Biji biji bawah mata rupanya salah satu simptom milia, Ketahui cara rawat milia

Rupanya korang pernah perasan tak dekat muka baby selalunya di bahagian bawah mata diorang tu ada bintik-bintik berbiji. Kadang-kadang bukan dalam kalangan baby je ada, tapi kita yang dewasa ni pun boleh ada tau. Ada segelintir yang beranggapan bahawa biji-biji tersebut merupakan berpunca daripada alergik. Tetapi rupa-rupanya ramai yang tak tahu sebenarnya ia merupakan satu simptom daripada Milia. Apa itu Milia, Milia ataupun ada yang memanggil ia sebagai ‘biji kolesterol’ ini merupakan bintik-bintik berbiji kecil-kecil yang tumbuh di bahagian kulit badan atau muka. 40% ke 50% bayi yang baru lahir kebiasaannya boleh ada milia ini. Pun begitu, ia bukanlah satu simptom yang berbahaya dan tidak memerlukan rawatan secara serius.

Simptom-simptom Milia

Milia kebiasaannya berlaku di bahagian pipi (bawah mata), dagu, ataupun hidung. Namun, ia juga boleh terjadi di bahagian tubuh badan. Ia tidak sakit mahupun menyebabkan kegatalan. Namun sekiranya ia menyebabkan keradangan dan sakit, ia mungkin petanda jerawat di bahagian tersebut. Punca Milia kebiasaanya berlaku apabila sel kulit mati tidak mengelupas. Sebaliknya ia terperangkan di bawah kulit baharu, mengeras dan membentuk ‘milium’. Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh, kerosakan kulit seperti ruam, kecederaan atau terdedah dengan matahari, penggunaan jangka panjang ubat steroid, genetik, keadaan auto-imun‌ dan disebabkan kulit bayi masih dalam proses belajar menggantikan sel kulit mati, jadi mereka berpotensi untuk mendapat milia. Pun begitu, korang juga berisiko tinggi untuk mendapat milia ini sekiranya, tidak mengikut penjagaan kulit yang betul, gunakan kosmetik atau solek yang menyumbat pori-pori, tidak cukup tidur, mempunyai masalah kulit seperti kelemumur, rosacea, atau ekzema

Macam mana nak rawat Milia

Milia ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu atau bulan. Kalau boleh korang jangan usik sebab ia boleh memburukkan lagi keadaan dan mungkin boleh menyebabkan parut. Korang mungkin boleh cuba produk yang mengandungi salicylic acid, alpha hydroxy acid, atau retinoid yang boleh membantu menanggalkan sel kulit mti Bagi kulit bayi pula, mungkin terlalu awal untuk gunakan losyen, minyak atau barang kosmetik. Jadi, korang boleh cuba basuh muka bayi dengan air suam dan sabun bayi setiap hari, kemudian keringkan kulitnya. Kalau masalah milia ini masih lagi tak berkurangan, korang boleh juga dapatkan rawatan daripada pakar dermatologi. Yang penting, jaga kulit muka korang dengan betul! Cari produk yang sesuai terutamanya moisturizer dan sunscreen. Sumber, lobak merah