Boleh dijadikan penawar stres dan juga sunyi, Rupanya si bulus dapat bantu kurangkan sakit ni

Si bulus mampu mengatasi masalah sakit jntvng pada manusia. Kecomelan dan kelincahan kucing sering dikatakan mampu menghilangkan tekanan dan kebosanan. Disebabkan itu, kucing sangat digemari untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ramai juga yang tidak tahu, memelihara kucing mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali sebagai sakit jantung. Buktinya dinyatakan dalam buku bertajuk “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases” yang dikeluarkan oleh Journal of Vascular and Interventional Neurology. Kajian menunjukkan risiko kehilangan orang yang memiliki si bulus jauh lebih rendah berbanding orang yang tidak pernah memelihara kucing.

Kajian mengenai buku ini dijalankan oleh Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study. Data daripada Health and Nutrition Examination Study juga memperlihatkan penurunan risiko serangan jantung dengan memelihara si bulus. Universiti Pennsylvania juga mendapati kajian berhubung individu yang memiliki kucing mempunyai risiko lebih rendah meninggal dunia disebabkan oleh sakit jantung. Data tersebut disesuaikan dan dipertimbangkan daripada faktor usia, jenis kelamin, tekanan darah, merokok, diabetes dan kolesterol.

Kucing bukan sahaja comel tetapi mampu membuatkan seseorang lebih sihat. Lebih mengejutkan, kajian menunjukkan risiko kehilangan orang yang memiliki si bulus jauh lebih rendah berbanding orang yang tidak pernah memelihara kucing. Kejayaan mengawal tekanan adalah kunci utama terhadap serangan sakit jantung. Bagi pemilik kucing, mereka mampu mengawal keresahan dalam jiwa sekaligus boleh meminimakan stres. Ml.4ngnya, belum ada kajian yang menunjukkan anjing mampu menurunkan risiko sakit jntung atau strok. Para penyelidik juga beranggapan bahawa mungkin disebabkan karakteristik setiap anjing yang berbeza. Sumber, Mstar

Kucing Pun Ada Jerawat Ingatkan Manusia Aja, Ketahui Punca Berikut

Tahukah anda kucing juga boleh mengalami masalah jerawat terutamanya pada bahagian dagu. Sepeti manusia, kucing juga boleh mengalami masalah kulit termasuk jerawat. Perkara ini boleh berlaku disebabkan si bulus turut memiliki kelenjar minyak pada tubuhnya. Jerawat kucing disebabkan oleh folikel rambutnya yang tertutup disebabkan penghasilan keratin berlebihan yang merupakan protein pada kulit kucing apatah lagi kucing menghasilkan minyak di seluruh tubuhnya. Bagaimanapun terdapat beberapa bahagian pada tubuh kucing yang menghasilkan lebih banyak minyak seperti dagu, ekor, kelopak mata, tapak kaki dan testis bagi kucing jantan. Perkara ini menyebabkan jerawat mudah tumbuh pada bahagian-bahagian tersebut. Ada pelbagai sebab mengapa kucing tumbuh jerawat. Seperti manusia, jerawat pada kucing juga boleh menjadi teruk apatah lagi jika ia terdedah kepada bakteria dan kuman yang menyebabkan jerawat mengambil masa untuk sembuh termasuk boleh bernanah.

Penyebab kucing berjerawat

Beberapa kajian mendapati jerawat pada kucing boleh berlaku disebabkan tekanan, elergi terhadap persekitaran selain faktor pemakanannya dan biasanya jerawat pada kucing akan tumbuh di bawah dagunya. Seperti manusia, masalah ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi faktor tumbuhnya jerawat pada kucing selain kucing yang belum disteril, ia lebih rentan untuk mengalami masalah itu. Ini kerana kucing yang belum disteril memiliki kelenjar sebaceous yang sangat aktif sehingga boleh menghasilkan lebih banyak minyak dan jerawat. Meskipun jerawat pada umumnya tidak membahayakan, tetapi pemilik harus berhati-hati sekiranya ia dijangkiti kuman yang akan menyebabkan keadaan menjadi teruk. Selain sentiasa membersihkannya, penggunaan betadin dan air suam untuk membersihkan bahagian yang terkesan dapat membantu mempecepatkan proses pemulihan. Pemakanan kucing juga perlu diberi perhatian seperti memperbanyakkan pemberian makanan kering yang mengandungi Omega 3. Sumber, mstar

Bela Kucing Memang Bagus Untuk Membantu Anak Belajar, Ini Penjelasan Dari Doktor Mengapa Harus Membiarkan Anak Bermain Kucing. Menjadi lumrah buat anak-anak kecil kebanyakkannya suka akan binatang peliharaan yang comel dan manja seperti kucing.Meskipun anak-anak masih kecil namun keinginan mereka untuk menjaga dan memelihara kucing biasanya membuak-buak. Namun Mami Piqah faham, ibu bapa pasti bimbang jika kucing itu bakal terabai oleh anak-anak kerana keinginan yang bersifat sementara.Bagaimana pun, menerusi satu laporan dan kajian yang dibuat oleh sebuah portal ada 7 sebab mengapa ibu bapa perlu membiarkan atau memberi peluang kepada anak-anak untuk memeliharan haiwan kesayangan mereka terutama kucing.