Perniagaan maju sebab anak Dato, tak boleh berdiam sekali ibu kepada pengasas baju melayu ni tampil bongkarkan semuanya

Kalau kita perasan, dah nak musim raya ni baju melayu jenama Bulan Bintang seringkali lalu dekat timeline kita, sampaikan mungkin ada rakan atau orang terdekat kita buat dropship sebab nak tambah pendapatan untuk raya nanti. Dapat dilihat jenama ini semakin lama semakin popular dan banyak permintaan sehinggakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ada terima baju melayu yang diasaskan oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Azzim Zahid Azmi. Namun begitu, disebalik kejayaan pasti akan timbul satu dugaan apabila ada pihak yang dikatakan kurang senang melihat pencapaian sesebuah perniagaan itu.Untuk pengasas jenama Bulan Bintang ini, mereka mempertikaikan kejayaan Azzim yang memulakan perniagaannya ketika berumur 19 tahun kerana datang dari latar belakang keluarga yang kaya raya memandangkan orang tuanya memegang status ‘Datuk & Datin’, lapor mStar. Terpanggil dengan dakwaan itu, ibu Azzim, Datin Siti Zabidah tampil beri respon menjawab tuduhan warganet di Facebook. Ianya berikutan dengan komen individu yang menceritakan sedikit sebanyak hal sebenar mengenai latar belakang keluarganya

Sedih melihat ibunya menjawab tohmahan dan kritikan warganet, kakak kepada Azzim, Nur’ain Zalia Azmi pula mendedahkan bahawa dirinya juga adalah antara pemangkin kejayaan perniagaan tersebut. Not sure if this is worth to tell the world…..Aku ada 5 org adik beradik. Aku anak no 4, di antara Abg Cik, Azri. Malah Nur’ain juga ada kongsikan perjalanan yang mereka lalui sejak tahun 2016 sehinggalah berjaya hingga ke hari ini.

Luqman Podolski adalah model kurta Bulan Bintang tahun 2016, shoot guna kamera sendiri. “Luqman Podolski adalah model kurta Bulan Bintang tahun 2016. Photoshoot ni adik aku ambik gmbr sendiri guna kamera sendiri & edit sendiri. Masa ni umur dia 19tahun. Lokasi photoshoot ni adalah lobby condo tempat tinggal aku & suami masa kitorg baru kawen dulu.” “Tahun 2019. Ada booth super kecik kat MoodRepublik.” “Ni tahun 2019. Ada booth super kecik kat MoodRepublik. Masa ni aku bangga sangat dgn adik aku. Dia boleh bg peluang pekerjaan kat kawan2 dia jd promoter.”

“Masa ni aku heavily pregnant. 36weeks, tp still nak tolong adik aku. punya la semangat. Adik aku bg kerja jd cashier. Bila org nak bayar, dia cakap ‘bayar kat kakak sy yg mengandung tu’.” Tahun 2020. Melihat ‘kejayaan’ Mood Republik, tapi diuji dengan pandemik. “This is 2020. Melihat ‘kejayaan’ Mood Republik 2019, adik aku pun buat la mass production baju melayu untuk raya 2020. Kuasa Allah, kita diuji dgn pandemik. Sehari sebelum PKP, dia call mintak tolong. Dia nak letak semua stok baju melayu dia kat rumah aku. Tak boleh letak dlm warehouse sbb nanti PKP takkan nak tidur warehouse. Masa tu warehouse ada la sedepa kot. Time ni tgah ukur bilik, muat tak nak letak rak.” Guna kereta MyVi tak ada aircond.

“Kenderaan rasmi masa ni kereta aku yg masa tu dah 10 tahun. Ha? Anak dato pakai myvi 10tahun? aircond pun rosak masa ni. nak repair tp kang diorg takde transport nak pergi post barang. so diorg guna je la kereta 10 tahun yg takde aircond.” 2021 dah bukak 1 butik kecik. “Alhamdulillah 2021 dah bukak 1 butik kecik. Time tu ni je la staff butik. Aku dtg la weekend2 tolong menolong time ramai orang.” “2022, sanggup lalu Jln Yap Kwan Seng yg super jammed tu sbb nak tgok iklan ni.” “2022. 2-3hari lepas aku sanggup lalu Jln Yap Kwan Seng yg super jammed tu sbb nak tgok iklan ni. I am proud. I’ve been there since 2016, bukan cam warganet!!! Keluar office 4pm, 6.30pm baru sampai rumah sbb lalu jalan ni hahahahaha.” Kini nama Bulan Bintang dah sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya di musim perayaan dan tahun ini kita dapat lihat 2 pelakon hebat Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya menjadi duta utama jenama ini. Semoga kisah Bulan Bintang ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus berusaha jika ingin mencapai sesuatu.