Selain bagi tol percuma, kali ni Ds Ismail sabri dedahkan cadangan waktu perjalanan untuk pulang ke kampung

Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad PLUS disyor mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung dan Pulang ke Bandar sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rawat dan rehat, sekali gus mengurangkan kesesakan. Beliau berkata, pihaknya menjangka dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 j.uta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Kami menggesa dan menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” katanya. Bagi perjalanan dari Lembah Klang untuk balik kampung beraya pada 29 April hingga 2 Mei ini menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara dan Johor dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi. Sementara itu, bagi yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari.

Jadual perjalanan pulang ke bandar bagi kembali ke Lembah Klang pada 5 hingga 9 Mei daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara, Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Berdasarkan kajian, Zakaria berkata, perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA. “Pelanggan lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.

“Bagi tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga tujuh jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9 pagi.” katanya dalam kenyataan. PLUS juga menasihati pelanggan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya selamat sampai ke destinasi. Diskaun Dan Tol Percuma. Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara, bermula Sabtu ini.

Perdana M.enteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah diskaun dinikmati pengguna adalah sebanyak RM 77.11 juta. “Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad PLUS yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara Selatan dan Anih Berhad ANIH yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur LPT,” katanya. Menurutnya, pemberian tol percuma dan diskaun tersebut akan bermula jam 12 tengah malam pada Sabtu dan sehingga 11.59 malam pada keesokan harinya. Kredit, BH/Sinar

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.