berambut pendek setelah sekian lama menyimpan rambut panjang. Menerusi platform TikTok, sebuah kedai gunting @flizziebarbershop berkongsi momen memotong rambut Zaquan atau nama sebenarnya Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak, 34, untuk tatapan umum. Menggayakan potongan jenis overcomb long trim, rambut Zaquan kelihatan rapi dengan kemasan yang menyerlahkan bentuk wajahnya. Tidak ketinggalan, isteri kepada pemain kembar tersebut, Ayu Raudhah yang turut menemani suaminya sewaktu memotong rambut.

Sementara itu di ruangan komen, wajah kacak Zaquan dengan imej rambut pendek mendapat pujian ramai setelah hampir dua tahun dia menyimpan rambut panjang,”@hattareysba:finally potong gak rambut nya..rambut raya.”“@matzul82 SRB TG DAWAI:baru nampak stiker malaysia yang berbisa adik.”“@butter_asyikin: handsomenya dia niiii….““@TikClock:Baru smart rambut pendek, tapi Aidil abang lagi hensem even diorang kembar.”“@CikBal:kalau dah helokk tu, buat la style rambut cam mana pun … uuuuu merecikk helokknyaaa.”“@Fiqz:Rambut Zaquan sikat ke atas nampak macam CR7.””@MiSzz mimi:ok faham…laki bukan tak segak..lepas potong rambut auto muka terus jadi macam pemain bola sepak ooo.”“@User0123456:Walaupn panau terus auto hensem bila haircut.”Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga TikTok.Sekadar info, Zaquan dan Ayu berkahwin pada 21 Januari 2011.Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan. Sumber, Gempak

Mulakan Perniagaan Pakaian Wanita, Kini Ayu Raudhah Mahu Melangkah Ke Fasa Usahawan. Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah mewarnai dunia lakonan tempatan sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada. Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 pernah memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha. Perkahwinannya sejak 21 Januari 2011 itu turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya mengerjakan umrah dan 21 Januari lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka. “Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut.

Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan. “Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah. “Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon. “Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi lima permata hati.

Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung. Terbaru sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami membuka kafe makanan di Seremban. Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian  wanita mampu milik, byLR. “Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya. “Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.

Pemenang  kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3  di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi harta bernilai. “Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu. “Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut menampilkan anak perempuannya sebagai model baju raya si cilik.

Kata Ayu lagi, dia dan jenama itu bertekad untuk mengeluarkan pakaian wanita  contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan. “Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun. “10000 helai pakaian itu  disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu. Jenama  di bawah syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa. “Dari zaman pandemik COVID-29 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival.

Bukan semua senang. Tapi di saat negara sudah mula ‘terbuka’ membiasakan norma baharu dan kesempatan beraya tahun ini, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya. “Sebab itu kami mahu puaskan keinginan wanita yang masih kekal berfesyen cantik dengan harga bukan kayangan. Golongan sasaran kami daripada gadis hinggalah wanita matang. “Daripada pekerja kerajaan,  swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti ini masan untuk anda kekal bergaya tanpa  berfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya. Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.

Katanya lagi “Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi. “Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai  nak. “Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’,”katanya lagi. 

Ayu berkata, dia diperkenalkan Nurhazlinda menerusi kakaknya, Rubitah Che Wan dan suami, Lan Pet Pet tahun lalu. Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012  menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan. Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya. Sumber, media hiburan