Masak tak letak air, Permaisuri Agong dedahkan tips untuk msk ini buat ramai yang teruja

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sudi mencemar duli bagi menyantuni mereka yang terlibat dengan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol, Maran. Difahamkan, Tunku Azizah telah bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan anakanda-anakanda baginda berdua bagi melihat sendiri kawasan-kawasan yang terlibat dalam bencana banjir.

Dalam lawatan tersebut, permaisuri kesayangan rakyat ini sanggup menyingsing lengan baju semata-mata bagi menyediakan makanan kepada mereka yang terlibat dengan banjir. Malah, Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

“Saya tak letak air dalam sardin saya” “lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air. Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah. Rata-rata mereka yang menonton video tersebut berasa terharu dengan keprihatinan tuanku berdua yang berhati rakyat selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Sumber, Murai.my

Bakal Jadi Dato Tak Lama Lagi. Tular Video Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong. Sekali Ini Pulak Respon Warganet. Semalam, pelawak dan usahawan terkenal Shuib telah berkongsi sepotong video ketika menyertai pertandingan golf pada Sabtu lalu. Namun apa yang menarik perhatian ialah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli turun ke padang golf bersama Shuib.

Kejohanan Tunku Azizah Golf Challenge itu telah berlangsung di Mahkota Golf & Country Club, Kuantan, Pahang. Menyimpan kenangan tersebut di Instagram (IG)nya, rata-rata pengikut Shuib di laman sosial itu termasuk rakan-rakan artis menganggap Shuib bertuah kerana dapat bersantai bersama permaisuri kesayangan rakyat. “Next level!”, tulis pelakon Hairul Azreen di ruangan komen. “Sikit lagi Ib, dekat dah tu…Alhamdulillah, tahniah!,” kata Mawi pula.Selain itu ada juga pengikut yang mengusik Shuib bakal mendapat gelaran Datuk selepas bermain golf bersama Permasuri Agong.

“Tak lama lagi dapat Dato’ la ni Shuib! “Tan Sri Shuib! “Wah! Bukan kaleng-kaleng ni…hebat!” Antara komen dan usikan nakal warganet kepada Shuib. Selain itu, ramai juga yang mengagumi Raja Permaisuri Agong kerana sikap rendah diri dan sentiasa ramah dengan rakyat. Malah ketika bersama Shuib di padang golf, baginda kelihatan ceria dan tidak kekok bersembang, seperti sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Gempak