Dalam masa setahun boleh simpan sampai 4 angka, tapi sehari cuma simpan 2 ringgit je

Rasanya masih tidak terlambat lagi untuk korang menabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit itulah pepatah yang sering digunakan untuk seseorang yang menabung. Mula-mula memang akan rasa perit tapi apabila lihat hasil korang pasti akan teruja. Jadi elok sangat kalau kita nak mulakan misi simpan duit walaupun hanya seringgit. Cukup setahun boleh jadi modal untuk percutian, beli kereta, motor, dan sebagainya yang kita diidamkan. Jika nak pastikan tabungan dalam jumlah yang banyak, lebih dari RM4k setahun tapi tak terasa stres membuat simpanan boleh ikut kaedah yang digunakan oleh Nur Emira Mohd Arifie ini. Beliau berjaya mengumpul RM4,436 pada tahun 2021, dengan cara yang dikongsi ini.

Cara menabung RM4,436 setahun

RM2 – setiap hari, RM5 – setiap kali dapat, RM10 – 2 helai seminggu, RM20 – 1 helai seminggu, RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec, RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov. Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat. Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB waktu itu. Good luck pada siapa sedang buat macam ini. Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank. Selamat mencuba. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber,  Nur Emira Mohd Arifie

Duit Baki Beli Barang. Wanita Tampil Dedah Kongsi Hasil Hobi Menabung Wang Syiling Sampaikan Cecah 4 Angka Dalam Setahun. Moon menukar kesemua syiling hasil tabungannya di mesin deposit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Dek kerana tabiat wanita ini yang gemar mengumpul wang syiling yang ‘dikutip’ daripada poket seluar suami, siapa sangka hasilnya mencecah sehingga empat angka! Wanita yang dikenali sebagai Moon Almandar berkata, dia sememangnya mempunyai tabiat suka menabung sejak kecil sehinggalah sekarang walaupun sudah berumah tangga.

“Duit syiling tersebut adalah duit baki suami beli rokok atau barang lain. Kalau pergi pasar, saya tidak akan bagi syiling sekiranya cashier nak. Saya tak berniat nak menyusahkan tapi saya lebih suka menyimpan syiling. Nampak banyak, saya akan berasa happy. Selebihnya, syiling tersebut saya jumpa dalam poket suami bila nak mencuci seluarnya,” ceritanya yang merupakan seorang ‘online shoppers’. Moon berkata, sebagaimana perkongsiannya di aplikasi TikTok baru-baru ini, kesemua syiling tersebut adalah hasil yang dikumpul dalam tempoh masa setahun, sebelum didepositkan di mesin layan diri (coin deposit meachine) yang ditempatkan di beberapa cawangan bank.

“Ada tujuh balang semuanya. Saya sengaja asingkan semasa nak menukarkan kesemua syiling tersebut untuk mengelakkan mesin jadi ‘jammed’. Jumlah wang dalam RM1,000 lebih. Suami memang sangat menggalakkan hobi saya dan dia lagi suka saya menyimpannnya. Saya juga mengajar anak-anak menabung dari kecil lagi. Sekarang anak yang berumur enam tahun dan empat tahun pun ada simpanan sendiri hasil menabung,” ujarnya yang juga ibu kepada lima cahaya mata.

Sekiranya ada syiling, cepat-cepat letak dalam tabung. Dan berazam bila dah cukup satu tahun, ada target nak beli barang yang berharga hasil tabungan duit syiling. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Moon yang menetap di Shah Alam, Selangor berkata, dia gembira kerana sedikit sebanyak video tersebut memberi inspirasi dan mesej kepada orang lain untuk mulakan tabiat menabung.

“Ramai yang bertanya cara saya, macam mana dapat menabung duit syiling yang banyak macam tu. Dan sedikit sebanyak saya dapat memberitahu mereka cara saya menabung dan berkongsi cara saya menukar duit tu di mesin. Apa yang boleh saya kongsikan, berusahalah menyimpan duit syiling biarpun amaun tak besar tetapi tak memudaratkan. Sekiranya ada syiling, cepat-cepat letak dalam tabung. Dan berazam bila dah cukup satu tahun, ada target nak beli barang yang berharga hasil tabungan duit syiling,” katanya lagi. Sumber: Mstar

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.