Kawasan Miss V anda sering gatal, Ketahui cara hindari masalah ini dengan segera

Tahukah anda, Miss V perlu dijaga dengan rapi supaya tidak dijangkiti bakteria atau kulat. Setiap wanita mengeluarkan bau vagina khas dan berbeza kerana adanya mikroflora atau bakteria baik yang berfungsi menjaga keasidan pada kawasan intim. Jangan ambil mudah jika vagina anda berbau kurang enak kerana ia mungkin tanda kesihatan anda terjejas. Jika ‘Miss V’ anda berbau kemungkinan terdapat jangkitan bakteria, kulat atau penyakit seksual yang perlu dirawat. Ada beberapa cara untuk menghilangkan bau vagina yang boleh dibuat di rumah.

Rajin membersihkan vagina

Menurut Healthline, cara mengatasi masalah vagina berbau kurang enak adalah dengan memastikan kawasan kewanitaan sentiasa bersih. Wanita perlu membersihkan vagina dan kawasan sekitarnya dengan tepat dan perlu dijadikan rutin harian. Basuh dengan air mengalir sampai ke kawasan bibir vagina. Tidak perlu menggunakan sabun atau pencuci khas. Jauhkan juga dari penggunaan loofah atau alat untuk membersihkan daki dan kotoran di kawasan vagina. Menggosok kawasan vagina dengan kuat boleh menyebabkan luka dan terjadinya j4ngkitan yang lebih teruk.

Hindari daripada pewangi untuk vagina

Walaupun vagina mengeluarkan bau yang kurang enak, jangan menyapu pewangi ke kawasan intim. Pewangi dan produk pembasmi kimia dapat mengganggu keseimbangan flora di vagina. Apabila keseimbangan flora di vagina terganggu, bakteria jahat boleh membiak dan mencetuskan jangkitan. Guna seluar dalam kapas, menggunakan seluar dalam jenis satin, sutera dan polister dapat membuatkan vagina anda semakin lembab. Kawasan vagina yang lembab boleh menjadi kawasan subur bagi bakteria dan kulat untuk membiak dengan banyak. Oleh itu, gunakan seluar dalam jenis kapas. Bahan ini membuatkan kulit anda bebas bernafas dan mencegah kawasan tertutup menjadi lembab.

Jaga keseimbangan kadar keasidan semulajadi

Cara menghilangkan bau vagina yang lain adalah dengan memulihkan kadar keasidan (pH) semula jadi. Ada beberapa produk peneutrulan kadar keasidan yang dijual di farmasi atau kedai ubat. Gunakan ubat doktor, jika sudah mencuba kesemua cara di atas tapi belum membuahkan hasil, segera berkonsultasi dengan doktor. Doktor biasanya akan memberikan ubat yang sesuai dengan asas masalah vagina berbau. Untuk jangkitan bakteria, doktor biasanya memberikan ubat antibiotik, manakala untuk jangkitan kulat pula, doktor akan menasihatkan pengambilan ubat anti kulat. Jangkitan vagina yang tidak boleh diubati biasanya mengganggu kesihatan reproduksi wanita. Berjumpalah dengan doktor jika vagina mengeluarkan bau yang kurang enak termasuk gejala gatal atau panas, sakit, pedih ketika sedang melakukan hubungan seks, keputihan pekat, berwarna kuning gelap atau ada pendarahan sewaktu tidak haid. Sumber, mstar