Bulan Ramadan bulan yang mulia buat umat islam, Ketahui negara dengan tempoh berpuasa terpanjang di dunia

Umum sudah kita tahu raya makin dekat, lagu Ramadan Tiba, Ramadan Tiba sering kali akan terngiang-ngiang di telinga apabila tibanya bulan puasa di Malaysia. Secara lazimnya, kita di Malaysia akan berpuasa sekitar 12-13 jam setiap hari namun tahukah anda ada muslim di sesetengah negara yang perlu berpuasa dalam tempoh yang lebih lama iaitu hingga 16 jam lamanya. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda negara-negara dengan tempoh masa berpuasa yang paling lama di dunia.

Iceland 

Negara dengan populasi rakyat sebanyak 368,792 orang pada 2021 ini memiliki tempoh masa berpuasa sekitar 16 jam 50 minit. Kalau korang ada pengalaman berpuasa di sana, boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen. Warsaw, Poland,  Menurut Urdupoint.com, waktu sahur di Warsaw pada 9 April ialah sekitar jam 3.44 pagi manakala waktu berbuka pula sekitar pukul 7.26 petang. Ini menjadikan muslim di sana perlu berpuasa selama 15 jam. Lama tu! Kena bangun lagi awal pulak tu untuk bersahur kan, memang respect la kat orang kat sana. London, England  Orang Islam di sekitar London juga perlu menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang 15 jam.

Paris, Perancis

Untuk yang ada impian mahu berpuasa di Kota Cinta Paris suatu hari nanti, anda perlu tahu bahawa tempoh masa berpuasa di sini adalah selama 16-17 jam. Menurut Kfoods.com, waktu iftar di sana pada 9 April 2022 adalah pada jam 8.34 malam. Lisbon, Portugal, bandar Lisbon, Portugal yang terletak di Eropah ini pula memerlukan orang Islam di sana untuk berpuasa selama 15-16 jam setiap hari. Mereka akan berbuka puasa pada sekitar jam 8 malam, lapor Hamariweb.com. Manakala untuk negara-negara dengan tempoh berpuasa yang paling pendek pula ialah Johannesburg, Afrika Selatan (11-12 jam), Buenos Aires, Argentina (juga 11-12 jam), Christchurch, New Zealand (11-12 jam) dan Ciudad del Este, Paraguay (11-12 jam). Apa-apa pun, tak kisah la berapa jam pun kita kena berpuasa setiap hari. Yang penting, semoga kita semua jadikan ramadan kali ini lebih bermakna di samping keluarga. Sumber, mstar